Related Posts with Thumbnails

LOVELY APRIL : Vission & Mission


MISI KEMPIS

Hari ini saya gagal lagi. Gagal melaksanakan visi saya untuk mencapai misi yang lebih kukuh. Mungkin juga visi saya kurang jelas atau misi saya terlalu gah untuk dicapai. Setiap kali berlalu tahun-tahun baru Islam atau Masihi s
aya cuba bermisi tetapi masih tidak dapat dicapai kerana visi yang kecil itu tidak dapat saya penuhi.

April bulan kelahiran saya , abah dan Abang Chaq, saya cuba bermisi lagi...hehe..misi kali ini agar penghujung tahun saya akan mengurangkan berat badan. Saya merasakan badan saya bagai di pam-pam , sejak saya mula bekerja berat saya bertambah dari hari ke sehari, sehinggakan sahabat yang bersama saya ketika belajar dahulu agak terkejut dengan 'kebulatan' saya ini . Selepas berjumpa sahabat ini, saya terus memasang angan-angan untuk bermisi berkaitan personaliti saya. Misi saya kali ini ditertawa dengan sinis ( geram saya ) oleh sahabat-sahabat .

" Dahla tu tak yah la nak kurangkan berat badan tu. h
ang bukanlah gemuk pun cuma bulat sikit saje " Kak Long ketawa terbahak-bahak. Saya tahu dia suka sangat kenakan saya. Tak apa Kak Long, ada ubi ada kentang, suatu hari kena kat hang..hehe..

Esoknya saya mula berjogging dan bermain badminton bersama Kak Wani, aduh baru lari dua pusingan , saya kesemputan. Kak Wani saya tengok steady je...steady sambil tersenyum-senyum memandang saya. Pandang ada makna tu.... Saya harap misi saya ini dapat di capai dengan saya berjaya melengkapkan beberapa visi ini.

Antara visinya :

  1. Jogging setiap pagi sebelum pergi bekerja
  2. Senam robik ala-ala Kickboxer Muhammad Ali...hehe
  3. Kurangkan makanan berkolestrol tinggi.
  4. Berdoa agar saya berjaya melaksanakan visi-visi ini.
Yang pasti sahabat-sahabat saya pasti akan gelak besar dengan posting kali ini ....well...sahabat-sahabatku...gelaklah kuat-kuat...cuma satu je pesananku...Jangan asyik tengok iklan London Slimm Beauty tu dah....





SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

April adalah bulan kelahiran saya , abah dan abang saya yang sulong. Saya dapat hadiah panggilan percuma Maxis ke Maxis. Saya guna sepenuhnya ruang yang diberi untuk menelefon mak dan abah. Seperti biasa, abah akan bercakap dari belakang, mak yang akan bercakap dengan saya. Abah ..saya tahu dia kepingan sangat hendak bercakap dengan saya di telefon tetapi mungkin disebabkan ego seorang abah, dia membiarkan mak bercakap. Sepanjang perbualan hampir 2 jam dengan saya mendengar celoteh abah dari belakang. " Tanya dia bila nak balik ? " Saya senyum sendiri, abah..abah...
I Love You So Much.

Mak buat kali yang keberapa asyik wish birthday saya di tambah dengan ayat-ayat


" Bila nak kawin...bila nak kawin..." saya yang sudah lali dengan soalan tersebut menjawab secara jawapan soalan objektif.

A : Ntahla B: Nantilah C : tak tau lagi D : malas nak jawab

Akhirnya saya memilih D....dan mak pun akhirnya bersetuju dengan pilihan jawapan saya.


Abah anakmu mendoakan kebahagiaan buat mu dunia dan akhir. Selamat Ulang Tahun Kelahiran . Abah....anakmu ini tahu dan mengerti setiap ulangtahun kelahiran mungkin menggembirakan kerana di beri peluang untuk menyambutnya. Tetapi anakmu sedar, setiap kali ianya datang pastinya memberi amaran akan dekatnya kita dengan kematian.


Selamat juga buat my big brother.......:)

1 comments:

Anonymous,  Wednesday, April 29, 2009 4:45:00 PM  

chayok2...@k.long

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO