Related Posts with Thumbnails

Mencari Kejernihan Hati

“Jadi… kami dah buat salah lah ye Ustazah?” tanya Seman.
“Apa lagi, dah tentu le!” sahut Shahrin.
“Tapi Ustazah...kami cuma nak tolong kawan je,” Fadzil masih cuba membela perbuatan mereka.
“ Memang kamu nak tolong Seman, tapi... cara kamu tak betul. Dan apa yang kamu nak tolong tu pun memang salah,” balas Ustazah Syahirah.

Fikiran Shahrin mengimbas kembali peristiwa yang berlaku lebih kurang sebulan yang lalu. Ketika itu guru disiplin dan serombongan pengawas melakukan pemeriksaan mengejut di kelas mereka. Beberapa barang yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah ‘dirampas’ termasuklah sebuah telefon bimbit kepunyaan Seman. Seman tidak sempat menyorokkan telefon bimbit yang disimpan dalam beg sekolahnya itu. Ghazali, salah seorang pengawas mengeluarkannya lalu meletakkan di atas meja sebelum semua barang rampasan dikumpulkan setempat.

bersambung

Seman naik berang apabila telefon bimbitnya berjaya ditemui pengawas walaupun dia sedar dia bersalah. Memang sudah menjadi undang-undang sekolah, pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit. Mengikut hukum agama, sesiapa yang sengaja melanggar undang-undang sekolah tetap kira berdosa. Namun begitu Seman tetap tidak puas hati terutamanya kepada Ghazali. Seman merancang sesuatu...

Ketika itu mereka diarahkan berkumpul di bahagian belakang kelas. Seman, Fadzil dan beberapa orang rakan lagi berbisik-bisik sesama mereka. Mereka merancang untuk mengambil balik telefon bimbit Seman. Beberapa orang rakan lain nampaknya tidak bersetuju termasuklah Azuan dan Husni.

“Eh, bukan ke masa balik nanti kita boleh ambil balik ‘henset’ engkau tu daripada guru disiplin Seman?” tingkah Azuan.
“Ye la Seman. Buat apa susah-susah nak ‘curi’ sekarang? Waktu balik nanti pergi je le ambil di bilik guru,” tambah Husni.
“Korang jangan masuk campur ye! Tutup mulut, duduk diam-diam!” balas Seman dengan tegas dan sedikit biadap. Terus Azuan dan Husni membisu. Mereka tahu, Seman memang jenis ‘kaki gaduh’, mudah naik angin. Semua orang kena dengar cakapnya.

Tidak lama selepas itu, perlahan-lahan Fadzil bergerak dari belakang kelas ke papan putih di bahagian hadapan. Dia sengaja mengambil ‘white-board pen’ lalu berjalan kembali ke belakang kelas. Ketika melewati tempat duduk Seman, dengan pantas tangannya mengambil telefon bimbit Seman lalu dimasukkan ke dalam sakunya. Dengan selambanya Fadzil menuju ke arah kawan-kawannya.

Sampai sahaja, Fadzil menghulurkan telefon bimbit itu kepada Shahrin dan Shahrin pula memberikannya kepada Seman. Cepat-cepat Seman memasukkan ke dalam sakunya. Azuan dan Husni melihat saja tanpa dapat berbuat apa-apa.

“Uh, aku rasa nak terkencing le,” kata Seman dengan agak kuat. Kemudian dia bergerak ke arah Guru Disiplin yang menunggu di luar kelas lalu meminta kebenaran untuk ke tandas. Dia diizinkan. Seronok benar rasanya.

Rupa-rupanya, ketika tangan Fadzil melakukan perbuatan salah itu tadi, Ghazali terperasan. Ghazali memaklumkan hal itu kepada Jamil. Mereka bersepakat untuk mengambil balik telefon bimbit itu daripada Fadzil sebaik-baik sahaja selesai menyelongkar kesemua beg. Tapi mereka tidak sedar yang telefon itu sudah pun berpindah tangan dan Seman sudah membawanya ke tandas.

Di tandas, Seman serba-salah. Ia tidak tahu di mana hendak disorokkan telefon bimbitnya. Takkanlah dalam lubang tandas. Matanya meliar ke sana ke mari. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menyorokkan telefon bimbit itu di dalam seluar dalamnya. Sebelum itu, Seman mengaktifkan telefon bimbitnya lalu memadam semua fail-fail maksiat yang ada di dalamnya. Dikhuatirinya kalau kantoi lagi nanti, guru disiplin akan membuka gambar-gambar dan video-video lucah yang aa di dalamnya.

Kemudian perlahan-lahan diasukkannya telefon bimbit itu ke dalam seluar dalamnya di bahagian depan. Seman pasti, guru disiplin dan pengawas takkan memeriksa di bahagian itu. Selesai semua, dengan wajah puas dan buat-buat tenang Seman melangkah keluar tandas menuju kelasnya semula.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO