Related Posts with Thumbnails

Book Review - Mutiara Karya Mentari



Alhamdulilah akhirnya dapat juga ana menghabiskan buku ini selepas solat subuh pagi ini. Dengan niat untuk berkongsi ilmu jadi ana ' review ' sedikit mengenai buku Mutiara Karya Mentari di blog ini sesuai dengan matlamat blog sebagai ruang ilmu. Insyallah mana yang baik itu datang dari Nya jua dan tersalah silap itu dari kelemahan dan kejahilan diri ini. Semoga Allah mengampunkan kesalahan dan kejahilan hambaNya ini.

Buku : Mutiara Karya Mentari

Pengarang : Ustaz Shamsujunaidi El Syams b. Mat Deris ( Kelantan )

Penerbit : Mahani El Syams

Cetakan : Ogos 2005

Mutiara Karya Mentari ialah buku yang menghimpunkan 13 Tazkirah dan artikel pendek. Dicetak sebanyak 93 muka surat tidak termasuk kulit . Tazkirah - tazkirah pendek dan jelas di antaranya ialah :

Perkahwinan cetuskan ikatan Cinta dan Ketenangan

Melalui tazkirah pertama ini, penulis menekankan perkahwinan bagi pemuda dan pemudi Islam dapat mengikatkan rasa cinta dan ketengan di dalam diri umat Islam. Melalui hadis nabi " Wahai pemuda-pemuda, sesiapa dikalangan kamu yang mampu untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana sesungguhnya ia dapat menundukkan pandangan dan dapat menjaga kemaluan ( zina ). Dan sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya berpuasa dapat menundukkan syahwat " Hadis Muttafiq alaih, Imam Ibnu Hajar al-asqalani. Buluughu al-Maram. No. 910.Hlm : 239. Maktabah 'Athif, Kaherah. Penulis juga mengungkai kenapa disyariatkan perkahwinan di dalam Islam , rintangan-rintangan di alam perkahwinan dan cara penyelesaian bagi masalah perkahwinan.

Tidak Wajib Bertudung ; Menyangkah Pandangan Dr. Zaki Badawi

Tazkirah ke - lapan ini, penulis lebih menekan sebab tidak diterima pendapat Dr. Zaki Badawi mengenai kewajiban wanita Islam bertudung. Dengan meletakkan sumber hadis ini " Wahai Asma' sesungguhnya wanita yang telah mencapai umur baligh, tidak harus baginya menampakkan sedikit pun daripada ini dan ini sambil baginda rasulullah mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya " Hadis Riwayat Abu Daud. Ia juga menyatakan bahawa Dr. Zaki Badawi meletakkan hukum di dalam penafsiran ayat Al- Quran dengan mengutamakan matlamat daripada mematuhi perintah. Matlamat yang dipetik oleh Dr.Zaki daripada pemakaian hijab adalah untuk mengelakkan daripada gangguan pada dasarnya boleh diterima, bagaimanapun pengambilan hukum berdasarkan sebab adalah bertentangan dalam kaedah hukum syarak yang meletakkan pengambilan hukum mestilah berdasarkan lafaz secara umum dan bukannya kerana sebab yang khusus.

Muamalat Wanita dengan Lelaki Bukan Mahram

Di bawah tazkirah ini, penulis menerangkan sebab-sebab wanita boleh bermualat dengan lelaki yang bukan mahram dari contoh hadis di mana pada zaman Rasullah wanita boleh berurusan di dalam perniagaan jual beli dengan lelaki yang bukan mahram. Diceritakan juga mengenai Ar-Rabi' binti Mu'awwaz menolong memberi minuman kepada para pejuang, merawat tentera yang cedera dan membaw pulang tentera yang terkorban ke Madinah. Dijelaskan mengenai adab-adab dan peraturan di dalam muamalat dan keadah-keadah melayan tetamu suami.

Untuk tazkirah yang seterusnya silalah dapatkan buku ini di mana-mana kedai buku. Dan cukuplah sedikit ' review ' yang ana nyatakan di sini sebagai mengwar-warkan kewujudan buku ini . Insyallah buku seterusnya akan di 'review' di sini apabila selesai membaca. Untuk makluman mengenai perjuangan umat Islam Moro sila layari website www.asreemoro.com di dalam bahasa tausug dan melayu. Nantikan kemunculan buku beliau.

1 comments:

Mardihah Tuesday, June 26, 2007 1:32:00 PM  

salam,

nice book..thanks for good review..
hmmm...harapan, anti terus cemerlang dunia dan akhirat, insyaAllah...

~salam perpaduan~

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO