POLITIK HMMM
Dah lama saya tidak menulis di blog ini. kekangan waktu bekerja di siang hari dan program - program usrah di malam hari, melupakan saya seketika pada blog yang dah setahun di tubuhkan...eh kena sambut ulang tahun penubuhan ni..hehe.. rupa-rupanya sepanjang saya tidak menjengok blog ini , ada pulak puak2 mana ntah yang melampirkan fitnah di sini http://spaceofilmu.blogspot.com/2007/07/100-tahun-hassan-al-banna.html#comments.
cuma dua tiga hari ini saya memasukkan sedikit entry mengenai perhimpunan BERSIH . Dan saya pasti adalah di kalangan salafi tua perlis langsung berpaling bila di sebut perkataan BERSIH. Maaflah yer...blog ini ada banner Tajdid Segar !
Terpegun juga bila Perdana Menteri mengatakan ' saya pantang di cabar ' pada perhimpunan UMNO petang jumaat lalu , malahan pihak polis sendiri mengatakan pasti akan berlaku penangkapan di hari perhimpunan ( belum lagi berhimpun tetapi sudah pasti ada yang ditangkap ) . PELIK . hehe.
Ramai di kalangan masyarakat terdiri daripada pemimpin politik, orang awam , ahli agama memberi pandangan pro dan kontra mengenai BERSIH. Tetapi saya tertarik dengan pendapat Dr. MAZA mengenai BERSIH. Kenapa Dr. MAZA...?..mungkin kerana blog saya terdapat banner Pro Tajdid Segar maka dengan sendirinya melibatkan segala artikel sedikit sebanyak menyetuh virus 6 beradik ( salah satunya wahabi ) . Mengenai pandangan beliau saya masukkan sedikit di entry Mufti Perlis dan BERSIH . Sebarang komen boleh di buat di sana.
Saya tak pernah memasukkan entry berbentuk politik sebelum ini. Mungkin saya tak reti politik tapi saya tak buta politik . :))
MUFTI PERLIS DAN BERSIH
Sumber Gambar : Koleksi Peribadi
Di dalam temubual oleh Radio 24 Bernama pada Berita 8 malam 12 November baru-baru ini, Mufti Perlis memberi ingatan kepada BERSIH supaya memikirkan bahawa ketika kepentingan peribadi, golongan atau parti tertentu mahu dicapai, kesan tindakan mereka sebenarnya menimpa semua orang. Beliau juga mahu BERSIH melihat nasib negara-negara Muslim lain yang tidak menikmati keamanan dan kebebasan bersuara seperti yang ada di Malaysia. Selain itu, beliau mengingatkan BERSIH agar tidak lupa kepada adab-adab semasa berada di Masjid, dan adab itu perlu dibawa juga ke luar masjid. Haram menegur pemerintah melalui ceramah dan secara terbuka seperti yang di lakukan BERSIH .