Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Harry Porter Promosikan Arak & Maksiat


Anak perempuan yang bernama Hermione (baca: Ermaini) itu mabuk. Temannya, Neville, menyiapkan botol minuman. Ron Weasley, si rambut merah, sedang mencicipi anggur memabukkan. Sedangkan Harry Potter berpesta khammer (khamar) dengan guru-gurunya.

Itulah salah satu gambaran yang mendominasi setiap filem Harry Potter, termasuk juga keluaran terbarunya, Harry Potter and The Half Blood Prince. Alkohol menjadi pemandangan yang cukup serasi. Dari satu gambar ke gambar yang lain, semua karakter di Harry Potter terlihat begitu dekat dengan minuman keras, baik para murid atau pun guru-gurunya sendiri. Ketika sedih ataupun gembira.

Filem yang diangkat dari novel karya J.K. Rowling dengan judul yang sama ini memang berjalan seiring usia para pemegang wataknya sendiri. Tidak seperti pada siri pertamanya, filem (dan novel) Harry Potter ke-6 ini sama sekali bukan filem keluarga. Banyak adegan percintaan yang muncul, seperti ciuman dan kehidupan sosial karakternya di kelab-kelab malam. Namun pemandangan minum khammer itu sangat kasar. Di filem-filem sebelumnya memang ada juga, namun dalam filem ini, levelnya jauh meningkat.

Dalam salah satu adegan, Harry, Ron, dan Hermione berpesta bir di pub, dan Hermione mengakhirinya dengan mabuk berat dan pulang dengan terpaksa dipapah oleh kedua teman laki-lakinya.

Inilah yang kini dikhuatirkan oleh para orang tua di AS dan Barat sana. Liz Perle, ibu dari dua orang anak dan pemimpin redaksi Common Sense Media yang intens membahas isi web dan filem yang ditujukan untuk anak-anak, mengatakan bahawa menegok alkohol dalam filem Harry Potter begitu mekanik. Ertinya ia memang disusun sedemikian rupa. “Hermione adalah seorang gadis belia yang terjaga, namun ia bebas minum khammer.” Ujarnya, “Pesannya sangat jelas, khammer membuat anda berani meletakkan tangan anda pada lelaki yang anda kenal.”Orang tua lainnya juga berpikiran sama. Daniel Isaacs, seorang pelaku dalam industri iklan di New York, berkata, “Nilai-nilai universal Harry Potter bukan budaya kita. Cuba meletakkan norma-norma AS tahun 2009 pada filem sangat bodoh.”

Para pendidik mengingatkan para orang tua tentang (bahaya) edukasi alkohol dalam Harry Potter, baik filem ataupun novelnya. Barat dan AS memang mempunyai perbezaan dalam urusan menegok bir. Misalnya, Britain membolehkan anak 18 tahun untuk minum. Tahun 2007, sebuah kajian di Jerman menyatakan 5,600 remajanya kecanduan minuman akibat doktrin dari filem-filem Amerika.

Warner Brothers, yang mengeluarkan filem ini, mengatakan bahawa adegan mabuk dalam filemnya memang mengundang banyak interpetasi. “Kami hanya mengikuti senario yang ditulis Rowling.” Demikian pernyataannya melalui e-mel. Sedangkan Rowling sendiri menolak untuk berkomentar.

Alison Turner, seorang ekspatariat Britain yang memiliki perniagaan internet di Florida, AS, mengatakan, “Konteks filem ini tidak nyata. Tak ada sekolah sebenar, guru sebenar, ataupun murid sebenar. Jadi, minum bir itu juga bukan sebenar. Saya kira, bahkan anak-anak tidak tahu apa bir itu sesungguhnya.” (sa/nyt)

sumber

Read more...

REALITI VERSI BARAT



Menerima anugerah OSCAR bagi tahun 2009, Slumdog Millionaire berjaya memanupulasikan realiti kehidupan masyarakat fakir, bukan sahaja di India malahan di serata dunia. Bagaimana bisa seorang yang lahir di kawasan setinggan yang kekurangan dari pelbagai segi dapat menjawab setiap persoalan di rancangan " Who Wants To Be A Millionaire " apatalah lagi Jamal dan Ratika, watak utama di dalam cerita ini dapat berkomunikasi di dalam bahasa inggeris dengan begitu fasih dan selambe sahaja. Di sebalik keghairahan penonton terhadap filem ini, ramai melihat pro dan kontra nya. Mengisahkan kehidupan watak utama Jamal yang lahir di kawasan slum di tengah kota Mumbai, India yang sarat dengan pelbagai ragam dan rencah hidup sehingga memungkin Jamal menjadi jutawan kerana memenangi pertandigan rancangan jutawan popular di kalangan masyarakat India pada masa kini. Filem ini dirakamkan secara realitinya di tengah-tengah masyarakat setinggan di sebuah kawasan di India malahan pelakon kanak-kanak juga diambil di kalangan mereka ini. Pengarah British, Danny Boyle berjaya merangkul pengarah terbaik melalui Slumdog Millionaire berjaya membawa dunia melihat kehidupan realiti tahap kemiskinan di India, tetapi di dalam masa yang sama melihat egonya pengarah barat terhadap negara dunia ketiga. Keuntungan pasti di tangan mereka, tetapi isu senstiviti dan budaya masyarakat setempat seolah-seolah di kaburi dengan fakta yang sebenar. Kanak-kanak setinggan di kawasan tersebut merasakan mereka seolah-seolah seperti anjing disebabkan tajuk filem ini. Tetapi hakikat disebalik itu, barat sentiasa akan memastikan agenda menjatuh dan merendahkan Asia dan Islam di dalam keadaan terancang dan bersistem bagi memastikan masyarakat dunia menerimanya dalam keadaan yang positif.



Sejarah perfileman barat membuktikan akan adanya agenda di sebalik hiburan yang mengasyikkan. Filem-filem seperti 300 , Fitna, The Wrestler , Vantage Point dan banyak lagi telah meletakkan Islam dan Asia merupakan bangsa dan agama yang terlalu rendah dan merosakkan. Watak antagonis selalunya milik Islam dan bangsa Asia dan hero yang membawa keamanan dan kebaikan pastinya dari bangsa Barat. Menggunakan filem sebagai salah satu agenda menyebarkan kebencian merupakan langkah terbaik dewasa ini. Tapi sayang filem-filem mengangkat tinggi Islam langsung tidak kelihatan, cuma sedikit sahaja itupun dari negara yang berani seperit Iran. Di Malaysia sendiri, pastinya langsung tidak kelihatan. Mereka mampu membelanjakan jutaan ringgit untuk filem yang belum tentu dapat menghasilkan untung tetapi amat kedekut untuk membelanjakan sedikit untuk filem Islamik.

Sayang seribu kali sayang, umat Islam masih terus disogokkan dengan hiburan yang merendah dan menjatuhkan agama dan bangsa mereka sendiri. Salah mereka atau kita ? Hiburan seperti ini tidak akan terhasil jika tiada yang menonton dan membayar tiket untuknya.. fikir-fikirkanlah...

Read more...

Le Grand Voyage

alhamdulilah sempat juga saya menulis di sini. ada sedikit kesempatan menonton filem Le Grand Voyage. Saya tak tahu mengenai filem ini pada mulanya, tetapi disebabkan desakan seorang teman menemaninya menonton, saya gagahi juga untuk tidak mengecewakan sahabat saya ni. Pada mulanya saya merasakan tidak ada apa-apa yang menarik malahan membuang masa saya sahaja, tetapi setelah separuh menonton barulah saya dapat feel cerita ini.












Filem yang memenangi Best Film Award di Festival Filem Venice memang sesuai di tonton oleh semua lapisan masyarakat. Mengisahkan perjalanan Reda ( anak ) dan ayahnya sejauh 5,000 km dengan menaiki kereta dari France ke Mekkah untuk menunaikan ibadah haji. Konflik dan pelbagai peristiwa berlaku sepanjang perjalanan mereka. Best juga di tonton dan tidak rugi untuk meluangkan sedikit masa menonton filem ni.


Saksikan filem ni di (takde malay/eng/arab subtitle, tapi boleh faham punye...:)) http://video.google.com/googleplayer.swf?docId=5647474908571696476&hl=en

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO