Di gelar Llama
Az_abrar digelar Llama oleh Guardian Weekly hari ini. Semuanya gara-gara menjawab soalan kuiz isu semasa dan mendapat markah paling tercorot. Hendak bangga apa dengan 5 betul dari 10 soalan yang diberi. Barulah az_abrar tahu, rupa-rupanya dia tidak mengikuti perkembangan semasa dunia dewasa ini. Kerja di pejabat yang bertimbun-timbun dari pagi hingga ke petang, malamnya akan bergegas ke mesyuarat macam-macam. Entah bila agaknya dia sempat membelek surat khabar Malaysia yang hampas ! ataupun menononton Buletin Utama TV3 yang dianggap koya dan mendengar radio yang poyo. Semuanya membantut selera untuk mengetahui keadaan semasa dari media-media Malaysia. 1Malaysia sungguh !
Waktu senggang yang ada, az_abrar cuba meninjau media-media alternatif, sedikit dari Malaysiakini yang dia anggap mempunyai agenda tersembunyi dengan menyiarkan berita yang paling up to date tetapi kurang tepat. Kurang menyenangkan juga Harakahdaily yang lambat update dan hanya menumpukan kepada isu politik semata.
Akhirnya, antara pilihan yang ada antaranya The Guardian Weekly. Selalu sahaja dia menjawab soalan-soalan kuiz dari pilihan soalan kepada pembaca oleh Guardian Weekly tetapi selalu sahaja mendapat gelaran Llama iaitu gelaran paling teruk bagi seseorang yang mempunyai IQ yang rendah . Llama yang terbaru ini agak besar dan tampak comel sahaja dan antara lima soalan yang gagal ialah :

- Berapa lamakah Bernard Madof di penjarakan atas kesalahanya ?
- Manuel Zelaya ialah presiden negara apa ?
- Siapakah/negara manakah yang mengambil alih Kesatuan Eropah dari Repubik Chech ?
- Tentera memaksa kanak-kanak bekerja di Diamond Mines di daerah Marange yang terletak di negara mana ?
- Di manakah Novelis penuh konterversi Nadim Gursel di lahirkan ?
Tetapi masih ada lagi lima soalan-soalan sebegini yang berjaya di jawab :) Mungkin nanti Llama ini akan bertukar menjadi E.Ferus atau Sampson tahun 1800 atau mungkin juga menjadi Arabians Morgan. Adakah mustahil seperti Burak ? He..he..he..
Entahlah...
0 comments:
Post a Comment