PRK Bukit Gantang bersama TAMAR JALIS
Baru-baru ini sempena Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, saya dan beberapa orang sahabat diminta bertugas di Dun Terong. Pertama kali saya bertandang di Trong, Perak ini iaitu pada sekitar Oktober tahun 2002 . Saya masih ingat Air Terjun di Pekan Trong, tahun 2002 itulah kenangan paling manis saya di air terjun tersebut bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Mandi bersama purdah dan tudung labuh masing-masing dan solat disekitar batu-batu di air terjun dan ngerinya melihat pacat-pacat yang bulat kekenyangan darah kami. Malamnya masing-masing bertafakur menginsafi diri bersama bunyi-bunyi makhluk alam di sekitar air terjun. SubhanaAllah...tidak akan saya lupakan saat-saat ini sampai bila-bila.
Kini kedatangan saya ke Trong, mengamit kembali memori indah tahun 2002, bezanya kedatangan saya kali ini atas tugas sebagai seorang muslim terhadap agama, walaupun sedikit sangat sumbangan saya tetapi inilah yang mampu saya lakukan. Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Trong ini melalui lebuhraya PLUS dan menyusur keluar ke Changkat Jering. Sepanjang perjalanan ke dari Changkat Jering ke Trong, kami diceriakan dengan cuaca yang agak mendung dan gamitan pepohon durian, rambutan dan suasana aman damai kampung, masing-masing tersenyum lebar, berbunga rasa hati . Sebaik sahaja melihat papan tanda arah ke Trong dan Bruas, saya teringatkan Akhi Alex dan Kak Zana, Trong tempat mereka. Saya tersenyum sendiri.
" Kak Marjan...ana terbayang beberapa figura dalam minda " saya memandang Kak Marjan yang duduk bersebelahan saya. Kak Marjan seorang sahabat yang sangat puitis. Bila berbicara lebih banyak membahasakan diri dengan perkataan ana,enti,shukran dan beberapa perkataan arab yang sinonim dengannya.
" Enti ni apa lagi ? " dia menoleh melihat saya.
" Siapa ? Apa dia ? " dia berbisik tanya.
" Tiba-tiba ana teringkat sahabat di sini dan .....jeng..jeng... " saya tersenyum senggih kepadanya. Dia memandang saya penuh tanda tanya.
" Nak tahu siapa ? " saya tergelak. Dia tampak serius sambil mengangguk tanda ingin jawapan dari saya.
Saya mendekati telinga sambil berbisik saya berkata " Tamar Jalis " !
Dia terdiam, tidak memberi sebarang respon. Diambilnya kamera digital Nikkon Coolpix, laju sahaja merakam keadaan sekeliling. Saya kecewa, mungkin dia tidak kenal akan Tamar Jalis atau dia takut untuk memikirkan cerita-cerita Tamar Jalis. Saya tersenyum memandangnya.
Saya masih ingat cerita seram Siri Bercakap Dengan Jin hasil penulisan Tamar Jalis agak popular sekitar tahun 80 dan 90 an. Pertama kali membaca cerita seram ini sekitar tahun 95 iaitu ketika saya darjah 5 dan cerita yang tidak dapat saya lupakan mengenai kisah hantu wanita yang berambut panjang, berbau sangat busuk,memakai kain kapan yang sudah dicarik-carik dan sentiasa membawa tanah kubur busuk. Peristiwa ini dirakamkan oleh Tamar Jalis ketika mengikut Datuknya ke Kuala Trong. Saya jadi seram sendiri. Kebanyakkan cerita-cerita di dalam siri ini dirakamkan di sekitar kawasan di Perak Tengah seperti di Setiawan, Tanjung Rambutan, Layang-layang Kiri, Bruas, Dinding ( Manjung ), Air Tawar dan sekitar Taiping.
Sehingga hari ini, saya masih tidak pasti adakah cerita seram ini benar-benar terjadi kepada Tamar Jalis atau cerita rekaan semata-mata. Saya juga tidak pasti adakah Tamar Jalis masih hidup atau pun tidak. Oleh kerana keinginan untuk mengetahui mengenai Tamar Jalis agak tinggi, saya pernah mengGoogle mengenai beliau dan ada beberapa individu mengatakan beliau sudah meninggal dunia sekitar tahun 2004 dan ada juga mengatakan beliau masih hidup dan masih tinggal di Bruas. Saya kurang pasti ....
.......................................
Note : 1) PRK Bukit Gantang dimenangi oleh Y.B. Dato' Seri Nizar Jamaluddin ( PAS )
2) Gambar-gambar diambil menggunakan kamera digital Nikkon Coolpix
P/S : Sila kongsi maklumat mengenai buku Siri Bercakap dengan Jin ( SBDJ ) dan
mengenai penulisnya, Tamar Jalis di entry ini. Terima kasih.
1 comments:
Assalamu'alaikum
Saya pernah membaca cerita bercakap dengan jin tersebut masa kecil dahulu.Minat dengan jalan ceritanya yang berunsur mistik bersama dengan datuknya yang banyak ilmu tersebut.
Tetapi tentang penulisnya saya tak kenal. Yang tahu adalah Tamar Jalis.
WaLLahua'lam
Post a Comment