DAH BALIK
Maaf sudah lama tak "berblog" meminjam perkataan seorang sahabat dari Indonesia :)
Sempat berbual dengan seorang sahabat dari Jakarta Barat semalam, sudah lama rasanya tidak berbual secara ilmiah sebegitu dengan sahabat-sahabat dari luar. Meluahkan rasa gembiranya akan kejayaan PAS di Kuala Terengganu, terus sahaja saya memuji sahabat ini dengan jemaahnya di sana. Katanya " Kita tiada beza cumanya mungkin ada berpedaan dari sudut yang lain, tapi ianya hikmah untuk jemaah kita bersama " Saya kagum dengan semangat saudara PKS ini. Setiap kata dan pendapat berjaya membina motivasi dalam gerak kerja berjamaah malahan menjadi satu pemangkin semangat yang sangat dominan bagi saya. Terima kasih sahabat di Jakarta :)
Gaza bagi saya masih sama walaupun berlaku gencatan senjata oleh Israel dan Hamas namun hakikatnya kepedihan lebih parah apabila terpaksa menanggung bebanan kerosakan harta benda, orang yang tersayang , tempat ibadah, sekolah dan sebagainya. Inilah cara Israel mencuba menjatuhkan moral rakyat Palestin dan Hamas namun Allah itu Maha Berkuasa, yang pastinya Hamas berjaya menentang dengan penuh semangat jihad sehingga Israel sendiri terpaksa akur dengan kehebatan semangat jihad Islam.
Alhamdulilah di atas kemenangan Islam di Kuala Terengganu, rata-rata merasa pelik dan ada juga yang kagum dengan semangat anak muda di sana yang nampak secara nyata menyokong PAS. Semasa bertugas di Dun Ladang , sempat sahabat saya membisik " InsyaAllah kita akan menang, ini bukan cakap semata tapi berlandaskan fakta dan logiknya " Saya mengiyakan kerana jelas bagi kami petugas di hari mengundi menyaksikan akan sokongan yang tidak berbelah bahagai dari pengundi dan orang ramai terhadap PAS. Saya kagum juga dengan petugas-petugas PAS yang kebanyakkan antara mereka orang muda yang penuh semangat di dalamnya. Senyum sendiri mengenangkan kaedah yang digunakan saya dan sahabat dalam meraih undi :)
0 comments:
Post a Comment