Related Posts with Thumbnails

100 Tahun Hassan AL- Banna

MEMPERINGATI 100 TAHUN PERJUANGAN AS-SYAHID HASSAN AL - BANNA

ZAINAB AL - GHAZALI

Dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917, berketurunan Umar Al-Khattab dan Hasan bin Ali bin Abi Talib. Anak kepada seorang ulama' lulusan Al-Azhar. Pada permulaan beliau merupakan peuang aktivis Islam dan aktif di dalam pergerakan feminis dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir ( Egyptian Feminist Union ) yang diasaskan oleh Huda As-Syarawi pada tahun 1923. Pada tahun 1936 di usia 18 tahun, beliau menubuhkan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hall ehwal dan aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam.


Pada permulaan penubuhan Ikwanul Muslimin oleh As-Syahid Hasan Al-Banna, as syahid meminta beliau mengetuai bahagian wanita di dalam ikhwan namun beliau menolak tawaran tetapi menyatakan kerjasama . Namun setelah ikwan diharamkan pada 1948, Zainab Al-Ghazali telah berbaiah kepada As-Syahid Hasan Al-Bana untuk bersama memperjuangkan daulah Islamiyah. Malangnya pada As-Syahid Hasan Al-Bana telah gugur syahid dan kesedihan hati Zainab tercoret di dalam bukunya Hari-hari dalam Hidupku, beliau kemudian menyambung perjuangan Hasan Al Banaa di mana diganti oleh Hasan Al-Hudaibi. Walaupun ikhwan bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naseer sekitar tahun 150-1960 an.

Dalam temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, beliau berkata :

" Islam telah menydiakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya kebebasan, hak ekonomi,politik,sosial,hak awam dan juga persendirian. Islam memberikan hak wanita di dalam keluarga leibh daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga pagan tetapi di dalam Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam memberikan mereka semua hak-hak mereka. "

Zainbal Al-Ghazali menyakini tanggungjawab agama dan sosial apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Di dalam buku ' Hari-hari Dalam Hidupku - Ayyam min hayati , diceritakan bagaimana suami beliau yang kedua membenar dan menyokong perjuangan belaiu walaupun berasa bimbang. Beliau menekankan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami,keluarga dan anak-anak walaupun beliau merupakan sayap kanan kepada perjuangan ikhwan. Beliau amat kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong oleh mereka pada mulanya namun dikhianati oleh Jamal Abdul Naseer. Beliau menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naseer adalah musuh kepada Islam. Setelah begitu ramai pemimpin dan penyokong ikhawnul muslimin di tangkap dan dihukum mati, beliau mendahului pergerakan menolong isteri,janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh.

Pada tahun 1960 beliau dipenjarakan oleh rejim Jamal Abdul Naseer dan diseksa di dalam penjara diantaranya ialah beliau di rendam di dalam air kotor hingga paras dada , dirotan bertubi-tubi, di lepaskan anjing-anjing liar ke dalam penjara beliau, di letakkan bara api di bawah kakinya dan hampir-hampir di rogol oleh pengawai penjara namun dengan kehendak Allah lelaki yang ingin merogolnya mati setelah digigit beliau. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung secara rahsia dengan Sayyid Qutb melalui dua orag adik Sayyid Qutb dan menerima penulisan beliau tentang perjuangan Islam, tafsir dan hadis. beliau juga menerima buku Sayyid Qutb yang berjudul Ma'lim Fit-Tariq - Petunjuk Sepanjang Jalan ketika di dalam penjara.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan gerak kerja secara rahsia mereka, ikhwan diserbu pada tahun 1965, ikhwan dan akhawat semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Pada masa ini jemaah wanita ikhwan dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama yang lainya pada tahun 1966, dab oada tahun 1971 beliau dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Naseer dan diganti oleh Anwar Sadat. Dan beliau terus sahaja menerukan perjuangan untuk menegakkan daulah Islamiyah di bumi Mesir.

Zainba Al - Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 3 Ogos 2005 , ketika berumur 88 tahun. Beliau menghabiskan umurnya dengan memperjuangkan agama Allah dan menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang muslimin dan muslimat kini. Beliau juga menjadi bukti bahawa islam membina pejuang-pejuang wanita di jalanNya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada belau. ameen.

4 comments:

Anonymous,  Wednesday, July 25, 2007 4:31:00 PM  

perjuangan dan pengorbanan beliau satu medium pembakar semangat seluruh akhawat sedunia...perjuangan 100 tahun As - Syahid Hasan Al - Banna terus dikenang...

Promosi Tajdid Segar Monday, September 17, 2007 3:19:00 PM  

YA SEMPENA 100 TAHUN JUGA... MARI KITA SEMARAKKAN SEMANGAT.. KITA TUMBANGKANG PEMERINTAH YANG ZALIM INI. KITA LUASKAN LAGI MEDIUM PEMBAKAR SEMANGAT ITU. GERAK TAJDID SEGAR.

KEKUATAN PAS SUDAH TERBUKTI DENGAN GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN... LEBIH2 LAGI KITA DAPAT SOKONGAN PADU DARI TEHRAN, IRAN.

POWER BY PROSYIAH
SYAHID
AYOH PAS DAN SYIAH BERSATU

alexanderwathern Monday, October 29, 2007 12:02:00 AM  

Salam Tuan PROTAJDID...

Dengan klik di nama tuan, saya dapat ke blog tuan yang bertajuk TAJDID SEGAR. Ada pula butang PRO-TAJDID (Segar/ Sebenar) di sana. Terima kasih kerana promosikan dakwah Tajdid Sebenar.

Tapi...
Apa pula kaitan LANGSUNG PAS dengan Ikhwanul Muslimin?...
Apa pula kaitan Tehran dengan PAS?
Dakwah Tajdid Segar pun tak ada kaitan dengan AJARAN DAN FAHAMAN Syiah, tapi jika yang tuan maksudkan itu kerjasama dalam melawan musuh-musuh Islam seperti Bush misalnya, mungkin la...

Harap tuan tidak kaitkan Tajdid Segar sebagai pro-Syiah.Dengan Salafi Tua@ Wahhabi pun tidak sefikrah, apatah lagi dengan Syiah.

Walau bagaimanapun, pendirian Tajdid Sebenar terhadap Syiah, Wahabi dan lain-lain masih sama:
Apa yang benar kita sokong, yang salah kita tolak.

Hmmm...macam-macam.

az_abrar Thursday, November 15, 2007 1:24:00 AM  

hmmm betul mcm2...semua blog dia nak lampirkan fitnah2 nyer...hampeh..hehe

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO