Aduh ! GOUT
" Orang dah cakap jangan makan ikan bilis, makan juga....dah sakit-sakit macam ni kan susah!" ngomel Kak Long sungguh-sungguh marah.
" Alah..ingatkan takpe. Lagipun dah lama tak makan " saya tersenyum melihat aksinya. Tapi mungkin dia menyampah melihat senyuman manis seorang pesakit gout yang degil seperti saya.
Apa Itu Gout ?
Penyakit Gout adalah salah satu penyakit atritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Ianya amat menyakitkan dan amat kerap berlaku di bahagian sendi kaki dan ibu jari kaki. Menurut mitos lama masyarakat Latin, Gout ini terhasil dari titisan asid yang mengerikan yang berlaku di bahagian sendi tubuh hinggakan istilah Gout ini terhasil dari bahasa latin iaitu ' Gutta ' yang bermaksud titisan.
Simptom / Gejala
Pesakit Gout menghadapi masalah penyingkiran asid urik dari tubuh badan dan menyebabkan ianya terkumpul di bahagian sendi tubuh. Gambaran tentang gout ini ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, tidak dapat bergerak iaitu kekakuan pada sendi. Ada beberapa simptom lain yang berlaku bagi sesetengah pesakit gout dan tidak semua pesakit ini mengalami simptom yang sama. Menurut kajian juga Gout merupakan salah satu penyakit daripada keturunan.
75 peratus serangan pertama Gout berlaku di bahagian ibu jari kaki dan ada juga serangan yang berlaku di bahagian sendi lain seperti tumit, siku, jari tangan, lutut dan bahagian-bahagian sendi yang lain termasuk tulang belakang. Serangan Gout ini berlaku melalui beberapa peringkat iaitu;
1. Asimtomatik
Iaitu serangan yang tidak teruk dan sembuh dengan cepat
2. Akut
kesakitan berlangsung selama beberapa hari
3. Interkritikal
Serangan berlaku secara lebih kerap dan amat sakit
4. Kronik
Serangan berlaku secara kerap dan menyerang semua sendi badan sehingga berlaku gangguan di bahagian ginjal.
Rawatan Dan Pencegahan
Ubat-ubatan berbentuk ' drug ' intometasin dan NSAID boleh diberikan kepada pesakit Gout tetapi ubatan ini hanya dapat menahan kesakitan selama 12 jam. Pengambilan spirin amat dilarang kerana ianya akan menambah lagi kesan kesakitan dan kesan sampingan yang lain.
Pencegahan boleh dilakukan dengan mengamalkan diet dengan melebihkan pengambilan peneutral purina seperti buah-buahan segar khususnya buah ceri dan strawberry serta sayuran seperti asparagus dan cendawan. Mengurangkan pengambilan daging, ikan bilis, makanan laut dan susu berlemak oleh pesakit dapat mencegah serangan gout. Tetapi kesan-kesan pengambilan ini bergantung juga kepada penerimaan pesakit tersebut kerana tidak semua pesakit mengalami alahan yang sama.
Rujukan ;
Health Topic for Gout Issues
Gout - Wikipedia