Related Posts with Thumbnails

Islam Radikal - Yusof Qardhawi

Buku Islam Radikal dan analisis terhadap radikalisme dari pandangan Islam hasil karya kaider Ikhwanul Muslimin, Dr. Yusuf Qardhawi.
Buku yang menungkai pandangan lembut dari seorang tokoh yang pernah di anggap radikal oleh sesetengah pihak suatu masa dahulu dan juga pandangan kecil sekelompok jemaah yang tidak menerima penulisan dari tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin.
Pada padangan beliau, radikal di sini bukan menujukkan seorang muslim yang berjanggut, berserban, berjubah, meletupkan diri dan sebagainya yang mana banyak istilah radikal diwar-warkan oleh nationalisem dari barat mahupun segolongan umat Islam yang berfahaman sekular. Tetapi lebih menjurus ke arah fahaman yang lembut dan meluas bagi sekadar dari segi lahiriah atau fizikal.
Radikal juga ditentang oleh Rasullulah s.a.w semasa sahabat baginda iaitu Muaz memanjangkan bacaan ketika menjadi imam bagi solat jemaah dan baginda Rasullulah menegur Muaz dengan berkata " Adakah engkau hendak menimbulkan fitnah ya Muaz " ? ucapan itu diucapkan baginda sebanyak tiga kali. Ini adalah kerana para ahli jemaah mempunyai hak diatas masa yang diambil oleh Muaz semasa menbacakan ayat yang panjang. Secara logiknya ada dikalangan makmun yang tidak mampu untuk memanjangkan solatnya kerana uzur dan juga hak-hak mereka kepada ahli keluarga seperti mencari nafkah,muamalat dan sebagainya. Radikal ini membuatkan sesetengah pihak membenci kita kerana meletakkan standard yang tinggi di dalam ibadah itu dan wujud dikalangan mereka yang menggangap ibadah di dalam Islam adalah payah dan membebankan. Antara lain ialah konsep mas kahwin dan hantara, boleh di katakan ianya agak radikal pada masa kini. Meletakkan hantaran yang begitu tinggi melebihi mas kahwin dan ini menimbulkan bebanan bagi pihak yang ingin melaksana tuntutan sebagai umat Muhammad. Radikal dalam melebihkan-lebih urusan agama dan bersikap rahbaniah adalah baik tetapi jangan sampai mengabaikan urusan dunia. Lagi yang dinyatakan oleh Yusof Qardawi di dalam buku ini mengenai sesetengah pihak yang radikal terhadap jemaah-jemaahnya dan mengkafirkan ahli jemaah yang lain dan mengaggap mazhab mereka lebih benar sedangkan ulama' mazhab sendiri tidak berani mengatakan siapa yang lebih benar malahan mereka mengambil semua pandangan yang baik dan merujuk kepada Al-Quran dan Hadis. Cukuplan sedikit review yang saya ambil dari buku ini dan untuk mendapat lagi informasi yang lebih lengkap silalah baca buku karangan Dr. Yusof Qardawi ini. Maafkan saya jika terdapat kesalah semasa penulisan ini dan ianya atas kelemahan diri sendiri yang masih kekurangan ilmu. dan saya memohon keampunan Allah di atas kejahilan saya. ameen.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO