Related Posts with Thumbnails

Usrah Remaja

Perancangan yang rapi dan teliti rupanya agak perlu bagi melaksanakan sesuatu usrah terutama sekali buat remaja. Kaedah Teens Circle / Usrah Remaja yang berkesan akan melahirkan satu transformasi yang dapat mengubah corak pemikiran dan akhlak remaja. Berkesempatan mengikuti Pelancaran Manhaj Usrah Remaja di Paya Jaras, Sungai Buloh, 1 Januari 2009 , tahun baru, membuka satu ruang pemikiran yang baru buat saya dan beberapa orang sahabat mengenai kaedah yang lebih praktikal dan inovatif dalam menjanakan satu usrah remaja yang mantap. Tidak dinafikan kadang-kadang pelaksanaan usrah yang kurang berkesan pastinya membuatkan team circle malam itu ( selalunya dilaksanakan di waktu malam ) agak suram. Program yang dijayakan oleh Lajnah Tarbiyah Pas Selangor dengan kerjasama Nisa' Selangor memberi ruang seluas-luasnya kepada peserta (naqibah ) untuk mengenal dan mengembangkan idea bagi melaksanakan satu usrah yang berkesan terutama sekali kepada remaja.

Dengan bantuan alat ataupun medium pengantaraan dan penyampaian yang baik akan memudahkan lagi proses penyampaian usrah yang berkesan. Buku pastinya akan terus digunakan tetapi perlu memikirkan lagi kaedah-kaedah yang terbaik mahupun pelik bagi menceriakan lagi usrah. Saya sendiri lebih cenderung dengan idea menggunakan bahan audio visual dalam penyampaian usrah kepada remaja. Perlu diingat bahawa kebanyakkan remaja yang mengikuti usrah ini adalah dalam lingkungan umur yang masih muda, jadi kaedah yang lebih menarik dan ceria perlu disediakan bagi melahirkan satu usrah remaja yang berjaya mengubah corak hidup dan pemikiran mereka.

Naqib / naqibah perlu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan Teen Circle ini, " jika mak usrah sendiri menghadapi masalah dalam penyampaian dari segi ilmu pengetahuan dan public speaking, sudah pasti usrah itu tidak akan menjadi " itulah antara intipati yang disampaikan oleh Ustazah Teh, penyusun buku Usrah Remaja. Naqib / naqibah perlu sentiasa bersiap siaga dari pelbagai segi sebelum usrah diadakan. Banyak sekali yang terjadi apabila ramai di kalangan naqib ataupun naqibah menghadapi masalah di dalam menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh adik-adik ( remaja ) , ini disebabkan mereka ( naqib/ah ) tidak bersedia malahan menganggap mudah usrah itu sendiri.

Saya tertarik dengan idea seorang peserta dari Sepang mengenai kaedah deria sixth sense yang dilontarkannya. Kaedah sixth sense ini merupakan satu idea baru yang saya yakin jika dilaksanakan dengan teratur akan menjadi satu modul baru usrah yang bakal melahirkan team circle yang mantap dan berkesan kepada masyarakat. Inshallah saya dan sahabat yang mendengar pasti mencuba-cuba keadah ini pada usrah yang akan datang. Inilah bisikan-bisikan semangat yang keluar dari mulut kami.

Di sini saya linkkan blog Teens Circle http://usrahremaja.wordpress.com
Dan kepada sesiapa yang ingin menyertai usrah remaja ini terbuka dari umur 12 - 21 tahun, boleh sahaja menghubungi mana-mana Nisa' di kawasan masing-masing.
Saya linkkan web Nisa' Malaysia http://webnisa.net

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO