Related Posts with Thumbnails

Kemenangan Satu Amanah

Alhamdulilah dapat juga saya menulis hari ini. Saya baru sahaja pulang dari Permatang Pauh. Kawasan yang dikatakan tersangat panas sepanjang pilihanraya. Tak sempat menulis kerana saya mengalami demam panas dan kesakitan di bahagian sendi-sendi. Saya mengambil cuti sakit selama 3 hari, hari ini saya kurang daya upaya lagi tetapi saya gagahi juga diri untuk menulis di sini. Terima kasih akhi alex kerana "update" artikel selepas pilihanraya di sini.

Semua kita sedia maklum dengan kejayaan barisan pembangkang menguasai lima negeri termasuk Wilyah Persekutuan Kuala Lumpur. Keletihan dan perjuangan sepanjang berkempen akhirnya berjaya di terjemahkan dengan kejayaan ini. Akhirnya hasrat rakyat yang mahu melihat perubahan tercapai dengan menafikan barisan nasional di negeri-negeri ini dan berjaya menafikan 2/3 barisan nasional di dewan rakyat walaupun di dalam keadaan Suruhan Pilihanraya SPR menampakkan ketidaktelusan mereka di dalam PRU kali ini.

Perlantikan Ketua Menteri dan Exco-exco di Pulau pinang berjalan dengan lancar walaupun ada sesetengah pihak merasakan penghapusan DEB yang dicanang DAP akan menjatuhkan orang-orang Melayu di negeri itu ( negeri saya ler ) dan ada juga yang berpendapat selama DEB diperkenalkan, orang Melayu di Pulau Pinang tetap tidak merasa kesan DEB itu sendiri. " ada ka takdak ka sama ja " itulah salah satu luahan seorang pakcik di sini.

Di KEdah juga perlantikan Menteri Besar dan Exco-exco berjalan dengan lancar dengan PAS menguasi pentadbiran di negeri itu. Harapan besar di letakkan kepada Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar baru bagi rakyat KEdah. Melalui kenyataan beliau bahawa Kedah baru akan mengikut langkah-langkah keberkesanan pentadbiran di Kelantan membuatkan ramai yang tersenyum gembir. Namum ada cerita di sebaliknya lagi..Media tidak pernah serik untuk memprovokasi kerajaan Kedah. Cerita-cerita TASKA di arah tutup dan kenaikan tambang feri dicanang hebat oleh media terutama tv3.

Begitu juga di SElangor dan Kelantan, segalanya berjalan lancar. Pimpinan Tok Guru Nik Aziz akan terus memakmurkan negeri Kelantan dengan panji-panji Islam. Walaupun pada mulanya saya sendiri agak gusar keadaan di Kelantan. Kempan-kempen BN di Kelantan yang begitu bersungguh-sungguh ingin mendapatkan kelantan berjaya dinafikan oleh rakyat Kelantan. Tahniah!

Di perak mengalami masalah yang amat ketara. Dengan kemenangan yang banyak di nengeri itu, DAP menunjukkan taring sebenarnya. Cadangan pemulauan majlis angkat sumpah menteri Besar Perak dari PAS menampakkan kebodohan DAP dalam berpolitik. Sehingga artikel ini ditulis, keadaan di Perak masih menjadi tanya tanya.!

Sebenarnya kejayaan besar pembangkang pada PRU kali ini adalah di atas kelemahan pentadbiran Barisan Nasional dan juga di atas kuasa rakyat yang bijak memilih dan yang paling penting di atas pertolongan Allah s.w.t.

kejayaan pembangkan ini adalah satu amanah yang diberikan oleh rakyat . Janganlah meminta-minta jawatan,jangan biarkan nafsu mengawal diri bila berada di kerusi yang selesa,jaga amanah . Jangan lakukan seperti mana yang kita tentang dahulu !! Perjuangan untuk rakyat . Ingatlah ini satu amanah..beringatlah ada kuasa lebih kuat dari segalanya .. ingatlah Allah.!!

Read more...

Pilihanraya ke-12

Banyak keputusan mengejutan berlaku dalam pilihanraya terkini. Kerakusan BN untuk mengekalkan pemerintahan di Terengganu menyebabkan BN terlepas negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Sudah pasti perhitungan sebegini tidak berbaloi. Namun kita faham betapa berharganya Terengganu, atau lebih tepat lagi ‘emas hitam’ (minyak) Terengganu kepada BN.

Terengganu yang dijangka dapat dirampas oleh BA ternyata masih dipegang oleh BN. BA juga mengharapkan pertambahan kerusi di Perlis berikutan masalah dalaman BN Perlis yang tidak kurang hebatnya tetapi tidak kesampaian. Sebaliknya Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak pula yang diperolehi BA.

Keputusan paling mengejutkan tentunya kejayaan BA menafikan majoriti 2/3 BN, satu situasi yang pastinya tidak dijangkakan sama sekali oleh semua pihak. Saya sendiri meramalkan BA sekadar mempeolehi 50 ke 60 kerusi parlimen sahaja.

Selain daripada perubahan pendirian majoriti kaum India dan Cina yang banyak membantu kemenangan BA dan kesungguhan para petugas BA dalam memastikan perjalanan pilihanraya bersih, ada suara-suara berbisik yang mengatakan wujudnya usaha pihak dalaman BN sendiri yang mahukan perubahan dalam parti khususnya UMNO. Kegagalan mendapatkan kemenangan selesa sebagaimana sebelum-sebelum ini akan dijadikan senjata untuk menjatuhkan kepimpinan utama UMNO kini iaitu Datuk Seri Abdullah Badawi. Besar kemungkinan Perhimpunan Agung UMNO akan menjadi pentasnya. Tidak mustahil juga Datuk Seri Abdullah Badawi sendiri akan melepaskan jawatannya.

Hal ini menimbulkan tanda tanya, benarkah wujud perjanjian antara Datuk Seri Abdullah Badawi dengan mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Mahathir yang mensyaratkan sepenggal sahaja jawatan PM untuk Datuk Seri Abdullah? Apakah Datuk Seri Najib bakal menjadi PM Malaysia seterusnya sebagai pelengkap ‘Teori R.A.H.M.A.N’?

Nama-nama besar dalam BN seperti Zainuddin Maidin, Shahrizat Abdul Jalil, Koh Tsu Koon dan Samy Velu tumbang. Di tempat-tempat yang dimenangi BN, umumnya majoriti menurun walaupun kawasan-kawasan itu adalah kubu kuat BN. Nampaknya rakyat memang berpegang dengan kata-kata keramat “Masa Untuk Berubah”.

Pulau Pinang bakal mendapat Ketua Menteri yang baru dan nama yang disebut-sebut ialah Lim Guan Eng. Di Kedah pula kedengaran nama Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar. Di Selangor kedengaran nama Tan Sri Khalid Ibrahim. Siapa pula Ketua Pembangkang di parlimen nanti?

Kemenangan besar Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ke atas Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388 agak mengejutkan kerana pada pilihanraya yang lalu saingannya begitu sengit hinggakan kiraan semula terpaksa dilakukan. Kemenangan Dr Wan Azizah ketika itu hanya dengan majoriti 590 undi. Ke mana hala Ustaz Pirdaus selepas ini? Apakah senasib dengan Ustazah Mashitah?

Kemenangan Nurul Izzah menewaskan Datuk Shahrizat pastinya lebih bermakna. Siapa sangka Datuk Shahrizat akan kecundang kepada ‘orang baru’ di kubu BN. Temubual media dnegan Datuk Shahrizat pada siangnya menunjukkan keyakinan beliau untuk menang berdasarkan perjalanan proses pilihanraya yang begitu tenang.

Pada pukul 1.30 pagi 9 Mac, BN muncul sebagai pemenang keseluruhan apabila berjaya mendapat kerusi ke 112, iaitu kemenangan dengan majoriti mudah. Namun begitu keadaan ini bukanlah satu ruang yang selesa untuk BN bernafas. Pada bila-bila masa parti-parti komponen BN boleh ditarik untuk menyertai BA dan seterusnya membentuk kerajaan baru. Jika para pemenang atas tiket BN di Malaysia Timur, MCA dan MIC bersetuju untuk menyertai kerajaan baru BA, parti UMNO bakal berkubur.

Mengenang kembali senario pilihanraya 1999, suasana amat tegang dan BA Berjaya menambah kerusi dalam keadaan para pengundi muda dinafikan hak mengundi mereka. Oleh itu BA membayangkan kemenangan besar pada pilihanraya 2004. Malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya! BN menang bergaya. Tahun 2008 ini pula bebeza senarionya. Umumnya keadaan tenang di mana-mana tetapi undi rakyat berubah begitu pesat. Perubahan berlaku dalam senyap dan damai.

Satu persoalan lagi, di manakah pilihanraya kecil selepas ini akan diadakan untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim beraksi di parlimen?

9 MAC 2.45 am

Alexanderwathern

Read more...

Calon Putrajaya..isk..isk


Calon Barisan Nasional di Parlimen Putrajaya adalah Tengku Adnan Tengku Mansor . Orang yang menjadi dalang di dalam kes Pita Lingam , beliau juga pernah dikaitkan dengan beberapa isu penyelewangan melibatkan kementeriannya iaitu Kementerian Pelancongan Malaysia dan pernah mengeluarkan arahan supaya kelab-kelab malam dan pub di Kuala Lumpur dilanjutkan waktu operasi bagi memudahkan pelancong-pelancong asing bergembira di Malaysia.

Seseorang yang penuh dengan pelbagai isu korupsi, rasuah dan sebagainya masih di calonkan di sebagai pemimpin ? Mungkin baga Tengku Adnan, agak mudah baginya memenangi kerusi di Putrajaya, ini kerana Putrajaya bukanlah seperti Penanti , Jeli , Sik yang memang terkenal sebagai kawasan-kawasan yang tidak membangun. Putrajaya merupakan tempat pentadbiran kerajaan yang bernilai berbilion-billion ringgit. Kebanyakkan pengundi-pengudi pula adalah di kalangan pekerja kerajaan. Jika itu yang diimpikan oleh BN ketahuilah pekerja-pekerja kerajaan bukannya bodoh untuk memilih calon korupsi seperti Tengku Adnan yang mana sahabat karibnya adalah Lingam. Correct...correct....

Pekerja kerajaan, jangan risau untuk memangkah PAS di Putrajaya dan mana-mana jua kerana undi anda adalah rahsia. Itu yang dijanjikan oleh SPR kepada rakyat !

Read more...

Demam Pilihanraya

Demam pilihanraya...betul lah saya sememangnya tengah demam. Saya rasa saya demam kerana cuaca yang panas, kekurangan air dalam badan , tetapi sahabat-sahabat mengatakan saya demam pilihanraya. Kerja siang dan malam untuk kempen dan program-program muslimat menyebabkan saya demam ? tidak ....saya rasa saya demam kerana kekurangan air di dalam badan dan cuaca yang panas.

Saya positifkan diri..kenapa perlu saya demam disebabkan bekerja untuk Allah ? 2o tahun yang lalu pun saya demam....20 kurang satu tahun yang dahulu pun saya demam juga. Bulan lepas pun saya demam...nahh semuanya sebab saya tak menjaga kesihatan dengan baik. Saya tak perlu buat-buat alasan saya demam kerana letih bekerja sempena pilihanraya. he he...macam-macam pandangan sahabat mengenai demam saya kali ini....

Semoga usaha yang sedikit ini diberkati Allah. Demam itukan perkara biasa, jadi luar biasa bila orang yang biasa-biasa bercakap hal yang luar biasa. Biasa - biasa saja.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO