MABRUK ! SENDA TAWA WARNA WARNI
CERITA PERTAMA ( Senda Tawa )
"tambah lagi..jangan tak tambah.." Kak Fadz seperti biasa dengan gelagat nya.Asyik menyakat setiap orang di sebelahnya. Gawat juga hari tu, saya terkesima. ramainya sahabat sahabiah yang datang ke majlis walimah kakak saya di Batu Kurau, Taiping.
Saya rindukan saat-saat begini, dulu pernah kami bersama menceriakan diri sendiri dan orang di sekeliling dengan tawa senda kami. Masa yang begitu pantas berlalu membawa bersama tawa senda ini tetapi Allah itu sebaik baik perancang. Kami bertemu semula dengan tawa dan senda yang sama, ingin saya terus bersama mereka lebih lama tetapi apakan daya, setiap diri ada hak masing-masing yang perlu di pelihara dan kami berpisah dengan rasa penuh ceria ( seperti biasa )
CERITA KEDUA ( Mabruk Ya Ukhti )
Mabruk ya ukhti...Selamat Pengantin Baru buat kak Hasnita dan Abang Am. Semoga kalian berbahagia hingga ke syurga. Tiada kata yang dapat saya nyatakan kecuali dengan linangan air mata gembira sebaik sahaja melihat kakak tersayang sah menjadi zaujah . Saya tahu dan amat mengerti erti kehidupan Kak Ieta , jerit payah hidupnya umpama berbekas di hati saya, dan pastinya saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Ya..kehidupan umpama roda..kadang-kadang kita di atas , bersyukurkah kita ? dan kadang-kadang kita di bawah, tabahkah kita ? Saya amat yakin bahawa setiap diri kita akan melalui fasa susah dan senang ini dan bagaimana cara kita menghadapinya sahaja yang berbeza. Mungkin fasa susah itu sudah berlalu buat kak Ieta, itu yang saya harapkan dan inshallah fasa senang pasti akan datang buat dirinya dan ini yang sentiasa saya doakan. Banyak cerita suka dan duka ini menjadi satu lipatan sejarah dan kenangan terindah di dalam kehidupan kita. Syukur padaNya, segalanya berjalan seperti yang diharapkan. SALAM KEBAHAGIAAN :)
CERITA KETIGA ( Warna Warni )
Ting..ting..(bunyi mesej ) " ...Dekma pesan jeruk warna warni.. " Sender : Kak Ti , 11:53:31 pm
Jeruk warna-warni ? saya terfikir sejenak. Saya jarang sekali membeli jeruk buah apatah lagi yang berwarna warni. Mujur abang saya bijak meneka, dicampurnya semua jenis jeruk buah yang ada di kedai lalu menjadi warna warni. Bijak..bijak...saya tersenyum. Moral of story bagi saya, orang Pulau Pinang perlu kenal jeruk jika kita bersahabat dengan orang Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment