Related Posts with Thumbnails

1430, Masih Sama


1430,
Masih sama, tetap serupa
Darah terus membanjiri
Bumi ini bumi kita
Bumi ini penuh duka

1430,
Jeritan anak masih sama
Duka ibu hilang suaminya
Musnah di bawah runtuhan
Kesombongan bangsa kera

1430,
Kusambut dengan suara
Apache dan siren kecemasan
Nun jauh di sana
derita saudara yang tak pernah reda

1430,
jiwa memberontak gelisah
Shabra bermain di mata
Shatila melambai-lambai resah
semuanya bagai bermain, memutar laju
satu persatu

1430,
liga arab bisu menyepi
OIC dialong berapi- api
tetapi hanya di tepi
PBB senang hati, tak kering gusi

AKU,
Pergi jahanam dengan kalian
OIC, PBB, LIGA ARAB
Mandilah karat peluh Amerika
Ciumlah buntuk Zionis celaka

AKU,
Hanya mampu berdoa
Ya Allah engkaulah sebaik-baik penolong.
Bantulah kami ummat ini.


az_abrar / 30 Disember 08 :

Read more...

TAHUN BARU YANG PUTIH

SELAMAT TAHUN BARU BARU ISLAM
1430 HIJRAH
DAN
2009 MASIHI


~ Tahun Baru dengan warna putih ~

Read more...

Adakah Kaulupa?

Anak buah Alex ketika sesi latihan menjelang persembahan Hari Kemerdekaan 2007. Alex sendiri selaku pemain gitar dan pengubahsuai lagu asal 'Adakah Kau Lupa' oleh Alarm Me untuk disesuaikan dengan tuntutan persembahan. Hukum menggunakan alat muzik bertali boleh dilihat di Bahagian 1 http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hiburan-menolak-fatwa-utsaimin-albani.html Bahagian 2 http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hiburan-menolak-fatwa-utsaimin-albani_06.html Bahagian 3 http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hiburan-menolak-fatwa-utsaimin-albani_2649.html Bahagian 4 http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/hiburan-menolak-fatwa-utsaimin-albani_6189.html


- The funniest videos clips are here

Read more...

Merehatkan Minda

Ada sebuah blog yang saya jadi penasihatnya. Di sana ada sedikit humor untuk dikongsi.

1. Ibu dan Ayahku
2. Cubaan Haji Teepo
3. Wasiat Terakhir Mak Temah
4. Wawancara Penggembala Kambing
5. Tahukah Anda

Jemput ke
http://debungasyurga.blogspot.com/2008/02/merehatkan-minda.html

Read more...

Berbahagialah Para Wanita

Assalamualaikum, semoga kita diberi kesihatan dan kecerdasan oleh Allah pada hari ini.



Allah menciptakan lelaki dan wanita dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Allah Maha Mengetahui apa hikmah segala ciptaanNya. Hari ini kita ambil sedikti kesempatan untuk memikirkan kelebihan-kelebihan wanita.



Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. : )



Wanita mesti taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah para ibu adalah seorang wanita? : )



Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka lebih daripada wanita tetapi perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Siapa lagi untung? : )



Wanita bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun Allah. Anak-anak pula kena mengutamakan ibu mereka 3 kali lebih utama daripada bapa. : )



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 jenis wanita: Isteri-isterinya, ibunya, anak-anak perempuannya dan saudara-saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki: suaminya, ayahnya, anak-anak lelakinya dan saudara-saudara lelakinya. : )



Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Mudah kan? : )



Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita. : )



Hebat-hebatnya kelebihan wanita.


* Sekadar copy n paste dari internet

Read more...

" I NEVER IMAGINED IT WOULD TURN OUT LIKE THIS ....."

( az_abrar 10th Oct 08 )




Read more...

Salam Aidilfitri 2008

assalamualaikum wr wb

Salam Aidulfitri. Maaf Zahir Batin.

Semoga saya dapat berjumpa Ramadhan di tahun hadapan .

Sedikit gusar, sedih, pilu, gelisah , mungkin juga marah...maaf saya agak kaku menulis kini. Bukanlah kerana sindrom ' writer's block ' kerana saya masih bernafsu untuk menulis cuma jika di dalam situasi yang begini, saya tidak dapat menulis ...langsung hilang idea, hilang akal agaknya.

Mungkin juga membiarkan emosi menguasai diri. Tetapi sudah lama bertahan dengan kesabaran. Semoga Allah terus menetapkan kesabaran ini di dalam diri ini kerana dengan kesabaran saya dapat terus berjuang ..kerana dengan kesabaran saya terus dapat mempertahankan sebuah ikatan...kerana dengan kesabaran saya ingin redha Tuhan.

Daripada Saidatina Aisyah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda " Tidak menimpa kepada seseorang mukmin suatu musibah kerana tersusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah menggugurkan dosa nya "

Read more...

UNTUKMU SAHABAT - JOVI HIJJAU

UNTUKMU SAHABAT
Oleh Jovi Hijjau

Disaat kita nikmati kebersamaan
Banyak hal terlewatkan begitu saja
Keceriaan, gelak-tawa serta canda
Semuanya mengalir begitu saja

Waktu yang tersedia
Seolah tak mampu untuk menampungnya
Begitu cepat berlalu
Berlari seolah tak mau berhenti

Kenangan-kenangan itu terasa tak kali kita pergi
Pergi meninggalkan semua kegembiraan yang melenakan
Satu persatu kenangan itu diputar kembali
Ada sederet senyum saat terlintas film-film yang lalu

Kenapa kegembiraan itu harus pergi?
Kenapa tak selalu mengikutiku kemana pergi?
Kapan ini semua akan terulang?
Akankah kita tetap seperti ini?

Sahabat...
Semua yang pernah kita jalani
Hari demi hari, waktu demi waktu
Tak kala kita lalui semuanya bersama

Banyak hal yang pernah terjadi
Semua kita lalui dengan segala kekurangan yang kita miliki
Kadang benci, kesal dan kecewa
Juga senang, hormat dan sayang

Sungguh luar biasa apa yang telah kita lalui bersama
Inikah pemberian tak ternilai dari Sang Kuasa?
Yang sering kali tak pernah kita syukuri

Ya, Allah.. Lindungilah mereka yang ku-cinta

Read more...

Cuaca Hari Ini

CUACA HARI INI





Cuaca diri saya mendung hari ini
Seperti mau terbang
Bersolat di Masjid Nabi
Mencari ketenangan hati

Dulu pernah cuaca saya juga begini
Mendung seperti hari ini
Tapi adanya coretan gembira
Dari hamba yang cinta Tuhan nya

Ingin saya bawa mendung hari ini
Meliputi langit Sinai
moga hilang di celahan warna
merah mentari Taba'



az_abrar
Isnin 22 Ramadhan 1429H

Read more...

Ujian dan Pengorbanan

UJIAN DAN PENGORBANAN



HIDUP kita memang penuh dengan dugaan dan ujian.Sesungguhnya apa saja yang ditakdirkan menimpa diri kita, mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu.Dalam menghadapi ujian atau musibah yang melanda diri, kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa bersabar dan menerimanya dengan hati terbuka serta penuh reda.
Dalam kitab Jami’ al-Tirmizi disebutkan bahawa Rasulullah bersabda: “Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah”.
Inilah panduan yang cukup berharga untuk diri kita agar kita dapat mengatasi setiap dugaan dengan penuh ketakwaan dan kebijaksanaan.Sesungguhnya Allah tidak menimpakan musibah itu untuk memusnahkan diri kita dan bukan untuk menyeksa kita.

Ujian di dalam setiap aspek kehidupan dari ujian persahabatan sehinggalah ujian keimanan. Bermula dari satu menjadi dua, tiga dan seterusnya. Tetapi ujian merupakan satu titik perubahan yang positif pada masa hadapan. Kerana percaya di sebalik mehnah ada hikmah !





Sebaliknya, ia semata-mata bertujuan menguji kesabaran dan keredaan, menguji kadar keimanan, mendengar permohonan ampun dan taubat selain melihat bagaimanakah caranya kita mengetuk pintu rahmat-Nya dengan hati yang khusyuk serta tangan menadah, memohon dipermudahkan laluan seterusnya.

Renungilah kata-kata Abdul Kadir al-Jailani kepada anaknya: “Wahai anakku, sesungguhnya musibah itu datang bukan untuk merosakkan dirimu tetapi untuk menguji kesabaran dan keimananmu. Wahai anakku, takdir ialah seperti binatang buas dan binatang buas tidaklah memakan bangkai”.





http://mencarikeredaanmu.blogspot.com/2006_12_01_archive.html
edit by az_abrar

Read more...

Mencari Kejernihan Hati (akhir)

Di kelas, pemeriksaan sudah tamat. Ghazali dan Jamil bergerak ke arah Fadzil.

“Mana telefon tadi?” tanya Ghazali kepada Fadzil.

“Telefon apa?” balas Fadzil dengan penuh kepura-puraan.

“Aku nampak engkau ambil dari atas meja tadi,” sambung Ghazali sambil tangannya dihulurkan sebagai tanda meminta.

“Hah, jangan nak tuduh-tuduh! Pandai-pandai je nak kenakan orang. Bukan engkau ke tadi yang keluarkan dari beg Seman? Jangan-jangan engkau yang ambil!” lakon Fadzil dengan begitu bergayanya.

“Kalau macam tu, kami nak periksa poket kamu,” kata Jamil.

“Hah, tengok! Periksalah!”


Memang tak ada apa-apa. Dengan wajah sombong dan bangga Fadzil tersenyum kepada rakan-rakannya atas perlakuannya yang bertentangan dengan kehendak Tuhan itu. Ghazali dan Jamil tidak terkata apa-apa.

