Related Posts with Thumbnails

REALITI VERSI BARAT



Menerima anugerah OSCAR bagi tahun 2009, Slumdog Millionaire berjaya memanupulasikan realiti kehidupan masyarakat fakir, bukan sahaja di India malahan di serata dunia. Bagaimana bisa seorang yang lahir di kawasan setinggan yang kekurangan dari pelbagai segi dapat menjawab setiap persoalan di rancangan " Who Wants To Be A Millionaire " apatalah lagi Jamal dan Ratika, watak utama di dalam cerita ini dapat berkomunikasi di dalam bahasa inggeris dengan begitu fasih dan selambe sahaja. Di sebalik keghairahan penonton terhadap filem ini, ramai melihat pro dan kontra nya. Mengisahkan kehidupan watak utama Jamal yang lahir di kawasan slum di tengah kota Mumbai, India yang sarat dengan pelbagai ragam dan rencah hidup sehingga memungkin Jamal menjadi jutawan kerana memenangi pertandigan rancangan jutawan popular di kalangan masyarakat India pada masa kini. Filem ini dirakamkan secara realitinya di tengah-tengah masyarakat setinggan di sebuah kawasan di India malahan pelakon kanak-kanak juga diambil di kalangan mereka ini. Pengarah British, Danny Boyle berjaya merangkul pengarah terbaik melalui Slumdog Millionaire berjaya membawa dunia melihat kehidupan realiti tahap kemiskinan di India, tetapi di dalam masa yang sama melihat egonya pengarah barat terhadap negara dunia ketiga. Keuntungan pasti di tangan mereka, tetapi isu senstiviti dan budaya masyarakat setempat seolah-seolah di kaburi dengan fakta yang sebenar. Kanak-kanak setinggan di kawasan tersebut merasakan mereka seolah-seolah seperti anjing disebabkan tajuk filem ini. Tetapi hakikat disebalik itu, barat sentiasa akan memastikan agenda menjatuh dan merendahkan Asia dan Islam di dalam keadaan terancang dan bersistem bagi memastikan masyarakat dunia menerimanya dalam keadaan yang positif.



Sejarah perfileman barat membuktikan akan adanya agenda di sebalik hiburan yang mengasyikkan. Filem-filem seperti 300 , Fitna, The Wrestler , Vantage Point dan banyak lagi telah meletakkan Islam dan Asia merupakan bangsa dan agama yang terlalu rendah dan merosakkan. Watak antagonis selalunya milik Islam dan bangsa Asia dan hero yang membawa keamanan dan kebaikan pastinya dari bangsa Barat. Menggunakan filem sebagai salah satu agenda menyebarkan kebencian merupakan langkah terbaik dewasa ini. Tapi sayang filem-filem mengangkat tinggi Islam langsung tidak kelihatan, cuma sedikit sahaja itupun dari negara yang berani seperit Iran. Di Malaysia sendiri, pastinya langsung tidak kelihatan. Mereka mampu membelanjakan jutaan ringgit untuk filem yang belum tentu dapat menghasilkan untung tetapi amat kedekut untuk membelanjakan sedikit untuk filem Islamik.

Sayang seribu kali sayang, umat Islam masih terus disogokkan dengan hiburan yang merendah dan menjatuhkan agama dan bangsa mereka sendiri. Salah mereka atau kita ? Hiburan seperti ini tidak akan terhasil jika tiada yang menonton dan membayar tiket untuknya.. fikir-fikirkanlah...

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO