Saya dari Trong (Terong) sering juga pergi ke Klang (Kelang) menggunakan jalan bawah. Kepada mereka yang tidak biasa menggunakan jalan bawah, saya cadangkan anda mencubanya.
Sepanjang perjalanan ini, kita boleh berhenti membeli beberapa barang yang istimewa yang mungkin sukar diperolehi di tempat-tempat lain. Seronok juga menyinggah-nyinggah jika kita tidak perlu tiba ke tempat tujuan dengan segera. Dapat memandu dengan santai, berbual-bual dengan teman sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.
Antara persinggahan yang menarik adalah di gerai-gerai menjual air nira. Masyaallah, manisnya. Kena pula yang sejuk berais, memang puas hati. Sebelum ini saya memang tidak minum, tapi akhir-akhir ini terasa sedap pula. : )
Ada pula satu tempat lagi yang kita boleh berhenti membeli buah-buahan, dan buah yang menjadi raja di kawasan itu adalah mangga. Saya memang peminat buah mangga. Tak tertahan melihat mangga bersusun-susun hijau kuning dengan harga yang boleh dikira murah. Cuma berhati-hati juga membelinya kerana dikatakan ada sebahagian pengusaha mangga ini menggunakan baja yang tidak halal. Yang menjual memang Melayu Islam tapi yang menanamnya bukan. Jika rasa was-was, jangan belilah.
Lagi satu, banyak mangga yang manis luar biasa kerana disuntik ibu gula. Sesiapa yang ada ataupun berisiko kencing manis (diabetes), saya nasihatkan jangan makan. Cukup cepat kandungan gula dalam tubuh meningkat. Selain itu gerai-gerai ini juga penuh dengan jagung jika kena dengan musimnya, lebih murah daripada tempat-tempat lain.
Tahu apa itu siput mentarang? Pernah masuk televisyen ni. Orang dari Perlis pun datang beli dengan lori dan memasarkannya di Perlis. Sedap dimasak dijadikan lauk. Cuma siput ini ada sikit-sikit pasir. Sambil-sambil makan tu, prup prup bunyinya. Mungkin ada cara untuk hilangkan pasir-pasir itu.
Tempat persinggahan yang lain ada yang kaya dengan pelbagai jenis keropok dan kerepek. Kemudian ada tempat membeli nata de coco.
Kesimpulannya, perjalanan tidak terasa bosan kerana anda akan menyinggah 4-5 tempat. : )
1 comments:
Salam.. wah, mentarang. Itu memang menjadi kesukaan. Jika tidak salah mentarang ni hanya boleh didapati di perairan Perlis sahaja di Malaysia ini. dan ramai juga rakyat Malaysia yang tidak pernah melihat siput jenis ini.
Cara nak buang pasir tu, masa basuh kena basuh betul-betul. Terutama semasa mentarang ini masih di dalam selut, kena basuh dgn air masin dulu. Jika sudah terkena air paip, memang kita tak akan sempat membuang pasirnya kerana cengkerangnya akan tertutup rapat... (macam kerang kena air)
Post a Comment