Related Posts with Thumbnails

Agama Yahudi Tertolak

Seluruh dunia tahu yang agama Yahudi hanyalah untuk orang-orang Yahudi. Ia tidak boleh didakwahkan kepada orang-orang yang bukan keturunan Yahudi. Orang-orang yang bukan keturunan Yahudi sama sekali tidak boleh memeluk agama Yahudi.

Di sini saja pun sudah cukup untuk menolak agama Yahudi itu keseluruhannya memandangkan ia adalah agama perkauman, tidak universal. Bagaimana satu undang-undang atau peraturan hidup yang tidak dapat melibatkan seluruh umat manusia dapat dipandang sebagai agama yang terbaik dan diakui sebagai satu-satunya agama yang benar?

Mari kita sama-sama memikirkan intipati sebuah berita yang disiarkan oleh suratkhabar The New York Times 19 Januari 1965. Seorang wanita bernama Rita telah dibesarkan di Jerman sebagai seorang Yahudi, mengikut lunas-lunas agama Yahudi memandangkan bapanya seorang Yahudi. Kemudiannya dia telah ditangkap dan disiksa oleh kaum Nazi yang sememangnya fanatik dengan sentimen anti-Yahudi (kononnya tentera Nazi telah membunuh 6 juta orang Yahudi secara kejam). Sewaktu di Cyprus, Rita ditangkap pula oleh pihak Inggeris atas dasar dia seorang Yahudi.

Akhirnya Rita berhijrah ke Israel sebagai seorang Yahudi, menetap di sebuah perkampungan Yahudi, berkahwin dengan lelaki Yahudi dan meneruskan kehidupannya dengan mematuhi syariat-syariat agama Yahudi.

Malangnya secara tiba-tiba pula Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Israel telah mengisytiharkan bahawa Rita bukan seorang Yahudi dan tidak layak memeluk agama Yahudi hanya kerana identiti ibunya yang dikesan oleh KDN Israel bukan daripada keturunan Yahudi.

Sampai begitu sekali?

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO