Related Posts with Thumbnails

LAMA ; Semoga Selamat Hendaknya


Gaza Horror : Another family lay buried in rubble, sempat saya membelek sebentar tajuk berita dari The Belfast Telegraph hari ini. Di atas rasa kebencian yang meluap-luap terhadap Israel, saya cuba mengelakkan membaca artikel atau berita mengenai kekejaman Israel terhadap warga Palestin, saya mengelak bukan kerana kerana ' tidak ambil tahu ' tetapi setiap kali membaca apa yang terjadi kepada saudara Palestin kita, diri saya seperti terkena kejutan elektrik ( saya tahu perasaan terkena renjatan, kerana pernah mengalaminya ) atau juga seperti sesak di dada, lumpuh segalanya.

Seperti yang dilaporkan hari ini sahaja beberapa orang keluarga Palestin dibunuh dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Ya..mungkin di kalangan kita ada yang berhasrat untuk melakukan segala yang mampu bagi membantu saudara di sana, buatlah apa yang terdaya. Jika mampu terbang ke Palestin untuk menjadi pejuang, berjihad dari segi fizikal, teruskanlah. Jika yang hanya mampu berjuang di jalananan, berdemonstrasi di kedutaan Amerika dan sekutunya, memboikot barangan Israel / Amerika , menyumbang dari segi kewangan dan kebendaan, menulis, menyebar sms kutukan ke atas Zionis dan sebagainya, maka teruskanlah usaha kita ini.

Bersatu hatilah kita memboikit barangan Israel dan Amerika, dengan keadaan ekonomi yang malap di sana, tidak mustahil mereka akan jatuh tertiarap apabila seluruh umat Islam bersama-sama memboikot produk mereka. Ambillah kesempatan yang ada untuk membantu berjuang bersama-sama saudara di Palestin.


Teringat saya kepada seorang sahabat lama dari Palestin, saya mengenali Lama, ( nama samaran yang indah katanya ) beberapa tahun yang lalu, mungkin sudah masuk tahun ke lima, Lama, sering bercerita keadaan keluarganya di Palestin, seingat saya Lama tidak menetap di Gaza tetapi di kawasan lain ( saya tak ingat ).

Senang dengan sikap ramahnya yang tak sudah-sudah bercerita tentang umminya yang agak cerewat ( ya..ada kebenarannya kerana saya pernah bersapa dengan umminya ) dan nenek yang sentiasa memberi semangat dan galakkan, tiba-tiba hati saya sangat tersentuh mengenangkan nasib mereka. Saya tahu Lama kini menetap di Maryland, USA , kami sentiasa berhubung melalui sms atau email cuma saya sejak dua minggu yang lalu, saya tidak mendapat maklum balas dari Lama , kini saya tahu segala apa yang menyesak dada saya kini bukan semata-mata kerana saudara Islam kita di sana tetapi salah satunya kerana Lama, seorang yang sangat baik, ramah, riang dan cantik seperti gadis-gadis Palestin yang dapat kita lihat di kaca tv.

Saya hanya mampu berdoa agar segalanya mudah buat ummat di sana. Semoga Lama, ummi dan neneknya selamat .......Ya Allah..selamatkanlah sahabat dan saudara saya di sana
.

Ada lagi yang hendak saya ceritakan tentang LAMA !.....

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO