Galaksi Kita akan Bertembung
Kita berada di bumi. Bumi dan planet-planet dalam Sistem Suria ini mempunyai satu bintang iaitu matahari. Bintang kita iaitu matahari berada dalam sebuah galaksi yang sangat luas, dinamakan Galaksi Bima Sakti.
Selain matahari, terdapat banyak lagi bintang-bintang lain dalam Galaksi Bima Sakti ini. Banyak pula yang jauh lebih besar daripada matahari. Dianggarkan ada 100,000,000,000 bintang (matahari) dalam Galaksi Bima Sakti. Bayangkan, alangkah luasnya galaksi yang sedang kita diami ini...
Itu baru satu galaksi, sudah terlalu luas bukaannya. Galaksi Bima Sakti hanyalah 1 daripada lebih kurang 10,000,000,000 galaksi lain yang berada di bawah Langit Pertama. Terasa mahu pecah minda kita sewaktu hendak membayangkan keluasannya. Allahu Akbar.
Berbalik kepada cerita Galaksi Bima Sakti yang kita sedang berada di dalamnya ketika ini. Ada sebuah galaksi lain terapung-apung berhampiran dengan galaksi kita ini. Kita menamakannya Galaksi Andromeda. Sesekali ia bergerak hampir dengan Galaksi Bima Sakti dan sesekali menjauh. Kajian sains menjangkakan Galaksi Andromeda ini akan bertembung dengan Galaksi Bima Sakti suatu waktu nanti.
Bayangkan... Galaksi Bima Sakti dengan ribuan juta bintang dan Galaksi Andromeda yang mungkin juga mengandungi ribuan juta bintang saling menerpa satu sama lain. Kemudian isi kandungan masing-masing akan bertembung. Jutaan bintang (matahari) dari Bima Sakti akan bertembung dengan jutaan bintang (matahari) dari Andromedia. Manakala saki-bakinya saling berselisih antara ruang-ruang kosong yang ada.
Pertembungan dua raksasa langit ini menghasilkan jutaan ledakan besar di serata langit kedua-dua galaksi. Graviti menjadi kacau. Saintis menjangkakan matahari kita, sekalipun terselamat daripada pertembungan tetapi akan terpelanting keluar dari Galaksi Bima Sakti buat selama-lamanya. Alangkah besarnya huru-hara pada hari tersebut!
Namun begitu, kita tidak perlu khuatir, kerana kita ada masa 4 billion tahun lagi sebelum peristiwa itu dijangka berlaku. : )
Pertembungan Bima Sakti dengan Andromeda
1 comments:
Assalamu'alaikum,
nida, nice articles on the prominent big bang theory. But the question is, is it really another 4 million years to go?
Kalau ikut pendapat ustaz, we just have another 60 years forward. Thehehe :) Wallahu'alam.
Terima kasih atas komentar dan penantian anda akan kehadiran saya. Insya'Allah one day. Petang ni lepas zohor saya akan ke ipoh, esok (sabtu) pagi ada meeting di ipoh. Ahad petang saya terus shoot ke kedah and the following days, maybe isnin atau selasa kami akan bertolak ke kuala kedah dan seterusnya ke langkawi :)
Have a nice weekend and programme.
Wassalam
Post a Comment