Palestin...Palestin
Kezaliman tentera zionis makin menjadi-jadi. Hari ini sahaja hampir 600 saudara kita di Palestin syahid menuju Tuhan. Tapi apakan daya saya di sini hanya mampu berdoa semoga pejuang-pejuang Palestin di sana terus teguh, merekalah pejuang syahid abad ini. Di dalam kegelisahan saya seharian mengenangkan nasib saudara di sana, kadang-kadang saya terfikir akan sikap biasa seperti tiada apa-apa yang ditunjukkan oleh sebahagian masyarat Islam di sini. Melihat anak muda berjalan keriangan di merata, seperti tiada apa-apa yang berlaku di luar sana. Saya teringatkan sajak yang dinukilkan pada Januari 2007 yang lalu.
Kau tak kenal aku
Aku tak kenal kamu
Tapi tahukah engkau
Aku ini saudaramu
Di tanah ini kelahiranku
Bukan tanah lahirmu
Tapi di tanah ini nabimu bersemadi
Di tanah ini imanu menjadi
Kadang-kadang aku bingung sendiri
Dengan manusia yang terlalu dengki
Terlalu kaya, terlalu kedekut
Terlalu kenyang , terlalu senang
Tahukah kamu
Aku sendiri menangis setiap hari
Redha dengan takdir Illahi
Akan kelaparan di setiap hari
Akan kekenyangan saudara di luar negeri
Aku tak kisah tentang nikmat makananmu
Aku tak kisah tentang warna dan rupa santapanmu
Adakah matamu melihat kebengisan askar itu
Adakah telingamu mendegar tangisan adikku
Adakah kakimu berlari melangkah dari senjata
Adakah tangamu yang melontar batu kepada mereka
Tidak..tidak
Engkau tidak berbuat apa-apa
Engkau hanya berkata ' biarkan mereka '
Biarkan segalanya berlalu begitu sahaja
Biarkan mereka...biarkan sahaja...
az_abrar / 13 Januari 2007 / 11.13 pm
Ayuh sahabat sahabiah, mari kita terus berdoa, kewajiban ke atas kita untuk berdoa dan melaksanakan solat hajat bagi saudara kita di Palestin kerana ummat Islam itu umpama bangunan yang kukuh, jangan kita tinggalkan saudara kita di sana. Iringilah perjuangan mereka dengan doa dan harapan dari umat Islam di sini.

0 comments:
Post a Comment