Rindu Fathi Yakan
" Mana semua orang ni ? " saya membisik sendiri. Tiba-tiba hati terasa kosong, merindukan sahabat-sahabat seperjuangan. Saya baru pulang dari kampung setelah mengambil cuti berehat selama lima hari. Lima hari itu bukanlah jangka waktu yang lama tetapi perasaan seperti dicarik-carik rasa kerinduan pada sahabat-sahabat seolah-olah bercuti lima tahun. Mungkin inilah perasaan pabila ukhuwah itu dirasakan manis umpama madu. Manisnya Ukhuwah ini bagi saya tidak lain kerana hasil dari sebuah usrah yang berjaya menautkan hati-hati kami.
Tentu sekali perasaan rindu saya ini bercampur jua dengan rasa sedih akan kehilangan seorang tokoh besar pejuang Islam. Besarnya jasa beliau melalui penghasilan buku-buku haraki sebagai pemangkin usrah. Saya pernah di paksa membeli Maza Ya'ni Intiami LilIslam kemudian dengan rasa rela hati membeli buku-buku beliau yang lain. Saya amat meminati karya beliau ' Golongan Yang Tercicir di Jalan Dakwah - Al Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah' dan sentiasa menjadi antara bahan rujukan penting jika terasa tersimpang siur di dalam perjalanan hidup ini.
Membaca hasil pandangan beliau memberi satu kepuasan jiwa yang sukar digambarkan. Idea-ideanya berjaya menghasilkan seorang tokoh perjuang yang mantap, karyanya membawa satu ukhuwwah yang jitu di kalangan ahli usrah. Dialah Almarhum Syeikh Fathi Yakan seorang tokoh pejuang gerakan Islam yang berjaya menghasilkan ramai pejuang-pejuang Islam melalui ideanya yang diterjemah ke kitab-kitab haraki. Pasti ramai yang bersedih dengan kehilangan tokoh besar yang amat berjasa ini.
Semoga lebih ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah Syeikh Fathi Yakan sebagai pejuang Islam. 13hb Jun 2009 bersamaan 19 Jamadilakhir 1430 Hijrah, hari Sabtu yang suram pergilah seorang mujadid menyahut panggilan Tuhannya.
Al-Fatihah buat Syeikh Fathi Yakan.
0 comments:
Post a Comment