Related Posts with Thumbnails

Juang Tetap Datang

" semangat itu terus berkobar "


"Susur perjuangan makin suram dan pudar " Dia memandang lantai sambil air matanya titis satu persatu ke lantai yang berwarna kusam itu. Karpet merah buatan Turki yang dibeli sahabatnya di salah satu toko terkemuka di Kuala Lumpur tiga tahun dahulu makin pudar warnanya. Titisan air mata kecewa dan sedih melingkar sekitar perasaan dan tiba-tiba bertukar menjadi bait-bait puisi Said Nursi, terus mencengkam jiwa dan raga.


Semangat perjuangan yang dipupuk bertahun-tahun lalu bagaikan hilang dek kerana kisah yang satu, mujur masih
ada teman yang terus membisikan kata-kata semangat, menghidupkan kembali semangat juang yang seakan hilang tadi. Rupanya Dia mengerti bahawa perjuangan ini memang di penuhi ranjau, kadang-kadang ranjau yang datang tidak terjangkau akal memikir, tidak pernah di agak mendatang, tapi kenyataan seorang pejuang perlu kental dan sabar.

"Ahhh " Dia keluh sendiri.
"

Mengapa aku harus memikirkan manusia-manusia ini di dalam aku berjuang keranaNya ? Bukankah aku seorang yang ditarbiyah dengan semangat-semangat para sahabat, di so
gok setiap malam dengan risalah-risalah Hasan Al-Banna dan pernah berbicara teguh dengan kitab Sheikh Fathi Yakan. Malu aku sendiri jika masih samar dengan perjuangan ini, jika masih berkecil hati dengan perkara remeh ini " Dia bermonolog sendiri.

Warasnya datang membantu, merancak semula semangat juangnya. Di lupakan seketika perkara remeh yang datang meng
anggu juang, yang seketika cuba melumpuhkan semangatnya. Kini Dia tersenyum , senyum sehingga membuah tawa semanga. Nafsu itu kian datang...datang..dan terus mekar....

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO