Tugas-tugas usrah
Tugas-Tugas Ketua Usrah dan Lujnaha)
Bahagian Usrahi. Menerangkan kepentingan Usrah dan cara melaksanakannya.
ii. Memberi kefahaman mengenai Islam dan perbincangan kertas kerja serta pengertian dari kursus.
iii. Memberikan kefahaman terhadap kekeliruan kepada Islam dan membuat kajian kepada para peserta.
b) Bahagian Gerakkan Semasa dan Perbincangan Umum i. Membicarakan hal gerakkan organisasi dan cara bagaimana hendak menggerakkannya dengan lebih agresif dan berupaya menghadapi cabaran dari dalam dan luar merujuk kepada gerakan pelajar.ii. Membicarakan soal semasa dalam pengertian ancaman kepada organisasi Islam dan cara mengatasi.c) Bahagian
Dalaman dan Soal Peribadi
i. Mengetahui masalah peribadi peserta yang berdasarkan kepada fitrah insan dan peringkat umum. Penyelesaian masalah hendaklah merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah.ii. Memberikan semangat baru dalam membina hidup.
iii. Peri perlunya penghayatan Islam dengan bersungguh-sungguh.
Perbicaraan Tentang Usrah
1. Peringkat Awal2.
Peringkat Pertengahan3. Peringkat Penyelesaian 1. a. Membenarkan perlakuan bebas dalam keadaan yang dikawal.b. Melihat risiko selepas hari pertama dan kaji masalah yang dihadapi oleh mereka.* Memberikan gambaran Islam dalam bentuk kesederhanaan dan tidak menampakkan Islam itu satu perkara yang berat atau paksaan.2. a. Menanamkan rasa kesedaran peri perlunya sifat tanggungjawab terhadap Agama dan segala kemungkaran yang berlaku di sekitar.b. Penjelasan tentang hakikat Islam dan penuh rasa kesedaran jika tidak menunaikan suruhan dan meninggalkan larangan Allah.* Lebih merupakan kejituan dalam menyampaikan Islam.
3. a. Penerangan bagaimana hendak melaksanakan dua perkara di atas.b. Menghapuskan sikap lemah dan rendah diri atas alasan tidak mempunyai ilmu, kurang pengalaman, tiada kawan dan sebagainya.*
Perlu diingatkan bahawa dalam penyampaian hendaklah melihat pengalaman peserta samada pernah mengikuti gerakan dakwah / Islamiah atau mempunyai keupayaan dalam menjalankan gerakan Islam disekolah.
Darihal UsrahUsrah I a. Pengenalan diri dan pengertian usrah.b. Cara melaksanakan usrah.c. Masalah dalam menghadapi usrah.* Penekanan kepada masalah diri.
Usrah II
a. Penerangan tentang konsep Islam dan pelaksanaannya.b. Bagaimana hendak dilaksanakan mengikut kefahaman peserta dalam pengupasan dibuat.c. Implikasi kepada masyarakat umum.
Usrah III a. Kesimpulan dari usrah I dan II. Kalau boleh rujuk kepada buku-buku bagi menghuraikannya dengan lebih terperinci.Usrah IV a. Pengertian Ilmu dan Pendidikan dalam Islam.b. Bagaimana konsep ilmu dan pendidikan Islam dapat menjamin kehidupan insan dan membentuk peribadi.
Usrah V
a. Perbincangan buku-buku karangan tokoh-tokoh terkenal bagi menyelesaikan masalah ancaman kepada Islam dan perbincangan mengenai ummat Islam.b. Menerangkan ancaman dari segi fikiran, ibadah, pendidikan dan sebagainya.Usrah VI a. Perbincangan umum mengenai masalah ancaman dan penyelesaian dari Usrah IV dan V.Usrah VII a. Harapan kepada program usrah.b. Bagaimana hendak menjalankan dan apa yang perlu untuk mengatasi dan meningkatkan kegiatan usrah.LUJNAHLujnah I a. Perbincangan mengenai ceramah dan memberikan peluang kepada para peserta bercakap.b. Bagaimana hendak menyampaikan hasrat setelah mendengar ceramah memberikan kefahaman masyarakat dan khasnya pelajar-pelajar mengenai Islam.Lujnah II a. Membahaskan peranan ilmu kepada masyarakat iaitu Ilmu Duniawi dan Ilmu Ukhrawi.b. Persoalan - dilebihkan kepada para peserta.Lujnah III a. Persoalan mengenai wanita - peranan dan penglibatan mereka sebagai pembentuk rumah tangga Islam.b. Cara mereka hendak melibatkan diri dalam harakah Islamiah serta lapangan perjuangannya.Lujanah IV a. Perbincangan kertas kerja.Perbincangan UmumPenekanan kepada latihan berpidato dan bercakap terutamanya dikhalayak ramai.Peringkat permulaan lebih ditumpukan kepada menguji dalam bentuk berbincang - lihat sejauh mana mereka boleh berbincang dan bercakap.Dalam perbincangan hendaklah dilebihkan kepada para peserta bercakap dan ketua perbincangan hanya diminta bercakap sebagai membantu dan membuat kesimpulan dari perbincangan yang telah dijalankan. Ini adalah sebagai menghidupkan majlis. Perbincangan itu kalau boleh diselitkan sedikit taktik dalam memberikan hujah dan menolak pendapat orang lain.
Tajuk-Tajuk Perbincangan UmumPerbincangan Umum I : “Agama Islam - sejauh mana perlaksanaan dan implikasinya kepada masyarakat Islam di Malaysia.
Perbincangan Umum II : “ Sekitar persoalan Ilmu dan Pendidikan Islam kini dan bagaimana hendak mengatasinya mengikut pandangan Agama Islam. ”Perbincangan Umum III : “ Kepentingan Jema’ah dan individu dalam membina masyarakat Islam. ”Perbincangan Umum IV : “ Bagaimana dan cara-cara hendak meningkatkan Jema’ah dan Gerakan Pelajar Islam. ”“ Serulah ke jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan berbincanglah dengan cara yang baik. ”“ Mengapakah kamu mengambil sebahagian dari isi Al Kitab dan meninggalkan sebahagian yang lain. Tidak lain dari balasan bagi orang yang berbuat demikian daripada mu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksaan yang sangat berat.
Allah tidak lengahkan apa yang kamu perbuat. ”KE ARAH PEMBENTUKAN TARBIAHUSRAHIslam bukanlah hanya satu Agama yang menitikberatkan pengalaman rukun-rukun ibadah sahaja malahan ia merangkumi keseluruhan cara hidup yang sempurna. Tujuan dasar Islam adalah untuk membimbing penganutnya ke arah keseluruhan aspek hidup termasuk aspek moral dan budi pekerti. Allah S.W.T berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud :“ Bahawa tidak aku jadikan manusia dan jin kecuali untuk tunduk menyembahku.”{Surah Az-Zaariyat : Ayat 51}Ibadat dalam Islam tidak terhad kepada amalan-amalan Agama ( religious duties ) semata-mata tetapi meliputi segala yang bersangkutan dengan kehidupan manusia samada dari segi lahiriah mahupun rohaniah. Andainya ummat Islam dapat mempraktikkan seluruh gerak laku hidup berlandaskan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Al Quran maka keseluruhan hidup tersebut dikatakan ibadah. Hal ini disebabkan pendekatan ajaran Islam yang stabil dalam menerima bentuk-bentuk kelakuan manusia yang semulajadi begitu lemah dan tidak sunyi dari melakukan sebarang kesilapan serta sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh alam sekitar.
Pendek kata, segala aktiviti-aktiviti ummat Islam seperti belajar atau bekerja bagi mencari nafkah untuk keluarga dikatakan sebagai ibadah selama mana tidak terkeluar dari batas-batas perundangan Islam.Nabi Muhammad S.A.W. telah menyatakan intisari Islam dalam sabdanya :“ Sesungguhnya aku didatangkan ke alam ini adalah untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia. ”Sahabat-sahabat Nabi telah mengikuti ajaran-ajaran ini dengan sebaik-baiknya. Mereka menyedari bahawa ajaran Islam adalah ajaran yang dinamik dan mampu membimbing ke arah kehidupan yang sempurna.
Mereka mempelajari ayat-ayat suci Al Quran dengan sungguh-sungguh dan teliti. Tegasnya bahawa ibadah dalam Islam adalah untuk memperbaiki budi pekerti manusia dalam tempoh kehidupan yang sementara.Adalah menjadi tujuan Agama untuk menarik minat orang luar melalui ‘ superhuman model ’ ( muslim yang baik ). Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :“ Sesungguhnya untukmu disisi Rasulullah contoh ikutan yang sebaik-baiknya. ”{Surah Al Ahzab : Ayat 21}Al-Quran mengutuk keras kepada penganut-penganutNya yang hanya pandai bercakap mengenai Agama tetapi tidak mengamalkannya. Jelaslah bahawa keperluan dalam menitik beratkan soal pembentukan peribadi hendaklah berlunaskan ajaran-ajaran Islam yang telah ditetapkan.Kesimpulannya usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli-ahli untuk melakukan kerja Islam yang mencabar.
Tegur-menegur sesama ahli dan nasihat-menasihati merupakan asas kekuatan sesuatu ummah. Kemanisannya akan dirasai apabila pelaksanaannya menepati dengan kehendak usrah.
0 comments:
Post a Comment