Related Posts with Thumbnails

Demam Sulumits Retsambew


Mungkin sesetengah pengguna internet masih mencari-cari siapa dan apa itu Sulumits Retsambew. Saya juga begitu pada mulanya, namun selepas sembang santai dengan seorang teman dari tanah seberang yang saya rasa terlalu obses dengan sulumits retsambew ini, barulah saya memahami manusia ini selalu terbuai dengan sesuatu yang tidak pasti. Mudahnya sesuatu itu tampak ada tetapi sebenarnya tiada, bagai fatamorgana layaknya. Setiap orang jatuh cinta kepada sulumits retsambew ini. Handsome ? Baik hati ? Kaya ? Cantik ? .......................


SULUMITS RETSAMBEW



Nah...sekarang satu dunia internet mengalami demam Sulumits Retsambew ini. Tahniah kepada Net Builders kerana berjaya membawa influenza baru pada tahun 2009 ini selepas UseNet dan SEOlogs berjaya menyebarkan
Schnitzelmitkartoffelsalat dan redscowl bluesingsky kira-kira 4 tahun yang lalu. Saya tidak menyatakan mereka salah, tetapi SEO Contest ini banyak menghasilkan terlalu banyak link spam yang melambatkan lagi usaha pencarian di search engine demi memasarkan jenama mereka. Anggaplah saya salah, tetapi saya yakin anda tetap bahagia tanpa Sulumits Retsambew (cuba eja secara terbalik :) )



1 comments:

nahwanNur,  Wednesday, June 24, 2009 5:25:00 PM  

Assalamu'alaikum,

nak terbalik kerusi saya di buatnya. Asyik duk senget-senget kepala sampai ke badan-badan nak duk baca 2 patah perkataan ni :)

tricky ;p

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO