BUDDHA BURMA BUKAN PENGGANAS?
BUDDHA BURMA BUKAN PENGGANAS?
Negara Burma mendapat kemerdekaan daripada Inggeris pada tahun 1948, lebih awal daripada kemerdekaan negara kita. Dulunya Burma salah satu kuasa yang agak kuat. Mereka pernah mengalahkan tentera Siam dan mengusai tempat-tempat penting di negara itu. Kini Burma dikenali sebagai Myanmar.
Masyarakat lama Burma sebagaimana juga Bangladesh, terkenal dengan pemakaian kain (pelekat?). Tentera Burma juga sebahagiannya berperang memakai kain. Ada sejenis seni beladiri yang sinonim dengan Burma iaitu Bando. Cara tempurnya lasak sebagaimana Muay Thai tetapi aspek persenjataan juga dititikberatkan.
Majoriti penduduk Burma beragama Buddha, hanya 10% beragama Islam. Apa yang berlaku kepada umat islam di sana sulit untuk ditaksir kerana pemerintah Burma mengamalkan dasar tertutup. Media di sana hampir-hampir langsung tidak memberi peluang kepada suara-suara umat Islam Burma. Katanya Buddha agama kedamaian. Sami-sami mereka tidak makan binatang daratan seperti kijang, ayam, burung dan lain-lain. Bahkan kuda juga tidak ditunggang kerana kononnya menyeksa binatang. Alangkah lembutnya agama Buddha Burma. Tapi, bagaimana pula tidakan mereka ke atas mausia lain yang berakal?
Setelah sekian lama umat Islam Burma dizalimi, baru pada tahun 1975 akhbar Jung terbitan Karachi, Pakistan (13 Julai 1975). Menurut akhbar ini, dalam jangkamasa 33 tahun sebelumnya sebanyak 122 750 orang Islam dibunuh, 125 000 dipaksa menganut agama Buddha, 3 000 orang diculik, 10 700 orang hilang dan 5 000 orang diberhentikan daripada jawatan mereka dalam kerajaan.
140 000 kitab al-Quran dan kitab-kitab agama Islam dibakar, ratusan masjid diruntuhkan dan 300 kampung Muslim dibakar hangus. 400 000 penganut Buddha dari Bangladesh dibawa masuk dan ditempatkan di daerah-daerah orang Islam- sama dengan teknik pemerintah China ke atas Turkistan Timur (Xin Jiang).
Hari ini kita amsih tidak tahu bagaiaman nasib umat Islam di sana. Namun dalam tahun-tahun 80-an dan sebelumnya, mata pelajaran agama Islam tidak boleh dibawa masuk ke sekolah. Pelajar Islam tidak boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara. Umat Islam Burma tidak dibenarkan mengerjakan ibadah Haji ke Mekah. Umat Islam di desa dilarang berhijrah ke Ranggon, ibu kota Burma.
Nasib malang saudara-saudara kita di Mynmar hari ini mesti dibela. Barat memejamkan mata. Barat dan India lebih nampak negara-negara umat Islam sebagai penindas penganut agama lain. Malaysia dan Indonesia tersenarai sama. Sampai bila kita hendak membiarkan mereka membelasah saudara-saudara kita? Bila lagi umat ini dapat “bergerak sebagai satu umat”?
SELASA
19 JULAI 2007
Jam 1811
(*Rujukan utama- GERAKAN JIHAD FI SABILILLAH & CABARANNYA oleh Abdul Qadir Djaelani dan majalah SENI BELADIRI)
0 comments:
Post a Comment