Pada masa yang sama, Seman baru pulang dari tandas. Ia meneruskan lakonan kotornya, seolah-olah tidak tahu apa yang terjadi.


“Hah, kenapa ni Fadzil?” tanya Seman.

“Diorang ni le, tadi kan dia yang keluarkan ‘henset’ engkau dari dalam beg. Pas tu ‘henset’ tu tak tau ke mana. Tengok-tengok aku pulak yang diorang tuduh ambil,” dengan seriusnya lakon Fadzil.

“Ni yang aku bengang ni! Jangan-jangan korang berdua pakat curi telefon aku apa?” fitnah Seman dengan suara yang keras. Dalam hati kecilnya, ketawanya bukan main lagi. Ketika itu Fadzil dan Seman memang sudah lupa... menurut agama Islam, fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan! Hanya untuk menyelamatkan satu barang dunia, mereka sanggup melawan kehendak Allah dan kehendak Rasulullah agar jangan sesekali memfitnah. Fikiran mereka sudah dipengaruhi syaitan.


Azuan dan Husni pula sebaliknya. Mereka tahu dosa memfitnah, tetapi untuk menjaga perhubungan persahabatan dengan Seman, mereka lebih senang mendiamkan saja apa yang mereka tahu. Dosa pun dosalah asalkan hubungan kami satu kumpulan tetap baik. Untuk mereka menyatakan kebenaran, tidak sama sekali. Begitu dayusnya sikap remaja Islam hari ini.


“Jadi... apa yang perlu kami buat ustazah?” tanya Shahrin.

“Dosa dengan Allah boleh terhapus melalui taubat, dosa sesama manusia kena diselesaikan sesama manusia. Kalau kamu sedar yang kamu bersalah, lebih baik minta maaf dengan orang yang telah kamu aniaya,” balas Ustazah Syahirah lambat-lambat.

“Alamaaak, nak pergi minta maaf yang lemah sendi-sendi lutut ni. Tapi... kalau tak minta maaf, dosa tu kekal camtulah. Camne ni ye?” rungut Seman sambil menatap wajah Fadzil.

“Hah, kamu berdua... Azuan... Husni... jangan ingat kamu tak bersalah. Dosa orang bersubahat sama je dengan orang yang buat,” tekan Ustazah Syahirah. Azuan dan Husni hanya mampu tersengih.


Fadzil sebenarnya masih melayan perasaannya sejak dari tadi. Ia mula merasakan kejadian buruk yang melanda kelasnya baru-baru ini seolah-olah ada kaitan dengan perlakuan mereka tempoh hari. Nampak jelas kejadian buruk itu memang sebagai balasan Allah kepada mereka.


Mana tidaknya, kelas merekalah yang paling teruk terkena histeria, pelajar lelaki pulak tu. Biasanya pelajar perempuan yang diganggu. Dalam masa seminggu serangan makhluk halus, setiap hari lima enam orang pelajar kelas mereka kerasukan. Yang paling teruk ialah Seman dan Shahrin, meronta-ronta macam orang gila. Malu rasanya dilihat orang ramai dalam keadaan begitu.


“Aku rasa kan, kita kena minta maaf le. Korang tengok le apa yang jadi apa kelas kita hari tu,” cetus Fadzil.

“Memang pun! Aku pun terfikir macam tu jugak. Boleh jadi Tuhan balas perbuatan kita tu,” Husni mengiakan.

“Memang saya pun nak kata macam tu, tapi nanti kamu cop saya mengarut pulak. Sekarang... kamu sendiri sedar macam tu, pandai-pandailah membetulkan keadaan,” kata Ustazah Syahirah.

“Tapi... tu le, malu le nak minta maaf,” balas Fadzil.

“Apa kata kita kirim surat?” cadang Azuan.

“Aduhh... tak sanggup rasanya,” balas Seman pula.


“Beginilah... Minta maaf ni tak semestinya mengadap orang tu. Boleh juga guna cara tak langsung. Contohnya, apabila kamu terjumpa Ghazali dan Jamil tu, kamu tegur-tegurlah, senyum-senyumlah. Mereka berdua tu pelajar cerdik, mesti mereka dapat tangkap punya maksud kamu. Dan saya pasti mereka jenis yang mudah memberi maaf,” cadang Ustazah Syahirah.

“Ye lah, buat apa kita masam-masam muka, mencari musuh...lebih baik kita sesame Islam berganding bahu menghadapi musuh-musuh Islam di sekeliling kita. Betul tak ustazah?” kata Shahrin.

“Paaandai pun. Syaitan memang suka sangat le orang-orang Islam saling berbalah ni. Sebab tu kamu mudah kena rasuk,” balas ustazah.

“OK kawan-kawan. Aku rasa dalam hal ni memang kita berkomplot nak kenakan Ghazali sama Jamil. Jadi, kita berbaik-baiklah balik dengan diorang. Kita tak rugi pun, bahkan... Tuhan bertambah sayangkan kita,” putus Seman.


“Alhamdulillah... sempena meraikan tolak-ansur dan baik hati kamu semua, lepas balik nanti jumpa saya di kantin, saya belanja makan tengah hari,” Ustazah Syahirah membuat tawaran.

“Yesss... tak cukup tapak tangan, tapak perumahan kami tadahkan,” balas Seman sambil disahut dengan tawa rakan-rakannya.oleh Alexanderwathern

Read more...

Mencari Kejernihan Hati

“Jadi… kami dah buat salah lah ye Ustazah?” tanya Seman.
“Apa lagi, dah tentu le!” sahut Shahrin.
“Tapi Ustazah...kami cuma nak tolong kawan je,” Fadzil masih cuba membela perbuatan mereka.
“ Memang kamu nak tolong Seman, tapi... cara kamu tak betul. Dan apa yang kamu nak tolong tu pun memang salah,” balas Ustazah Syahirah.

Fikiran Shahrin mengimbas kembali peristiwa yang berlaku lebih kurang sebulan yang lalu. Ketika itu guru disiplin dan serombongan pengawas melakukan pemeriksaan mengejut di kelas mereka. Beberapa barang yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah ‘dirampas’ termasuklah sebuah telefon bimbit kepunyaan Seman. Seman tidak sempat menyorokkan telefon bimbit yang disimpan dalam beg sekolahnya itu. Ghazali, salah seorang pengawas mengeluarkannya lalu meletakkan di atas meja sebelum semua barang rampasan dikumpulkan setempat.

bersambung

Seman naik berang apabila telefon bimbitnya berjaya ditemui pengawas walaupun dia sedar dia bersalah. Memang sudah menjadi undang-undang sekolah, pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit. Mengikut hukum agama, sesiapa yang sengaja melanggar undang-undang sekolah tetap kira berdosa. Namun begitu Seman tetap tidak puas hati terutamanya kepada Ghazali. Seman merancang sesuatu...

Ketika itu mereka diarahkan berkumpul di bahagian belakang kelas. Seman, Fadzil dan beberapa orang rakan lagi berbisik-bisik sesama mereka. Mereka merancang untuk mengambil balik telefon bimbit Seman. Beberapa orang rakan lain nampaknya tidak bersetuju termasuklah Azuan dan Husni.

“Eh, bukan ke masa balik nanti kita boleh ambil balik ‘henset’ engkau tu daripada guru disiplin Seman?” tingkah Azuan.
“Ye la Seman. Buat apa susah-susah nak ‘curi’ sekarang? Waktu balik nanti pergi je le ambil di bilik guru,” tambah Husni.
“Korang jangan masuk campur ye! Tutup mulut, duduk diam-diam!” balas Seman dengan tegas dan sedikit biadap. Terus Azuan dan Husni membisu. Mereka tahu, Seman memang jenis ‘kaki gaduh’, mudah naik angin. Semua orang kena dengar cakapnya.

Tidak lama selepas itu, perlahan-lahan Fadzil bergerak dari belakang kelas ke papan putih di bahagian hadapan. Dia sengaja mengambil ‘white-board pen’ lalu berjalan kembali ke belakang kelas. Ketika melewati tempat duduk Seman, dengan pantas tangannya mengambil telefon bimbit Seman lalu dimasukkan ke dalam sakunya. Dengan selambanya Fadzil menuju ke arah kawan-kawannya.

Sampai sahaja, Fadzil menghulurkan telefon bimbit itu kepada Shahrin dan Shahrin pula memberikannya kepada Seman. Cepat-cepat Seman memasukkan ke dalam sakunya. Azuan dan Husni melihat saja tanpa dapat berbuat apa-apa.

“Uh, aku rasa nak terkencing le,” kata Seman dengan agak kuat. Kemudian dia bergerak ke arah Guru Disiplin yang menunggu di luar kelas lalu meminta kebenaran untuk ke tandas. Dia diizinkan. Seronok benar rasanya.

Rupa-rupanya, ketika tangan Fadzil melakukan perbuatan salah itu tadi, Ghazali terperasan. Ghazali memaklumkan hal itu kepada Jamil. Mereka bersepakat untuk mengambil balik telefon bimbit itu daripada Fadzil sebaik-baik sahaja selesai menyelongkar kesemua beg. Tapi mereka tidak sedar yang telefon itu sudah pun berpindah tangan dan Seman sudah membawanya ke tandas.

Di tandas, Seman serba-salah. Ia tidak tahu di mana hendak disorokkan telefon bimbitnya. Takkanlah dalam lubang tandas. Matanya meliar ke sana ke mari. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menyorokkan telefon bimbit itu di dalam seluar dalamnya. Sebelum itu, Seman mengaktifkan telefon bimbitnya lalu memadam semua fail-fail maksiat yang ada di dalamnya. Dikhuatirinya kalau kantoi lagi nanti, guru disiplin akan membuka gambar-gambar dan video-video lucah yang aa di dalamnya.

Kemudian perlahan-lahan diasukkannya telefon bimbit itu ke dalam seluar dalamnya di bahagian depan. Seman pasti, guru disiplin dan pengawas takkan memeriksa di bahagian itu. Selesai semua, dengan wajah puas dan buat-buat tenang Seman melangkah keluar tandas menuju kelasnya semula.

Read more...

Kehilangan Ustaz Fadhil Noor Masih Terasa

Baru-baru ini saya sempat membaca satu artikel di Harakah mengenai perjuangan arwah Ustaz Fadhil Noor, tidak dinafikan arwah merupakan salah seorang tokoh perjuangan yang amat saya kagumi. Artikel yang di tulis oleh anak perempuan beliau iaitu Muna Izza atau lebih mesra saya memanggilnya dengan panggilan kak Muna, sebagai salah seorang penggiat Nisa' Malaysia, saya mengenalinya sebagai seorang yang bersemangat kental dan ciri-ciri perjuangan ayahnya tampak di dalam diri Kak Muna. Semoga perjuangan ini terus tumbur berkembang mekar di persada perjuangan jemaah ini.


Kak Muna (tengah) semasa aktivti Nisa' Small Kindness


Setelah enam tahun, kehilangan Ustaz Fadzil masih terasa

Muna Izzah Fadzil
Mon | Jun 23, 08 | 6:58:50 pm MYT

Tanggal 23 Jun datang lagi. Sudah 6 tahun tarikh sedih ini bermula dengan pemergian dan kehilangan seorang baba dan suami kepada anak-anak serta isteri yang tercinta ke rahmatullah.

Dan kepada penyokong-penyokong serta pendokong-pendokong parti islam dalam negara jua luar negara juga merasai kehilangan tokoh ilmuan dan dan pemimpin sebuah jamaah yang mendokong perjuangan Islam ini.

Al-Marhum Fadzil bin Mohd Noor, sekiranya masih hidup, telah berusia 71 tahun pada 13 Mac yang lepas.

Namun dalam usianya 65 tahun, beliau meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman yang menyerangnya, susulan daripada pembedahan koronari di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 10.30 pagi.

Sejak kecil mengenali kematangan hidup, dan kematangan itulah yang dibawa hingga kini walaupun jasadnya sudah tiada.

Oh ya, ada sesuatu fakta yang perlu saya perbetulkan di sini iaitu selalu mereka yang menulis mengenai baba,bahawa beliau sejak kecil adalah anak yatim. Sebenarnya tidak.

Ayahnya meninggal dalam than 1972 dan ibunya meninggal dalam tahun 1997. Dan juga ketika hayatnya beliau tinggal di Alor Setar dan bukannya di Muassasah. Hanya tempat persemadian beliau sahaja di Muassasah seperti yang beliau wasiatkan.

Bermimpikan 'Baba'

ImageTerima kasih. Semua yang mengenalinya sudah maklum bahawa ketika hayatnya beliau sangat komited dengan apa yang diperjuangkan dan dilakukan dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Perwatakannya yang kadang-kadang diam tetapi sangat prihatin dan kadang-kadang banyak bercakap, menjadi ingatan setiap yang mengenalinya. Bagi seorang anak, mewakili adik-adik, serta menantu juga cucu, dan terutamanya mama saya, tidak pernah lekang ingatan kami terhadap beliau.

Mimpi mama sering dikunjugi baba dan kami akan bermimpi baba sekiranya kami punya masalah atau terlalu rindukan beliau. Itu sahaja pengubat rindu kami.

Pemimpin datang dan pergi, namun seorang baba pasti dan tidak akan ada penggantinya. Berbalik kepada pandangan pendokong Islam, pemikiran dan kepimpinannya sangat dirasai.

Banyak perkara yang dilakukan, dengan kuasa Allah telah membuahkan hasil berkat usaha beliau dan sahabat-sahabat pimpinan yang lain dan semua pihak.

Seringkali saya ditegur kenalan-kenalan baba yang menyatakan mereka terasa kehilangan beliau. Saya hanya mampu tersenyum dan menghargai semua itu. Tetapi kadang-kadang terasa kehilangan sahaja tidak mencukupi.

Mengkagumi pemikiran beliau sahaja juga tidak mencukupi. Saya bukan yang layak menyatakan perkara ini, tetapi saya melihat, pemikiran beliau harus dilebar dan diperkembangkan lagi oleh kepimpinan yang ada.

Kepimpinan yang ada kini bagi saya sudah cukup dibanggakan, dan hebat dalam memimpin organisasi. Wajah-wajah muda beriringan dengan mereka yang sudah berpengalaman akan menjadikan Parti Islam Semalaysia makin dapat diterima kawan dan lawan.

"Pengorbanan perasaan yang paling sukar dilakukan,"itulah ungkapan Al-Marhum yang sering diluahkan.

Sebelum ini saya tidak begitu menghayati luahan hati tersebut, namun apabila saya berada dalam Nisa, Puan Mastura sering menyatakan ungkapan ini dalam perjumpaan kami.

Setelah mengharungi susah payah di dalam Nisa, saya makin mengerti ungkapan baba ini. Beliau sebenarnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya dengan melontarkan ungkapan tersebut.

Memang benar pengorbanan harta benda, wang ringgit, tenaga serta masa bukan sesuatu yang sukar untuk diberi, namun perasaan amatlah sukar untuk dikorbankan.

Kini saya makin mengerti, kenapa baba diam apabila orang mempertikaikan keputusannya dan kenapa beliau juga tersenyum apabila orang tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan.

Jarang sekali beliau membebel di rumah bercerita mengenai masalah dalaman parti, kerana baba perlukan hiburan di rumah iaitu kasih sayang dan bebelan mama dan anak-anak. Itu yang membahagiakannya.

Beliau tidak perlukan perbahasan politik di rumah, kerana sakit yang dirasai dalam hati, dipendam dan dikorbankan ego serorang pemimpin. Kami mungkin tidak mengetahui bagaimana beliau berhadapan dengan suasana politik yang sebenar ketika itu dan mungkin anda semua yang lain lebih mengetahuinya.

Lempar dengan batu,dibalas bunga

Namun kami memerhati siapa sahaja yang ber'deal dengannya.Kami memerhati sikap orang terhadapnya, dan bagaimana reaksi beliau terhadap segala sikap itu. Dan di situ kami belajar banyak perkara.

Saya tidak pasti apa yang orang lain belajar daripada pemikiran beliau tetapi saya belajar ungkapan yang saya sebutkan tadi. Pengorbanan perasaan dalam jamaah sangat sukar dilakukan.

Ada kalanya kita memberi bunga, kita dilemparkan dengan batu. Dan ketika itulah , adakah kita akan bertindak dengan membaling batu juga? Kerana itulah terdengar pulak ungkapan oleh YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekiranya orang lempar batu pada kita, kita balas dengan bunga. Dan ketika itulah pengorbanan perasaan dilakukan. Adakah anda mengerti ranataian ungkapan-ungkapan ini?

Kematangan dalam kepimpinan politik,keterbukaan, kasih sayang, pandai menghargai adalah antara watak-watak beliau yang saya secara peribadi mengakagumi beliau.

Kepetahan berpidato adalah pelengkap dirinya yang dimanfaatkan sepenuhnya dalam menjalani tugasannya sebagai Ketua Pembangkang dan ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen.Kini saya merindui kepetahan itu di kalangan sahabat-sahabat beliau di dalam Parlimen.

Sudah pasti al-marhum berasa gembira dengan kemenangan PAS dan rakan kongsi PAS yang lain, dan sekiranya itu, beliau juga dan sudah pastinya pemimpin terdahulu tidak mahu kita semua mempersiakan peluang yang sudah diberi Allah.

Pemikiran beliau dan mereka yang telah pergi, mestilah digarap bersama dengan pemikiran yang ada kini supaya tampak parti yang didokong ini maju dari segi kematangan politik serta akhlaq yang baik. Ketika senang, ujiannya pasti lain dan lebih menguji diri.

Saya sebagai anak pasti merasa bangga dengan beliau tapi saya lebih merasa bangga sekiranya pemikiran beliau bukan sahaja diwacanakan TETAPI diaplikasikan bersama untuk maju ke depan. Terima kasih kepada anda semua yang menjadi penyambung warisan kepimpinan dan teruskanlah usaha-usaha yang baik.

Kami semua mungkin tidak mampu menjadi seperti anda yang berada secara langung dalam arena politik kerana jawatan dan kepimpinan bukannya warisan turun temurun tapi percayalah darah yang mengalir di dalam tubuh al-marhum ada dalam diri kami, dan secebis kata baba, kebaikan dan dakwah boleh dilakukan dalam setiap perkara.

Tidak terhad kepada politik sahaja, tapi akedemik, kekeluargaan dan apa jua yang bidang yang diceburi.Buat yang terbaik dan yang termampu. Sudah pastinya kami bersama anda semua, insya-Allah, dan pesanan itu yang dipegang sehingga kini.

Terima kasih kepada En Rashidi yang meminta dituliskan sesuatu pada hari ini untuk disiarkan di Harakah.Dan kepada Dato' Kamarudin Jaafar dan Pimpinan PAS yang lain, serta sabahat baik baba, Pak Cik Ismail Mina, sekalung penghargaan dan terima kasih kerana sudi untuk menganjurkan Majlis Tahlil beliau walau tarikh terpaksa dienjak sedikit.

Dan ucapan terima kasih khusus mewakili mama saya yang kini berada di Mesir dan kami sekeluarga untuk Pak Cik Latif, bekas peneman Al-Marhum yang ditugaskan membawa kereta baba ketika hayatnya, yang hingga kini tidak pernah lupakan kami semua dan tidak pernah berhenti bertanya khabar kepada kami. Itu sudah cukup membahagiakan kami.

Dan kami mengucapkan terima kasih di atas doa dan ingatan semua anda di luar sana , para pencinta Islam, para penyokong, para sabahat dan sesiapa sahaja terhadap beliau. Tidak terbalas jasa anda semua terhadap semua ingatan itu. Permohonan maaf jua dihulurkan sekiranya ada kesalahan yang dilakukan ketika hayatnya.

Dan kepada baba, biar bertahun lagi hidup kami di dunia ini, dirimu tak pernah kami lupakan dan setiap detik, baba ada di dalam jiwa kami dan pasti kami berdoa kita dapat berkumpul bersama seperti dahulu untuk berjumpa Allah di akhirat sana.Al-FATIHAH.

* Muna Izzah Fadzil adalah anak perempuan almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. _

Read more...

SUKAN PASTI GOMBAK


Tuan Puteri mengetuai rombongan :) comel...




TAKBIR ! Daie2 Muda..inshallah..:)


Bertugas di Sukaneka PASTI Gombak. Seronok tengok adik-adik dan anak-anak kecil bersukan...comel..comel..:)

Read more...

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuhu

Salam perjuangan...salam ukhuwah fillah salam kemesraan..salam kasih sayang..

Alhamdulilah hi rabbil Alamin ..dengan limpah kurnia dan hidayah dariNya dapat diri ini terus menghirup nikmat ilahi dan beramal dengan nikmat aqidah ini. Tiada Tuhan Melainkan Allah Tuhan Semester Alam, Dan hanya padaNya segala puji-pujian Dialah Allah yang mengurniakan segala nikmat buat setiap makhluk, Dia tidak memerlukan ciptaanNya tetapi kamilah yang memerlukan Engkau wahai zat yang Maha Mulia. Salam kasih sayang buat junjungan besar kekasih kami Muhammad s.a.w ......

Read more...

SAIYYIDAH FATIMAH BINTI SAYYIDINA HUSAIN RA

Diriwayatkan oleh Muslim, At Tirmizi dan An Nasaie daripada Zaid bin Arqam bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda " Aku ingatkan kamu kepada Allah supaya mencintai ahli keluargaku "





Saiyyidah Fatimah binti Sayyidina Husain RA


Saiyyidah Fatimah binti Sayyidina Husain RA dilahirkan pada 40 Hijriah di Madinah Al Munawarah adalah saudara kepada Sayyidah Sukainah An Nabawiyah. Ibunya adalah Ummu Isshaq At Taimiyah binti Thalhah bin Abdullah ( menurut penyelidikan Al Baghdadi )

Dialah orang yang sangap mirip dengan neneknya, Saiyyidah Fatimah Az-Zahra. Seorang yang fasih, pujangga, pemurah dan selalu beribadat. Anak-anak yatim yang kehilangan orang tua mreeka di dalam petermpuran Karbala atau sebaliknya , semuanya akan berkumpul kepadanya untuk mendapatkan kasih sayang daripada cicit Rasullulah s.a.w ini.

Para sejarawan mengatakan bahawa anak-anak yatim yang perempuan mengikut serta Saiyyidah Fatimah ketika berhijrah ke Mesir dan oleh kerana itulah beliau degelar Ummul Yatama iaitu ibu anak-anak yatim.

Saiyyidah Fatimah telah meriwayatkan beberapa hadith dari kakaknya daripada ayahnya, Saidini Husain RA dan makciknya Saiyyidah Zainab binti Ali dan juga daripada Abdullah bin Abas, Bilal bin Rabah dan lainnya sedangkan yang meriwayatkan darinya sendiri ialah anak-anaknya.

Sayyidah Fatimah binti Sayyidina Husain RA wafat pada 11o Hijriah dan di makamkan di kaki bukit Muqatam di Mesir ( dari penyelidikan Syeikhul Islam Al Ahjuri dan dikuatkan lagi oleh Khuthuth Syihab Al Auhadi. Makamnya pernah diperbaiki sekolompok orang dan diantara yang terakhir membaikinya adalah Abbas Helmi II dan Abdul Rahman Katakhda.


credit : Buku Menjejaki Maqam Ahli Bait Rasullulah di Mesir m/s 150-151

Read more...

THE WORLD PLACES TO LIVE 2008

I just read Business Week today. There's coming again...The World Places To Live in 2008 , there researches from Mercer Consultant. Again .. Zurich become the famous place to live. There some factors to rate each city including air quality and personal safety also traffic congestion. The top list is Zurich , Switzerland.

1) Zurich , Switzeland

2) Vienna , Austria


3) Geneva, Switzerland

4) Vancouver , Canada

5 ) Auckland , New Zealand

6) Dusseldorf , Germany

7) Munich , Germany
8) Frankfurt, Germany
9 ) Bern , Switzealand
10 ) Sydney , Australia

* Where are you KL ??

Read more...

Makan-makan di Muar

Wahh akh alex pun selalu berjalan-jalan yer ! Sebenarnya bagi saya memang' best' berjalan-jalan ni. Walaupun badan letih dan tetapi pengalaman merasai suasana tempat yang baru sesuatu yang amat bererti , tak dinafikan ada diantara kita yang tak suka berjalan-jalan atau bersiar-siar, bercuti dan sebagainya terutama sekali bagi kaum adam.:) Dua hari yang lepas saya menemani seorang rakan ke Muar bertemu dengan 'client' . Di sini bukan hendak diceritakan perjalanan saya melalui jalan sekian-sekian seperti akh alex sebab saya mempunyai satu sindrom tak ingat jalan.

Yang pasti kami singgah di sebuah restoren di pinggir Sungai Muar


Wahh..pertama kali saya datang ke Muar dan diberi makan (yang pastinya percuma ) makanan yang sedap-sedap belaka. Orang kata kalau datang ke Muar kena cuba mee bandung Muar tapi sayang saya tak boleh makan mee :( dan pertama kalinya saya mencuba kepah.


Sotong Goreng Tepung


Udang Masak 3 Rasa


Kepah ( tak pasti masak apa )

Syukur kepada Allah kerana kemurahanNya maka, saya dapat menikmati makanan-makanan ini dan Terima kasih kepada yang memberi makan :) .

Read more...

Dari Trong ke Klang

Saya dari Trong (Terong) sering juga pergi ke Klang (Kelang) menggunakan jalan bawah. Kepada mereka yang tidak biasa menggunakan jalan bawah, saya cadangkan anda mencubanya.

Sepanjang perjalanan ini, kita boleh berhenti membeli beberapa barang yang istimewa yang mungkin sukar diperolehi di tempat-tempat lain. Seronok juga menyinggah-nyinggah jika kita tidak perlu tiba ke tempat tujuan dengan segera. Dapat memandu dengan santai, berbual-bual dengan teman sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.

Antara persinggahan yang menarik adalah di gerai-gerai menjual air nira. Masyaallah, manisnya. Kena pula yang sejuk berais, memang puas hati. Sebelum ini saya memang tidak minum, tapi akhir-akhir ini terasa sedap pula. : )

Ada pula satu tempat lagi yang kita boleh berhenti membeli buah-buahan, dan buah yang menjadi raja di kawasan itu adalah mangga. Saya memang peminat buah mangga. Tak tertahan melihat mangga bersusun-susun hijau kuning dengan harga yang boleh dikira murah. Cuma berhati-hati juga membelinya kerana dikatakan ada sebahagian pengusaha mangga ini menggunakan baja yang tidak halal. Yang menjual memang Melayu Islam tapi yang menanamnya bukan. Jika rasa was-was, jangan belilah.

Lagi satu, banyak mangga yang manis luar biasa kerana disuntik ibu gula. Sesiapa yang ada ataupun berisiko kencing manis (diabetes), saya nasihatkan jangan makan. Cukup cepat kandungan gula dalam tubuh meningkat. Selain itu gerai-gerai ini juga penuh dengan jagung jika kena dengan musimnya, lebih murah daripada tempat-tempat lain.

Tahu apa itu siput mentarang? Pernah masuk televisyen ni. Orang dari Perlis pun datang beli dengan lori dan memasarkannya di Perlis. Sedap dimasak dijadikan lauk. Cuma siput ini ada sikit-sikit pasir. Sambil-sambil makan tu, prup prup bunyinya. Mungkin ada cara untuk hilangkan pasir-pasir itu.

Tempat persinggahan yang lain ada yang kaya dengan pelbagai jenis keropok dan kerepek. Kemudian ada tempat membeli nata de coco.

Kesimpulannya, perjalanan tidak terasa bosan kerana anda akan menyinggah 4-5 tempat. : )

Read more...

From KL to Changlun


I got phone called from my lovely friend from Changlun, Kedah around a month ago. She reminded me about our promises to meet each other after graduation day. I've been in Changlun but I couldn't remember that place anymore. Then I went to Changlun in last April. Here some of pictures around Alor Setar and Changlun.

I really felt in love with Alor Setar city.



Alor Setar Museum

My friend , Linda with the ancient man in Museum

We're performed our Asr prayer at this Zahir Mosque

The most interesting is we went to Kedah Rice Museum. I think it huge for Rice. isn't it ?

this picture was taken in top level of Rice Museum. It was nice but you have to pay for the scenes :)



Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO