MUFTI PERLIS DAN BERSIH
Sumber Gambar : Koleksi Peribadi
Di dalam temubual oleh Radio 24 Bernama pada Berita 8 malam 12 November baru-baru ini, Mufti Perlis memberi ingatan kepada BERSIH supaya memikirkan bahawa ketika kepentingan peribadi, golongan atau parti tertentu mahu dicapai, kesan tindakan mereka sebenarnya menimpa semua orang. Beliau juga mahu BERSIH melihat nasib negara-negara Muslim lain yang tidak menikmati keamanan dan kebebasan bersuara seperti yang ada di Malaysia. Selain itu, beliau mengingatkan BERSIH agar tidak lupa kepada adab-adab semasa berada di Masjid, dan adab itu perlu dibawa juga ke luar masjid. Haram menegur pemerintah melalui ceramah dan secara terbuka seperti yang di lakukan BERSIH .
5 comments:
Pandai ya..yang dia tu:
a)Cakap terbuka dan berdebat habis-habisan pasal isu2 furu'
Kita buat sebegini sebab KITA TAK NAK JADI MACAM NEGARA2 muslim lain yang dah tak boleh bersuara, dan kita tak nak kufur nikmat (Dan apakah dia nikmat tuhanmu yang kamu dustakan?)
Haram menegur pemerintah? ish2..dah tegur secara tertutup tak nak dengar..dah tegur secara separa terbuka buat2 tak faham..nak tegur macam mana lagi? maybe dia tak baca buku imam al-ghazali...owh...MF perlis tak baca buku tu..bid'ah la katakan
Aslkm Az, Sword dan semua.
Betulkah demonstrasi bukan budaya kita? Video ini ada jawapannya sedikit sebnayak inysaallah:
http://youtube.com/watch?v=R4vzRjSSt9A
Haram tegur pemerintah? : )
Sudah dapat kuasa, cepat-cepat keluar fatwa haram lawan pemerintah Islam. Sebelum dapat... tentera dari Najd menyembelih umat Islam Makkah dan Madinah di bawah pemerintahan Islam- Turki Uthmaniah. Maksudnya kalau kita nak tegur pemerintah, kenalah ikut cara tentera Najd kot? : )
Buku Imam al-Ghazali...
Mana buat rujukan, banyak hadith dhaif dan palsu... kata mereka la...
Tulisan-tulisan Al-albani sebagai gantinya. Dah tentu sahih segala hdith yang digunakannya.
Hairan juga... macam manalah Maszlee Malik nak menjayakan 'fikrah merentasi jemaah'nya (ummah centric ke apa ntah)kalau kesatuan yang dibawanya berpaksikan fahaman Salafi Wahabi dan menolak aktiviti para pejuang lain seperti aktiviti BERSIH...? :(
Yang Dr. Asri pula hendak mewujudkan Gagasan Ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah. Ulama pondok yang tak ada PHD jangan harap nak 'join' walaupun bertaraf wali ataupun tok guru... kerana gagasan ini hanya untuk yang ada bukti intelek saja.
Ibarat 'jek' kereta, berpada-padalah... janganlah 'jek' sampai terbalik kereta. Nak tukar tayar aje pun. Punya 'jek' MB Perlis sampaikan ada yang mengaku 'Perlis Pengamal Ajaran Imam Syafie Sebenar'. : 0
Akhirnya... kalau tak mahu bersama pun, sekurang-kurangnya janganlah menikam. Banyak lagi PERHIMPUNAN orang-orang kenamaan di pesta-pesta maksiat, kelab-kelab malam, psat-pusat perjudian halal (berlesen) yang mesti ditegur terlebih dahulu.
Wallahualam.
Jadi orang Islam kena diam sajelah walaupun pemimpin buat rasuah dll? Patutlah negara Islam kebanyakan mundur. Terutama bila pemimpin agama, e.g. Mufti, kuat jilat pemimpin.
assalamualaikum...
ramai di antara kita yang membantah peranan para umara' yang dok ada la ni. Bukan sekadar anda. Saya juga begitu. Anda semua menilai sebagai seorang yang ahli dalam agama. sedang saya menilai sebagai bukan seorang yang ahli dalam agama.
Melihat sikap segelintir daripada masyarakat kita yang suka menyalahkan beberapa pihak dengan melakukan pertuduhan yang tak berasas memang tidak enak. Usahkan yang jahil agama, malah yang 'berilmu' agama juga seperti itu. Saling tuduh menuduh tidak mengena tempat, akhirnya memusnahkan ummah, tiada kesatuan, tiada jemaah. Ada juga di kalangan kita yang sibuk-sibuk kata ini tak betul, itu tak betul. Namun adakah kita merenung kembali diri kita bagaimana. Jika kita asyik menyalahkan orang, adakah kita ini betul? Jika kita betul, kenapa kita tidak usahakan sesuatu dalam bentuk gelombang yang besar. Aturkan strategi, ampuhkan ummah, bina kekuatan. Bukan memecah belah.
Post a Comment