Related Posts with Thumbnails

Kemenangan Satu Amanah

Alhamdulilah dapat juga saya menulis hari ini. Saya baru sahaja pulang dari Permatang Pauh. Kawasan yang dikatakan tersangat panas sepanjang pilihanraya. Tak sempat menulis kerana saya mengalami demam panas dan kesakitan di bahagian sendi-sendi. Saya mengambil cuti sakit selama 3 hari, hari ini saya kurang daya upaya lagi tetapi saya gagahi juga diri untuk menulis di sini. Terima kasih akhi alex kerana "update" artikel selepas pilihanraya di sini.

Semua kita sedia maklum dengan kejayaan barisan pembangkang menguasai lima negeri termasuk Wilyah Persekutuan Kuala Lumpur. Keletihan dan perjuangan sepanjang berkempen akhirnya berjaya di terjemahkan dengan kejayaan ini. Akhirnya hasrat rakyat yang mahu melihat perubahan tercapai dengan menafikan barisan nasional di negeri-negeri ini dan berjaya menafikan 2/3 barisan nasional di dewan rakyat walaupun di dalam keadaan Suruhan Pilihanraya SPR menampakkan ketidaktelusan mereka di dalam PRU kali ini.

Perlantikan Ketua Menteri dan Exco-exco di Pulau pinang berjalan dengan lancar walaupun ada sesetengah pihak merasakan penghapusan DEB yang dicanang DAP akan menjatuhkan orang-orang Melayu di negeri itu ( negeri saya ler ) dan ada juga yang berpendapat selama DEB diperkenalkan, orang Melayu di Pulau Pinang tetap tidak merasa kesan DEB itu sendiri. " ada ka takdak ka sama ja " itulah salah satu luahan seorang pakcik di sini.

Di KEdah juga perlantikan Menteri Besar dan Exco-exco berjalan dengan lancar dengan PAS menguasi pentadbiran di negeri itu. Harapan besar di letakkan kepada Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar baru bagi rakyat KEdah. Melalui kenyataan beliau bahawa Kedah baru akan mengikut langkah-langkah keberkesanan pentadbiran di Kelantan membuatkan ramai yang tersenyum gembir. Namum ada cerita di sebaliknya lagi..Media tidak pernah serik untuk memprovokasi kerajaan Kedah. Cerita-cerita TASKA di arah tutup dan kenaikan tambang feri dicanang hebat oleh media terutama tv3.

Begitu juga di SElangor dan Kelantan, segalanya berjalan lancar. Pimpinan Tok Guru Nik Aziz akan terus memakmurkan negeri Kelantan dengan panji-panji Islam. Walaupun pada mulanya saya sendiri agak gusar keadaan di Kelantan. Kempan-kempen BN di Kelantan yang begitu bersungguh-sungguh ingin mendapatkan kelantan berjaya dinafikan oleh rakyat Kelantan. Tahniah!

Di perak mengalami masalah yang amat ketara. Dengan kemenangan yang banyak di nengeri itu, DAP menunjukkan taring sebenarnya. Cadangan pemulauan majlis angkat sumpah menteri Besar Perak dari PAS menampakkan kebodohan DAP dalam berpolitik. Sehingga artikel ini ditulis, keadaan di Perak masih menjadi tanya tanya.!

Sebenarnya kejayaan besar pembangkang pada PRU kali ini adalah di atas kelemahan pentadbiran Barisan Nasional dan juga di atas kuasa rakyat yang bijak memilih dan yang paling penting di atas pertolongan Allah s.w.t.

kejayaan pembangkan ini adalah satu amanah yang diberikan oleh rakyat . Janganlah meminta-minta jawatan,jangan biarkan nafsu mengawal diri bila berada di kerusi yang selesa,jaga amanah . Jangan lakukan seperti mana yang kita tentang dahulu !! Perjuangan untuk rakyat . Ingatlah ini satu amanah..beringatlah ada kuasa lebih kuat dari segalanya .. ingatlah Allah.!!

1 comments:

alexanderwathern Sunday, March 16, 2008 11:17:00 PM  

Semoga Allah mudahkan segala pekerjaan kita semua, khususnya Ukhti Az agar kembali sihat seperti sediakala. : )

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO