Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Ke Majlis Perkahwinan Az Abrar

Padi menghijau di jalan masuk. Ni yang 'best' ni, menyedapkan mata memandang.

Suasana di majlis.

Pengantin di muka pintu.

Berbual dengan Ukht Marjan. Dah lama tak jumpa.

Pasangan pengantin.

Pemandangan menarik di depan rumah Az.

Tak melepaskan peluang menumpang seri padi bersama anak-anak. Di belakang sana rakan-rakan pengantin sedang 'posing' sakan : )


Kami Az (Abu Zulfiqar) Amsyari, Ummu Musfirah, Muhammad Zulfiqar Amsyari dan Saiyidah Musfirah mengucapkan Selamat Pengantin Baharu. Semoga berbahagia ke anak cucu. Terima kasih atas undangannya.

Read more...

Nisa' Teen Circle


Keterangan lanjut sila layari http://nisagombak.blogspot.com

Read more...

PERTANDINGAN BOWLING NISA' 09 '

Read more...

PRK Bukit Gantang bersama TAMAR JALIS

Pokok Rendang di Trong


Baru-baru ini sempena Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, saya dan beberapa orang sahabat diminta bertugas di Dun Terong. Pertama kali saya bertandang di Trong, Perak ini iaitu pada sekitar Oktober tahun 2002 . Saya masih ingat Air Terjun di Pekan Trong, tahun 2002 itulah kenangan paling manis saya di air terjun tersebut bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Mandi bersama purdah dan tudung labuh masing-masing dan solat disekitar batu-batu di air terjun dan ngerinya melihat pacat-pacat yang bulat kekenyangan darah kami. Malamnya masing-masing bertafakur menginsafi diri bersama bunyi-bunyi makhluk alam di sekitar air terjun. SubhanaAllah...tidak akan saya lupakan saat-saat ini sampai bila-bila.

Pemandangan indah Trong di waktu hampir senja

Kini kedatangan saya ke Trong, mengamit kembali memori indah tahun 2002, bezanya kedatangan saya kali ini atas tugas sebagai seorang muslim terhadap agama, walaupun sedikit sangat sumbangan saya tetapi inilah yang mampu saya lakukan. Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Trong ini melalui lebuhraya PLUS dan menyusur keluar ke Changkat Jering. Sepanjang perjalanan ke dari Changkat Jering ke Trong, kami diceriakan dengan cuaca yang agak mendung dan gamitan pepohon durian, rambutan dan suasana aman damai kampung, masing-masing tersenyum lebar, berbunga rasa hati . Sebaik sahaja melihat papan tanda arah ke Trong dan Bruas, saya teringatkan Akhi Alex dan Kak Zana, Trong tempat mereka. Saya tersenyum sendiri.

Suasana PRK Bukit Gantang

" Kak Marjan...ana terbayang beberapa figura dalam minda " saya memandang Kak Marjan yang duduk bersebelahan saya. Kak Marjan seorang sahabat yang sangat puitis. Bila berbicara lebih banyak membahasakan diri dengan perkataan ana,enti,shukran dan beberapa perkataan arab yang sinonim dengannya.

" Enti ni apa lagi ? " dia menoleh melihat saya.

" Siapa ? Apa dia ? " dia berbisik tanya.

" Tiba-tiba ana teringkat sahabat di sini dan .....jeng..jeng... " saya tersenyum senggih kepadanya. Dia memandang saya penuh tanda tanya.

" Nak tahu siapa ? " saya tergelak. Dia tampak serius sambil mengangguk tanda ingin jawapan dari saya.

Saya mendekati telinga sambil berbisik saya berkata " Tamar Jalis " !

Dia terdiam, tidak memberi sebarang respon. Diambilnya kamera digital Nikkon Coolpix, laju sahaja merakam keadaan sekeliling. Saya kecewa, mungkin dia tidak kenal akan Tamar Jalis atau dia takut untuk memikirkan cerita-cerita Tamar Jalis. Saya tersenyum memandangnya.


Saya masih ingat cerita seram Siri Bercakap Dengan Jin hasil penulisan Tamar Jalis agak popular sekitar tahun 80 dan 90 an. Pertama kali membaca cerita seram ini sekitar tahun 95 iaitu ketika saya darjah 5 dan cerita yang tidak dapat saya lupakan mengenai kisah hantu wanita yang berambut panjang, berbau sangat busuk,memakai kain kapan yang sudah dicarik-carik dan sentiasa membawa tanah kubur busuk. Peristiwa ini dirakamkan oleh Tamar Jalis ketika mengikut Datuknya ke Kuala Trong. Saya jadi seram sendiri. Kebanyakkan cerita-cerita di dalam siri ini dirakamkan di sekitar kawasan di Perak Tengah seperti di Setiawan, Tanjung Rambutan, Layang-layang Kiri, Bruas, Dinding ( Manjung ), Air Tawar dan sekitar Taiping.

Sehingga hari ini, saya masih tidak pasti adakah cerita seram ini benar-benar terjadi kepada Tamar Jalis atau cerita rekaan semata-mata. Saya juga tidak pasti adakah Tamar Jalis masih hidup atau pun tidak. Oleh kerana keinginan untuk mengetahui mengenai Tamar Jalis agak tinggi, saya pernah mengGoogle mengenai beliau dan ada beberapa individu mengatakan beliau sudah meninggal dunia sekitar tahun 2004 dan ada juga mengatakan beliau masih hidup dan masih tinggal di Bruas. Saya kurang pasti ....

.......................................

Note : 1) PRK Bukit Gantang dimenangi oleh Y.B. Dato' Seri Nizar Jamaluddin ( PAS )
2) Gambar-gambar diambil menggunakan kamera digital Nikkon Coolpix

P/S : Sila kongsi maklumat mengenai buku Siri Bercakap dengan Jin ( SBDJ ) dan
mengenai penulisnya, Tamar Jalis di entry ini. Terima kasih.

Read more...

POPIL vs MAHARANI



Melihat mereka yang berbaju serba putih teringatkan akan saya bangsa popil di dalam novel Cinta Sang Ratu karya Ramlee Awang Mursid. Popil berjuang bersama-bersama Laksamana Sunan di dalam menghapuskan Maharani, wanita penyembah syaitan. Sungguh mengkagumkan walaupun sedikit tidak dapat diterima oleh akal yang sihat. Tetapi pedulikan logiknya kerana cerita ini sememangnya digarap dengan penuh tidak logik. Jika kita dapat menerima penipuan terang-terangan Lord Of The Ring, apa salahnya menerima sedikit Cinta Sang Ratu, sekurang-kurangnya, pergantungan segala hal di dalam Cinta Sang Ratu adalah kepada Khalik. Sebenarnya entry ini bukan kisah kedua-dua cerita di atas, cuma teringat kepada mereka yang berbaju putih beramai-ramai bertempur mara berjuang bahasa ibunda. Walaupun di serang habis-habisan oleh peluru gas pemedih mata, tetapi mereka tetap mara. Mengkagumkan sungguh ! Seperti kata Pak Samad, -tak sangka begini rupanya untuk berjuang bahasa ibunda -


credit picture demo anti PPSMI : http://pedangmujahid.net/portal


Read more...

Cantiknya sastera ; Manisnya politik

Berkesempatan menghadiri forum PPSMI di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak semalam membuahkan satu pemikiran yang baru terhadap dunia politik dan falsafah kini. Dahulu agak pelik bagi kita mengungkapkan falsafah bersama politik, ianya seperti sesuatu yang amat jauh berbeda dan terpisah. Tetapi semalam, bukan sahaja falsafah itu menjadi sesuatu yang amat mantap malahan politik yang kini sinis tiba-tiba menjadi manis bagi saya. Forum intelektual seperti ini sepatutnya dijayakan dengan penuh intelek oleh panelis-panelis yang intelek dan penonton yang intelek malahan di adakan di tempat yang berintelektual seperti UIA tetapi proses intelek ini tercemar juga akhirnya akibat dangkalnya ilmu dan pengetahuan seorang ahli panel forum. Entah bagaimana ahli parlimen dari parti ini boleh dibiarkan berdialog bersama-sama tokoh sastera terkenal Dr. Hasan yang juga Pengerusi GMP. Saya tidak mengatakan beliau tidak bijak tetapi saya dan setiap ahli forum yang lain pastinya merasakan sedikit terganggu dengan karenah dan cara yang kurang sesuai dengan tajuk forum. Point berkaitan tajuk tidak ada tetapi mahasiswa yang kebanyakkan ahli forum pula menjadi isunya. Mujurlah keadaan seperti itu berjaya diubati oleh ahli panel yang lain, Dr. Hasan berjaya membawa ahli forum meninjau kejayaan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca pada abad ke 15 dan 16 dahulu di tambah dengan YB Salehuddin yang merasakan bahasa Melayu perlu dan terus diperkasakan dan dalam waktu yang sama bahasa Inggeris juga perlu diutamakan sebagai satu tuntutan ilmu.

Gerakkan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris ini bukan satu gerakan baru, tetapi ianya telah lama di lakukan oleh PAS sejak mulanya dasar ini diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir tetapi suasana rakyat diwaktu itu tidak memihak kepada pembangkang di dalam apa juga isu yang dibahaskan kerana ada sedikit ketakutan di kalangan rakyat yang tidak bersetuju dengan dasar ini. Walau bagaimanapun, selepas gelombangPRU baru-baru ini, suasana takut bertukar menjadi satu keberanian rakyat untuk menyuarakan apa jua ketidakpuasan hati terhadap kerajaan menajadi satu tenaga baru kepada pejuang-pejuang lama untuk terus bangun membantah dasar ini. Banyak kajian dan pandangan ilmiah dari tokoh-tokoh bahasa dan sastera akan kepentingan pembelajaran subjek ini di dalam bahasa kebangsaan, tetapi kerajaan sepertinya menolak terus pandangan ahli akademik ini sehingga memungkin mereka yang cintakan bahasa Melayu akan menyatakan protes mereka di jalanan pada 7 Mac ini.

Read more...

Usrah Remaja

Perancangan yang rapi dan teliti rupanya agak perlu bagi melaksanakan sesuatu usrah terutama sekali buat remaja. Kaedah Teens Circle / Usrah Remaja yang berkesan akan melahirkan satu transformasi yang dapat mengubah corak pemikiran dan akhlak remaja. Berkesempatan mengikuti Pelancaran Manhaj Usrah Remaja di Paya Jaras, Sungai Buloh, 1 Januari 2009 , tahun baru, membuka satu ruang pemikiran yang baru buat saya dan beberapa orang sahabat mengenai kaedah yang lebih praktikal dan inovatif dalam menjanakan satu usrah remaja yang mantap. Tidak dinafikan kadang-kadang pelaksanaan usrah yang kurang berkesan pastinya membuatkan team circle malam itu ( selalunya dilaksanakan di waktu malam ) agak suram. Program yang dijayakan oleh Lajnah Tarbiyah Pas Selangor dengan kerjasama Nisa' Selangor memberi ruang seluas-luasnya kepada peserta (naqibah ) untuk mengenal dan mengembangkan idea bagi melaksanakan satu usrah yang berkesan terutama sekali kepada remaja.

Dengan bantuan alat ataupun medium pengantaraan dan penyampaian yang baik akan memudahkan lagi proses penyampaian usrah yang berkesan. Buku pastinya akan terus digunakan tetapi perlu memikirkan lagi kaedah-kaedah yang terbaik mahupun pelik bagi menceriakan lagi usrah. Saya sendiri lebih cenderung dengan idea menggunakan bahan audio visual dalam penyampaian usrah kepada remaja. Perlu diingat bahawa kebanyakkan remaja yang mengikuti usrah ini adalah dalam lingkungan umur yang masih muda, jadi kaedah yang lebih menarik dan ceria perlu disediakan bagi melahirkan satu usrah remaja yang berjaya mengubah corak hidup dan pemikiran mereka.

Naqib / naqibah perlu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan Teen Circle ini, " jika mak usrah sendiri menghadapi masalah dalam penyampaian dari segi ilmu pengetahuan dan public speaking, sudah pasti usrah itu tidak akan menjadi " itulah antara intipati yang disampaikan oleh Ustazah Teh, penyusun buku Usrah Remaja. Naqib / naqibah perlu sentiasa bersiap siaga dari pelbagai segi sebelum usrah diadakan. Banyak sekali yang terjadi apabila ramai di kalangan naqib ataupun naqibah menghadapi masalah di dalam menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh adik-adik ( remaja ) , ini disebabkan mereka ( naqib/ah ) tidak bersedia malahan menganggap mudah usrah itu sendiri.

Saya tertarik dengan idea seorang peserta dari Sepang mengenai kaedah deria sixth sense yang dilontarkannya. Kaedah sixth sense ini merupakan satu idea baru yang saya yakin jika dilaksanakan dengan teratur akan menjadi satu modul baru usrah yang bakal melahirkan team circle yang mantap dan berkesan kepada masyarakat. Inshallah saya dan sahabat yang mendengar pasti mencuba-cuba keadah ini pada usrah yang akan datang. Inilah bisikan-bisikan semangat yang keluar dari mulut kami.

Di sini saya linkkan blog Teens Circle http://usrahremaja.wordpress.com
Dan kepada sesiapa yang ingin menyertai usrah remaja ini terbuka dari umur 12 - 21 tahun, boleh sahaja menghubungi mana-mana Nisa' di kawasan masing-masing.
Saya linkkan web Nisa' Malaysia http://webnisa.net

Read more...

MABRUK ! SENDA TAWA WARNA WARNI

CERITA PERTAMA ( Senda Tawa )


"tambah lagi..jangan tak tambah.." Kak Fadz seperti biasa dengan gelagat nya.Asyik menyakat setiap orang di sebelahnya. Gawat juga hari tu, saya terkesima. ramainya sahabat sahabiah yang datang ke majlis walimah kakak saya di Batu Kurau, Taiping.

Saya rindukan saat-saat begini, dulu pernah kami bersama menceriakan diri sendiri dan orang di sekeliling dengan tawa senda kami. Masa yang begitu pantas berlalu membawa bersama tawa senda ini tetapi Allah itu sebaik baik perancang. Kami bertemu semula dengan tawa dan senda yang sama, ingin saya terus bersama mereka lebih lama tetapi apakan daya, setiap diri ada hak masing-masing yang perlu di pelihara dan kami berpisah dengan rasa penuh ceria ( seperti biasa )

CERITA KEDUA ( Mabruk Ya Ukhti )

Mabruk ya ukhti...Selamat Pengantin Baru buat kak Hasnita dan Abang Am. Semoga kalian berbahagia hingga ke syurga. Tiada kata yang dapat saya nyatakan kecuali dengan linangan air mata gembira sebaik sahaja melihat kakak tersayang sah menjadi zaujah . Saya tahu dan amat mengerti erti kehidupan Kak Ieta , jerit payah hidupnya umpama berbekas di hati saya, dan pastinya saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Ya..kehidupan umpama roda..kadang-kadang kita di atas , bersyukurkah kita ? dan kadang-kadang kita di bawah, tabahkah kita ? Saya amat yakin bahawa setiap diri kita akan melalui fasa susah dan senang ini dan bagaimana cara kita menghadapinya sahaja yang berbeza. Mungkin fasa susah itu sudah berlalu buat kak Ieta, itu yang saya harapkan dan inshallah fasa senang pasti akan datang buat dirinya dan ini yang sentiasa saya doakan. Banyak cerita suka dan duka ini menjadi satu lipatan sejarah dan kenangan terindah di dalam kehidupan kita. Syukur padaNya, segalanya berjalan seperti yang diharapkan. SALAM KEBAHAGIAAN :)

CERITA KETIGA ( Warna Warni )

Ting..ting..(bunyi mesej ) " ...Dekma pesan jeruk warna warni.. " Sender : Kak Ti , 11:53:31 pm

Jeruk warna-warni ? saya terfikir sejenak. Saya jarang sekali membeli jeruk buah apatah lagi yang berwarna warni. Mujur abang saya bijak meneka, dicampurnya semua jenis jeruk buah yang ada di kedai lalu menjadi warna warni. Bijak..bijak...saya tersenyum. Moral of story bagi saya, orang Pulau Pinang perlu kenal jeruk jika kita bersahabat dengan orang Kuala Lumpur.

Read more...

SUKAN PASTI GOMBAK


Tuan Puteri mengetuai rombongan :) comel...




TAKBIR ! Daie2 Muda..inshallah..:)


Bertugas di Sukaneka PASTI Gombak. Seronok tengok adik-adik dan anak-anak kecil bersukan...comel..comel..:)

Read more...

Makan-makan di Muar

Wahh akh alex pun selalu berjalan-jalan yer ! Sebenarnya bagi saya memang' best' berjalan-jalan ni. Walaupun badan letih dan tetapi pengalaman merasai suasana tempat yang baru sesuatu yang amat bererti , tak dinafikan ada diantara kita yang tak suka berjalan-jalan atau bersiar-siar, bercuti dan sebagainya terutama sekali bagi kaum adam.:) Dua hari yang lepas saya menemani seorang rakan ke Muar bertemu dengan 'client' . Di sini bukan hendak diceritakan perjalanan saya melalui jalan sekian-sekian seperti akh alex sebab saya mempunyai satu sindrom tak ingat jalan.

Yang pasti kami singgah di sebuah restoren di pinggir Sungai Muar


Wahh..pertama kali saya datang ke Muar dan diberi makan (yang pastinya percuma ) makanan yang sedap-sedap belaka. Orang kata kalau datang ke Muar kena cuba mee bandung Muar tapi sayang saya tak boleh makan mee :( dan pertama kalinya saya mencuba kepah.


Sotong Goreng Tepung


Udang Masak 3 Rasa


Kepah ( tak pasti masak apa )

Syukur kepada Allah kerana kemurahanNya maka, saya dapat menikmati makanan-makanan ini dan Terima kasih kepada yang memberi makan :) .

Read more...

Dari Trong ke Klang

Saya dari Trong (Terong) sering juga pergi ke Klang (Kelang) menggunakan jalan bawah. Kepada mereka yang tidak biasa menggunakan jalan bawah, saya cadangkan anda mencubanya.

Sepanjang perjalanan ini, kita boleh berhenti membeli beberapa barang yang istimewa yang mungkin sukar diperolehi di tempat-tempat lain. Seronok juga menyinggah-nyinggah jika kita tidak perlu tiba ke tempat tujuan dengan segera. Dapat memandu dengan santai, berbual-bual dengan teman sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.

Antara persinggahan yang menarik adalah di gerai-gerai menjual air nira. Masyaallah, manisnya. Kena pula yang sejuk berais, memang puas hati. Sebelum ini saya memang tidak minum, tapi akhir-akhir ini terasa sedap pula. : )

Ada pula satu tempat lagi yang kita boleh berhenti membeli buah-buahan, dan buah yang menjadi raja di kawasan itu adalah mangga. Saya memang peminat buah mangga. Tak tertahan melihat mangga bersusun-susun hijau kuning dengan harga yang boleh dikira murah. Cuma berhati-hati juga membelinya kerana dikatakan ada sebahagian pengusaha mangga ini menggunakan baja yang tidak halal. Yang menjual memang Melayu Islam tapi yang menanamnya bukan. Jika rasa was-was, jangan belilah.

Lagi satu, banyak mangga yang manis luar biasa kerana disuntik ibu gula. Sesiapa yang ada ataupun berisiko kencing manis (diabetes), saya nasihatkan jangan makan. Cukup cepat kandungan gula dalam tubuh meningkat. Selain itu gerai-gerai ini juga penuh dengan jagung jika kena dengan musimnya, lebih murah daripada tempat-tempat lain.

Tahu apa itu siput mentarang? Pernah masuk televisyen ni. Orang dari Perlis pun datang beli dengan lori dan memasarkannya di Perlis. Sedap dimasak dijadikan lauk. Cuma siput ini ada sikit-sikit pasir. Sambil-sambil makan tu, prup prup bunyinya. Mungkin ada cara untuk hilangkan pasir-pasir itu.

Tempat persinggahan yang lain ada yang kaya dengan pelbagai jenis keropok dan kerepek. Kemudian ada tempat membeli nata de coco.

Kesimpulannya, perjalanan tidak terasa bosan kerana anda akan menyinggah 4-5 tempat. : )

Read more...

From KL to Changlun


I got phone called from my lovely friend from Changlun, Kedah around a month ago. She reminded me about our promises to meet each other after graduation day. I've been in Changlun but I couldn't remember that place anymore. Then I went to Changlun in last April. Here some of pictures around Alor Setar and Changlun.

I really felt in love with Alor Setar city.



Alor Setar Museum

My friend , Linda with the ancient man in Museum

We're performed our Asr prayer at this Zahir Mosque

The most interesting is we went to Kedah Rice Museum. I think it huge for Rice. isn't it ?

this picture was taken in top level of Rice Museum. It was nice but you have to pay for the scenes :)



Read more...

Demam Pilihanraya

Demam pilihanraya...betul lah saya sememangnya tengah demam. Saya rasa saya demam kerana cuaca yang panas, kekurangan air dalam badan , tetapi sahabat-sahabat mengatakan saya demam pilihanraya. Kerja siang dan malam untuk kempen dan program-program muslimat menyebabkan saya demam ? tidak ....saya rasa saya demam kerana kekurangan air di dalam badan dan cuaca yang panas.

Saya positifkan diri..kenapa perlu saya demam disebabkan bekerja untuk Allah ? 2o tahun yang lalu pun saya demam....20 kurang satu tahun yang dahulu pun saya demam juga. Bulan lepas pun saya demam...nahh semuanya sebab saya tak menjaga kesihatan dengan baik. Saya tak perlu buat-buat alasan saya demam kerana letih bekerja sempena pilihanraya. he he...macam-macam pandangan sahabat mengenai demam saya kali ini....

Semoga usaha yang sedikit ini diberkati Allah. Demam itukan perkara biasa, jadi luar biasa bila orang yang biasa-biasa bercakap hal yang luar biasa. Biasa - biasa saja.

Read more...

Kecil-kecil Gelombang Kuning...



Read more...

BERSIH - AL - JAZEERA ( Masjid Jameek )

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO