Related Posts with Thumbnails

Sembang-Sembang Baby

Alamak..baby ni seksilah...

" Meh sini nak tanya sikit kat ibu mengandung ni . Dah lama nak tanya tapi tak sempat" seorang cikgu senior di sekolah memangil Eka.


" Tanya apa kak ? kenapa ? " risau Eka takut-takut ada yang terasa hati dengannya.

" Nak tanya, dah berapa lama pregnant ni ? " kak Ros senyum.

"Ohh ingatkan nak tanya apa tadi..risau gak .hikhik ... " Eka ketawa manja. Sambil mengusap-usap perutnya yang belum tampak lagi berisi.

" Dah 2 bulan..."


" Ohh hmm masa ni proses nak tiupkan roh dah nak bermula..so akak nasihatkan Eka banyak berdoa supaya Allah meniupkan roh yang baik untuk anak ini. Kita selalu silap , bila anak dah lahir baru kita terhegeh-hegeh mencari jalan yang terbaik dalam mendidik anak padahal anak semasa proses kejadiannya di dalam rahim, kita tak berusaha mendidiknya. Bila keluar barulah nak didik. " Kak Ros memanjang nasihatnya. Pengalaman melahir dan mendidik anak seramai 6 orang mengiktirafkan kelayakan Kak Ros untuk menasihati Eka. Eka sedar anak-anak Kak Ros semuanya berjaya dan 5 orang daripadanya merupakan huffaz.

Beruntung sungguh Kak Ros. Fikir Eka.


" Akak..lagi tips-tips nye..tak sabar nak berguru dengan akak ni " Eka mencari-cari ruang lagi untuk berbicara dengan Kak Ros. Peluang ini tidak mahu dilepa
skannya. Perihal ibu mengandung dan didikan anak dalam kandungan ini merupakan ilmu baru kepadanya kerana dia mengandung anak pertama. Segalanya masih bermula dari kosong.

" Hmm Eka tahu tak anak dalam kandungan 8 minggu ini dah boleh ada deria rasa. Bila masuk 12 minggu, anak ini dah boleh menelan. Jadi mak-mak ni selalu manjakan diri sangat dengan makan makanan yang tak berkhasiat. Anak-anak ni juga yang dapat makanan tak berkhasiat ni. Dr. Mc Lehrer dalam bukunya ada cakap. Untuk memudahkan didikan anak lepas lahir dengan didik anak ni sejak dalam kandungan lagi." Rancak sungguh Kak Ros bercerita. Eka tersenyum senang.

" Contoh nak didik macam mana yer akak . Eka pernah dengan ustaz ada cakap, dengan kita membaca Al-Quran ataupun kita mendengar ayat-ayat Al-Quran dapat merangsang anak-anak dalam rahim ni "

" Ha..itulah salah satu didikannya yang akak maksudkan. Sebenarnya time macam ni anak ni sudah cuba berkomunikasi dengan mak dan keadaan sekeliling maknya. So duduklah di tempat-tempat yang baik dan berilmiah sikit.

" Sebab tu doktor pun pernah cakap yang nak tau anak
dalam rahim ni cerdas atau tak kena tengok dari segi sikap mak dalam melayan anak dalam kandungan. Dari segi kasih sayang, keadaan biologi, pemakanan, persekitaran dan lain-lain lagi lah.." Eka mencelah.

" Ahh..satu lagi keadaan psikologi mak ni pun penting. Misalnya ada perempuan yang berkerjaya, dia nak sangat mengandung tapi takut menganggu kerjaya dia. Tiba-tiba dia ter hamil, tapi keadaanya bimbang antara nak anak dengan tak nak, inilah keadaan psikologi emak yang menganggu juga psikologi anak dalam kandungan dia. Ini contoh je lah. Emosi pun sama, macam kita ni cikgu, selalu jugak geram dan marah kat anak-anak murid, kemudian terbawa-bawa sampai menyebabkan anak yang dikandung pun terkena kesan emosi kita ni. " Nasihat Kak Ros lagi .

" Tapi kita ibu mengandung ni perlukan support juga kan akak " Eka bertanya lagi, bertambah menarik komunikasi kali ini.

" Support penting dari suami, mak ayah , mentua , sahabat-sahabat dan orang sekeliling kita. Semua kasih sayang dan support luaran ini memberikan emosi yang baik kepada ibu dan terus memberi rangsangan yang baik untuk anak dalam kandungan. " Kak Ros membelek jam ditangan. Waktu rehat sudah hampir tamat.

" Eh Kak Ros...dah kena masuk kelas ni . Tapi nak tau lagi tips-tips ni Kak Ros, saya ni maklumlah mengandung anak pertama, tak tau apa sangat ni. "

" Itulah cepat sungguh masa sekarang ni berlalu, baru je sembang dah habis waktu rehat. Akak pun ada kelas juga ni. Jom lah...eh..lagi satu..jaga makanan tu. Banyak makan kurma dan susu. Ingat hadis nabi tentang khasiat kurma tak ? " Kak Ros tersenyum memandang Eka .

" Insyallah ingat..banyak khasiatnya...tiba-tiba teringat kehebatan Mariam melahirkan Nabi Isa "

" Yer betul tu..insyallah kita sembang lagi yer nanti pasal ni ....assalamualaikum " Kak Ros berlalu sambil tangan melambai-lambai anak muridnya. Eka tersenyum gembira .

"Dengar tu sayang " luahan si ibu kepada anaknya .


"Subhanallah...alhamdulilah..mashallah..." Eka mengusap-ngusap perutnya. Seolah terdengar anaknya bertasbih bertahmid memuju Allah, Penciptanya.




Masalah ibu mengandung

Menurut Dr. Derek Llwelly Jones di dalam bukunya mengenai permasalahan ibu mengandung. Antaranya ialah ;

1. Anemia
- biasanya berlaku kepada ibu hamil dan disebabkan ini kebiasaannya doktor mengukur kadar hemoglobin dalam darah. Biasanya pada first meeting dan pada usia hamil 28 minggu. Kebanyakkan doktor menyarankan agar ibu mengandung memakan tablet zat besi.

2. Pernafasan
- Boleh dikatakan hampir 70% wanita hamil mengalami masalah pernafasan. Menurut Dr. Derek kira-kira satu per empat wanita hamil mengalami masalah ini dan sering berlaku pada minggu ke 20 dan minggu 30.

3. Muntah-muntah
- Perubahan sistem peredaran darah dan sebagainya di dalam badan menyebabkan gejala muntah-muntah sering berlaku kepada ibu hamil tetapi gejala ini tidak membahayakan.

4. Pemilihan Pakaian
- Ibu mengandung juga digalakkan memakai pakaian yang longgar dan nyaman. Elakkan memakai pakaian dan stoking yang terlalu ketat sehingga menganggu peredaran darah. Pastikan tidak memakain kasut bertumit tinggi.

5. Mandi
- Mandi dengan cara berendam di dalam tab juga dikatakan dapat memberi kepuasan emosi dan selasa kepada ibu hamil. Cara ini mungkin agak asing di kalangan orang timur tetapi ianya dipraktiskan oleh ibu-ibu hamil Amerika. ( tidak pasti tahap keberkesanannya, mungkin untuk jangka yang pendek ianya baik )

6. Sakit Pinggang
- Peningkatan berat rahim mengubah pusat keseimbangan sehingga ibu hamil lanjut ( bulan ke 5 - 9 atau bergantung kepada saiz bayi) harus berdiri dengan bahu agak tertarik ke belakang dan ini menyebabkan kesakitan di bahagian punggung.

Antara masalah lain yang dihadapi ibu hamil yang diutarakan oleh Dr Derek ialah :

- Kencing yang agak kerap
- Menghadapi masalah gangguan di bahagian jantung
- Keletihan ( terutama di penghung usia hamil )
- Sembelit ( rahim menekan usus dan pundi )
- Dan lain-lain lagi



0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO