Usrah
Pengertian Usrah
Usrah adalah perkataan Arab yang bermaksud keluarga. Kemudiannya digunakan sebagai satu nama kumpulan atau kelompok kecil yang mempelajari dan mengetahui ajaran Islam. Perkataan usrah digunakan untuk melahirkan rasa kasih dan sayang antara ahli-ahli seperti perasaan dalam satu keluarga. Dari sini akan lahirlah satu ikatan yang kuat yang berlandaskan keikhlasan, bukan berdasarkan hubungan keturunan. Pada umumnya, kumpulan usrah mengandungi 4 atau 5 orang bagi tiap-tiap satu unit.
Perlunya Usrah
Di zaman Rasulullah malah di zaman sesudahnya hingga hari ini terdapat kelompok-kelompok yang mempelajari ajaran-ajaran Agama termasuk ajaran Al Quran, hadis dan sirah Rasulullah. Mereka lakukan demikian kerana minat untuk mengetahui ajaran Islam lebih mendalam dan untuk mencapai rasa dedikasi dan kekuatan iman dilubuk hati sanubari. Hasilnya mereka telah berjaya dalam melaksanakan matlamat mereka. Dewasa ini, ummat Islam khususnya golongan-golongan belia Islam amat cetek pengetahuan mereka mengenai Agama dan ajaran Al Quran serta ajaran Nabi pemimpin mereka.
Perlunya UsrahDi zaman Rasulullah malah di zaman sesudahnya hingga hari ini terdapat kelompok-kelompok yang mempelajari ajaran-ajaran Agama termasuk ajaran Al Quran, hadis dan sirah Rasulullah. Mereka lakukan demikian kerana minat untuk mengetahui ajaran Islam lebih mendalam dan untuk mencapai rasa dedikasi dan kekuatan iman dilubuk hati sanubari. Hasilnya mereka telah berjaya dalam melaksanakan matlamat mereka. Dewasa ini, ummat Islam khususnya golongan-golongan belia Islam amat cetek pengetahuan mereka mengenai Agama dan ajaran Al Quran serta ajaran Nabi pemimpin mereka.
Tujuan Usrah
Seandainya usrah dapat dilakukan secara teratur dan berterusan maka ia dapat merangkumi tujuan-tujuannya. Antara lainnya ialah
:-Melahirkan perhubungan yang rapuh dan luhur di dalam perasaan dan hati anggota usrah semoga masing-masing merasa kasih terhadap saudara seusrah.Untuk menyingkap dan mendalami pengetahuan tentang isi kandungan Al Quran.Mendalami pengetahuan tentang ajaran-ajaran Nabi Muhammad S.A.W.Melahirkan kesedaran yang mendalam dan pengetahuan yang luas tentang apa yang berlaku hari-harian di sekeliling.Untuk melahirkan kepintaran dan kecekapan dalam menjalankan kerja.
6. Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini. Penekanan yang tepat kepada konsep keimanan kepada Allah dan Rasul akan melahirkan iltizam serta pengorbanan yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti kecewa
.7. Dapat menguji bakat dan kebolehan
Rukun Usrah
TaarufBerkenalan
sesama anggota seperti nama, pekerjaan, umur, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, tempat tinggal, pengalaman yang dilalui selama ini sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap anggota adalah sebahagian dari dirinya. Asas kepada gerakan dakwah ialah kasih sayang dan ia bermula daripada pengenalan yang mendalam antara dua saudara. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud
:“ Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain. ”“
Orang muslim ialah saudara bagi Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan juga membiarkannya. ”
b. Tafahum
Saling bersefahaman sesama anggota di dalam beramal dan bertindak. Persefahaman ini penting kerana ikatan tidak akan dapat dibentuk sekiranya tidak ada persefahamannya yang mantap di kalangan anggota. Apabila persefahaman ini wujud maka segala nasihat menjadi baik. Apabila persefahaman terpaut sesama anggota maka ia akan membuka kasih sayang antara mereka.
Rukun tafahum ini berkait rapat dengan ukhuwah kerana ukhuwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman di kalangan mereka
.c. Takaful
Tolong menolong dan bantu membantu di kalangan saudara yang lain dalam menghadapi apa suasana yang memerlukan bantuan moral dan material sama ada bersifat peribadi mahupun keluarga. Dasar takaful ini merupakan tunjang iman dan intipati ukhuwah sejati. Renungilah Hadis Rasulullah mengenai kelebihan perkara tersebut yang bermaksud
:“ Keluar seorang dari kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya ia beriktikaf selama sebulan dalam masjid aku. ”
0 comments:
Post a Comment