Related Posts with Thumbnails

Perempuan Berkalung Sorban

Baru-baru ini saya ada mendengar dari seorang sahabat mengenai satu filem baru dari Indonesia bertajuk Perempuan Berkalung Sorban. Pertama kali mendengar tajuk filem ini, membuat kan saya tertanya-tanya maksud di sebalik seorang perempuan berserban. Apa ceritanya? Saya juga kadang-kadang berkalung sorban ( warna yag sama ) seperti di bawah.Apa yang menariknya ? Apa isunya ? Saya cuba menyelami cerita ini.



Perempuan Berkalung Sorban ini terhasil dari pengarah Ayat-ayat Cinta, Hanung Bramantyo. Mengisahkan kehidupan seorang gadis yang bernama Annisa yang dilakonkan oleh Revalina S.Temat yang hidup di dalam lingkungan keluarga kiyai di pesantren Salafiah Putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif. Dalam pesantren Salafiah Putri Al Huda ini diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim yang menyebabkan Annisa beranggapan Islam membela kaum lelaki , tidak wanita. Pak kiyai , ayah Annisa pula memaksa anaknya menikahi Samsudin yang merupakan seorang anak kiyai yang salaf yang terkenal walaupun tidak dipersetujui anaknya. Kisah tragis bermula apabila Samsudin mendera Annisa dan berkahwin pula dengan wanita lain dan ditambah dengan sikap sebahagian penduduk kawasan itu yang terus menghukum tanpa menyelidik.


Filem kontroversi pada awal 2009 ini, rupa-rupanya digambarkan sebuah filem berbentuk Islamik bagi tahun ini selepas Ayat-ayat Cinta, Kun Fayakun dan Laskar Pelangi pada tahun lepas. Ramai yang beranggapan filem ini tidak Islamik kerana menyebarkan salah tanggap berkaitan agama Islam dari segi akhlak mahupun kayu ukur kesaksamaan wanita dan lelaki. Pada mulanya saya merasakan filem ini terlalu menonjolkan sikap Annisa yang pada seorang muslimah yang taat kepada agama tetapi hilang kepercayaan terhadap kesamarataan lelaki dan wanita di dalam Islam. Penonjolan sikap kejam dan merendahkan wanita di dalam filem ini adalah penyebab utama kontroversi ini timbul. Secara peribadinya saya mengakui akan realiti yang disampaikan dari cerita ini di mana anak seorang ustaz ataupun ustaz sendiri bersikap sebegini terhadap isteri mereka, bukan sedikit, malahan banyak kes yang pernah dengar dan saya lihat sendiri. Saya tidak pasti apa yang cuba di sampaikan oleh pengarah Hanung Bramantyo melalui Perempuan Berkalung Sarban ini, tetapi bagi golongan yang masih belum mengenal Islam, peratusan untuk mengatakan ajaran Islam itu adalah ajaran yang menindas wanita adalah tinggi dan mungkin inilah yang amat dibimbangi oleh tokoh-tokoh agama Indonesia terhadap filem ini sehingga menyebabkan ada dikalangan mereka mengajak umat Islam memboikot nya.

Ramai juga sahabat-sahabat saya di sana yang memboikot filem ini tetapi saya menontonnya kerana pada masa yang sama, saya cuba menjejak sesuatu perkara penting yang cuba disampaikan disebalik jalan cerita ini. Ahh..baru saya tahu Annisa belajar di mana ? ayah dan mentua kiyai tampak seperti golongan V3B :)) hehe

.................

Novel Perempuan Berkalung Sorban sepertinya agak berbeza dari cerita layarnya. Mungkin sebelum ini saya agak negatif dalam memberi gambaran mengenai cerita ini tetapi usai sahaja membaca novel karya Abedah El Khaliqy , jelas bahawa wujud sedikit kekeliruan saya dalam mentafsir penulis. Pada mulanya saya menganggap penulis merupakan salah seorang ahli feminis atau lebih berat di katakan seorang yang berfahaman liberal namun saya mengubah pandangan tersebut kerana perbincangan kesamarataan lelaki dan wanita di dalam Islam yang di gambarkan di dalam novel ini adalah berkisar kepada pegangan jumud di kalangan segelintir masyarakat yang masih terikat dengan ikatan adat yang jelas sekali amat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Perbincangan yang berpusat di sekitar wanita yang terbelenggu dengan budaya setempat sejak sekian lama sehinggakan sesuatu perubahan dianggap salah dan menyimpang dari ajaran Islam, contoh terbaik yang diutarkan oleh penulis ialah perbincangan hubungan intim suami isteri dari segi keredhaan suami , ketaatan isteri ataupun kehendak isteri, sehinggakan wanita disekitar Annisa watak utama novel ini menganggap isteri perlu melayan suami walaupun secara rela ataupun terpaksa jika suami berkehendak. Pandangan seperti ini di anggap lapok oleh Nisa' sehingga membibitkan pergaduhan Nisa' dengan ibu bapanya dan pak kiyai Ali yang menganggap perkara seperti ini sudah diputuskan sehingga tidak boleh dibicangkan lagi.

Antara initipati yang saya cuba sampaikan ialah jelas di dalam novel ini, keadaan watak-watak pencetus permasalahan kepada watak utama adalah golongan virus 3B . Cubalah baca novel ini, anda pasti tersenyum sinis seperti saya :)

1 comments:

alexanderwathern Wednesday, July 08, 2009 10:11:00 PM  

Virus 3B tu apa ye? Yang saya terperasan, pesantren tu bermanhaj Salafi Wahabi.

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO