Related Posts with Thumbnails

Rang E Khuda - Garapan Falsafah Ketuhanan



Usai menonton filem Rang E Khoda atau dalam bahasa inggerisnya Colors of Paradise karya Majid Majidi. Filem artistik tahun 1999 ini begitu menarik dan mencuit perasaan. Garapan Majid Majidi selalunya menjadi seperti mana filem Children of Heaven dan Baran . Kenapa kebanyakkan karya dari pengarah Iran memetingkan intonasi falsafah yang sangat realistik ? Kerana bagi saya falsafah realistik ini membuatnya berbeda dari filem-filem negara lain. Sekalipun barat sedikit sebanyak mengambil idea-idea daripada pembuat filem Iran seperti di dalam filem August Rush namun amat sedikit pengkarya barat memberanikan diri menonjolkan idea-idea ini. Usah di tanya dengan pembikin filem Malaysia, saya katakan tidak pernah melihat satu pun filem yang baik dan realistik untuk di tonton.

Rang E Khoda unik dan artistik dan falsafah ketuhanan yang amat tinggi dan sinis. Mohamad, seorang budak lelaki yang menghadapi masalah penglihatan di tempatkan di sekolah asrama khas bagi mereka yang menghadapi masalah kecacatan mata. Hilangnya nikmat penglihatan tidak melemahkan semangat Mohamad menggunakan kemahiran tangan dalam mempelajari sesuatu perkara yang baru. Tangan yang begitu kreatif dan pendengaran yang sangat jelas membuktikan kurnia Tuhan kepada setiap inci tubuh adalah untuk mengenali Nya. Ayahnya berusaha memisahkan Mohamad daripada keluarga kerana malu dengan bakal isterinya. Diam-diam ayah Mohamad menghantar Mohamad kepada seorang tukang kayu yang juga buta untuk mengajar Mohamad menjadi seorang tukang kayu.

Nenek dan dua orang adik Mohamad amat sedih dengan kehilangannya sehingga menyebabkan kematian neneknya. Sebelum meninggal nenek Mohamad menyatakan kerisaukannya terhadap bapanya bukan kepada Mohamad, ini kerana sikap bapanya yang makin hari hilang rasa kasih sayang kepada anaknya sendiri. Mohamad di ajar dengan baik dan gembira bersama si tukang kayu.

sambung...

Read more...

Berdakwahlah, Jangan Menakutkan

Kehadiran para karkun ke kariah kita sememangnya membawa aura tersendiri yang sedikit-sebanyak diharap dapat memberikan suntikan iman dan amal kepada masyarakat. Aktiviti mereka ketika ‘keluar’ di masjid ataupun surau kita pada UMUMNYA BAGUS BELAKA. Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara kurang enak yang sebenarnya BOLEH DIPERBAIKI, yang secara tidak langsung dapat MEMANTAPKAN lagi gerak kerja jemaah Tabligh. Salah satunya ialah ‘gesaan’ yang kurang berhikmah oleh SEBAHAGIAN para pekerja jemaah Tabligh.



Sudah menjadi fitrah kepada mana-mana perkumpulan Islam pun, KITA MAHU ORANG LAIN melibatkan diri dalam AKTIVITI-AKTIVITI YANG JEMAAH KITA ANJURKAN. Jemaah-jemaah tariqat mahu orang ramai menyertai halaqah mereka. Parti Islam mahukan orang ramai menyertai program mereka. Hizbut Tahrir juga mahu begitu. ABIM, JIM, ISMA, Haluan dan lain-lain pun sama, termasuklah jemaah Tabligh.



Persoalannya- kita bersungguh-sungguh mengajak orang lain menyertai program-program anjuran kita, apakah kita juga sebenarnya SUDAH MENUNJUKKAN CONTOH dengan bersedia mengikuti program-program anjuran pihak yang lain? Di mana adilnya jika kita menggesa orang datang ke kenduri di rumah kita sedangkan KITA SENDIRI TIDAK SUKA PERGI ke kenduri orang? Jika kita sendiri belum menunjukkan contohnya, sebaiknya jangan menggesa orang lain mengikuti program kita.


Di sinilah dakwah Tajdid Segar memainkan peranan. Sungguhpun kita sudah ada jemaah tertentu yang kita selesa untuk sehidup semati dengannya, tetapi sesekali ada baiknya kita mengikuti program jemaah-jemaah lain asalkan saja jangan sampai terabai pula komitmen kita dengan jemaah kita. Sesekali orang Tabligh menghadiri program orang Naqsyabandiah. Sesekali orang Parti Islam mengikuti program orang Tabligh. Sesekali orang ISMA bersama dalam program tarbiah orang jemaah an-Nur Said Nursi.


Dengan cara begini, lama-kelamaan minda para pekerja agama seluruh dunia akan terbuka lebih luas. Mereka dapat melihat BAGAIMANA UMAT INI BERGERAK dan ke mana halatujunya. Maklumlah, selama ini mereka HANYA MELIHAT bagaimana fikrah dukungan mereka bergerak, belum pernah memahami PERGERAKAN UMAT. Lebih menyedihkan ialah apabila ahli-ahli sesuatu fikrah itu ditanam dalam minda mereka bahawa pergerakan fikrah mereka itulah pergerakan umat.


Mengapa begitu? Kerana para pimpinan mereka masih selesa dengan DAKWAH TAJDID UNTUK KURUN YANG LALU iaitu bergerak secara berbilang jemaah SAHAJA. Padahal untuk kurun ini, kita mesti bergerak secara berbilang jemaah juga DAN mengusahakan untuk begerak sebagai satu umat.


Bicara soal dakwah tajdid segar, nanti akan panjang berjela pula artikel ini. Cukup setakat ini, dan kita kembali kepada “berdakwahlah, jangan menakutkan”.



Kita lihat ada karkun yang mempromosikan agar orang lain mengikuti aktiviti dakwah mereka BERLEBIH-LEBIHAN sehingga mendatangkan kesan negatif. Jemaah yang baru hendak pulang seusai solat ditahan dengan teknik-teknik tertentu oleh mereka. Oleh kerana hormat dan segan, orang itu pun terpaksalah mendengar percakapan di karkun. Kadang-kadang sudah dua tiga kali bergerak, masih dipaksa secara halus untuk mendengar dakwah si karkun. Di dalam masjid sudah ditahan, si karkun akan berusaha untuk memanjangkan dialog/ ceramahnya. Sampai di pintu masjid, ditahan lagi secara halus. Sudah pakai kasut pun ditahan lagi. Sudah sampai ke kenderaan pun si karkun masih bersyarah. Memang para karkun dilatih untuk bersyarah panjang. Kalau boleh prospek mereka jangan mencelah, dengar saja.



Dua tiga kali kena macam tu, akhirnya apabila jemaah Tabligh datang ke masjid, ramai jemaah tempatan yang TIDAK DATANG SOLAT BERJEMAAH. Dengar saja kata ada jemaah Tabligh datang berkampung, tiga empat harilah sebahagian orang tempatan solat di rumah. Mereka jadi takut kalau-kalau nanti diajak bersembang/ mendengar ceramah panjang. Asal tujuan para karkun ialah untuk membanyakkan hadirin ke masjid, tapi akhirnya membuatkan orang takut untuk datang. Begitulah yang selalu saya lihat dalam 18 tahun ini.



Sepatutnya kita mempromosi, bukan memaksa (walaupun secara halus). Apabila orang tidak selesa, langsung mereka tidak datang berjemaah. Apabila dakwah dilakukan dengan cara yang tidak berhikmah, beginilah jadinya.


Oleh itu, kepada SEBAHAGIAN penggerak dakwah jemaah Tabligh, ambillah teguran ini secara positif dan buatlah perubahan. Sampaikan isi kandungan artikel ini kepada sahabat-sahabat anda yang tidak berkesempatan membacanya. Semoga kita dapat bergerak sebagai satu umat suatu hari nanti, insyaallah.



Abu Zulfiqar @ Alexanderwathern

16 November 2009

Read more...

Marius Dalam Di lema Antara Thernadier atau Valjein - Plot II Les Miserables


Plot II

Lapan tahun kemudian, Friends of ABC dan Thernadier iaitu anak sulung Gavroche telah merancang mengadakan revolusi anti Orielanist pada malam pemberontakan Paris 1832 berikutan pembunuhan General Lamarque . Matius Pontmercy telah di buang oleh keluarganya atas sikap dan pandangan liberalnya. Selepas kematian bapanya Kolonel Georges Pontmercy . Marius di minta untuk membantu Thernadier di mana Thernadier pernah membantu Georges ketika di Waterloo.

Padahal Thernadier menipu Georges dengan mengatakan dia seorang sarjan demi menyelamatkan diri daripada di tangkap atas tuduhan merompak se
belum ini. Semasa di Luxemborg Gardens, Marius telah jatuh cinta kepada Cossete yang semakin dewasa dan cantik. Thernadier telah berpindah ke Paris dan mengubah nama kepada Jondrette dan menetap di Garbie House yang kebetulan di duduki oleh Valjean dan Cossete selepas melarikan diri dari Thernadier Inn di mana dalam masa yang sama Matius menetap di sebelah bilik Thernadiers.

Pergerakan Anti Orienlanist di Pemberontakan Paris 1832


Epopine yang kini menjadi pengemis telah mengemis di kawasan kediaman Marius. Demi mendapatkan sedikit wang daripada Marius, Epopine berusaha meraih simpati Marius dengan membaca buku The Cops Are Here secara kuat dan teliti . Marius berasa simpati kepada Epopine dan memberi sedikit wang kepadanya. Setelah Epopine pergi, Matius mendapati Valjean dan Cossete menetap di tempat yang sama. Thernadiers juga mengetahu Valjean dan Cossete tinggal di tempat tersebut dan mengupah Patron Minnete seorang pembunuh dan perompak untuk mengasai Valjean . Marius yang mendengar rancangan Thernadier mengambil keputusan melaporkan perkara tersebut kepada Javert dan bergegas pulang ke biliknya sementara menunggu Javert dan anggota polis yang lain datang.

Sementara itu Valjean yang telah pulang ke biliknya telah di belasah oleh Patron Minnete dan Thernadier,
ketika itu Matius yang berada di bilik sebelah mengetahui bahawa Thernadier merupakan orang yang dicari atas wasiat ayahnya. Matius berada dalam dilema di dalam membantu Valjean dan tidak mengkhianati Thernadier. Matius kemudian mengambil buku yang di baca Epopine sebelum ini dan melempar ke dalam bilik Valjean, menyedari mereka di perhatikan Thernadier dan Patron Minnete ingin melarikan diri tetapi sempat di tahan oleh Javert dan anggotanya. Melihat Javert, Valjean menyusup secara perlahan dan melarikan diri sekali lagi daripada Javert.


Read more...

Tips Mencintai Allah & Rasul 3


Kalimah-kalimah yang menjelaskan tentang kemanisan mencintai Allah dan Rasul-Nya sudah kita baca. Untuk menguatkan lagi keazaman kita supaya lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya, kita hendaklah mengambil tahu pula kerugian-kerugian yang bakal kita perolehi jika tidak mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Katakanlah: Kalau bapa-bapa kamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, kekayaan yang kamu perolehi, perniagaan yang kamu khuatiri akan kerugian, dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.”

(Surah At Taubah : 24)


Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.”

(Bukhari & Muslim)

“Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintai daripada isterinya, hartanya dan sekalian manusia.”

(Bukhari & Muslim)

Dengan membaca kalimah-kalimah ini selalu, insyaallah kita akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecintaan kita kepada Allah dan Rasulullah saw.



Read more...

Email Friend Regarding PURDAH Issue :)


Maaf kerana tidak berkesempatan menulis di blog. Kemaafan di tujukan kepada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang sudi berkujung ke sini. Mujur ada akhi Alex yang rajin menulis :) shukran..shukran..:) Sempat berbalas email dengan sahabat saudara baru nun jauh di bumi Uncle Sam. Saya terdetik untuk paste kan email ke sini. Sebenarnya tak de apa-apa yang menarik tetapi sekurang-kurangnya saya post something di sini .. Hehe...



To My Friend Sara
Which is now in Maryland, United State of America

Regarding with your questions via email about the purdah (niqab - covered face )issues raised by Dr Abdullah, Sayyid Tantawi, Syeikhul Al-Azhar University. I'm not the expert in this matter to elaborate but on the basis of my knowledge through reading in Islam Online, there are several misunderstandings about his statement. According to Islam Online Sheikh Tantawi has forbidden purdah in institutions that have women students only. Purdah ban does not involve institutions that have men. As my personal views, I am really respect those who wear purdah because each of us has the freedom to do something as long as not excessive legal syara'. Only in terms of purdah is not a legal obligation. If the west is concerned about the rights and freedoms, we are also free to covered ourselves. Everyone is free to do something. Just the matter of the issues is media. False coverage and spread it to others made things more worst. Islam is easy, so do not make yourself distract with all the stupid medias. Hope you get it ! Lol , I'll post this to my blog . Is it ok for you sis ? See you later Insyallah....:)

fragrance_of_heavenx@yahoo.com
az_abrar

Read more...

Tips Mencintai Allah & Rasul 2

Selalu membaca dan mengenang-ngenang fadhilat-fadhilat solat fardhu berjemaah, membuatkan kita terasa manisnya solat berjemaah. Mengulang-ulang baca hadis-hadis tentang kelebihan-kelebihan bersedekah, menjadikan kita selalu terfikir untuk bersedekah. Setiap hari mendengar ganjaran-ganjaran yang disediakan Allah untuk orang-orang yang pergi berjihad, memotivasikan kita untuk turut sama berjihad jika berpeluang.


Begitu jugalah halnya dalam mencintai Allah dan Rasulullah. Dengan membiasakan diri membaca matan dan maksud ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis, insyaallah cinta kita akan istiqamah. Jika sesekali berkurang pun, tidaklah merudum.


Antara bahan-bahan bacaan yang baik untuk diulang ialah:

“Orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah.”

(Al Baqarah: 165)


“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bertaubat dan suka kepada orang-orang yang bersuci.”

(Al Baqarah : 222)


“Siapa yang cinta untuk bertemu dengan Allah, nescaya Allah (juga) cinta untuk bertemu dengannya.”

(Bukhari & Muslim)


“Katakanlah (wahai mUhammad): “Kalau betul kamu mencintai Allah, ikutlah aku (Muhammad), nescaya kamu akan dicintai oleh Allah dan diampun-Nya dosamu.”

(Ali Imran : 31)


“Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang berperang di jalan Allah, dalam barisan perang yang teratur.”

(As Saf :4)


“Orang-orang yang beriman itu, hati mereka menjadi tenteram kerana mengingati Allah. Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”

(Ar Ra’d : 28)


Pernah Abu Razin Al ‘Uqaili bertanya: “Wahai Rasulullah. Apakah iman itu?”


Rasulullah SAW menjawab: “(Iman itu ialah) Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada yang lain.”

(Ahmad)


Kata Nabi Muhammad saw:


“Cintailah Allah kerana Dia memberi kamu makanan daripada nikmat. Dan cintailah aku kerana Allah mencintai aku.”


(Tirmizi)


Nabi kita SAW membaca dalam doanya:


“Ya Allah Tuhanku. Anugerahilah (agar) aku mencintai Engkau, mencintai orang yang mencintai Engkau, dan mencintai apa (jua) yang mendekatkan aku kepada mencintai Engkau.”


(Abu Naim)


Seorang Arab desa datang kepada Nabi SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, bilakah Qiamat?”


Nabi SAW menjawab, “Apa yang telah engkau sediakan untuk (menghadapi) Qiamat itu?”


Arab desa itu menjawab, “Tiadalah aku sediakan untuk (menghadapi) Qiamat itu dengan membanyakkan solat dan puasa. Cuma aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.”


Lalu Nabi SAW bersabda: “Manusia itu (akan) bersama orang yang dicintainya.”


Bukhari & Muslim)


Alangkah manisnya mencintai Tuhan dan Pesuruh-Nya...


Pesanan- Selalulah membaca maklumat-maklumat ini.


Read more...

Salam Eidul Fitri 1430 Hijrah

assalamualaikum wr wb .


Saya, az_abrar mengucapkan salam eidul fitri kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan, sahabat- sahabat Nisa' Gombak, Kak Ita, Aisha , Kak Husna dan semua sahabat-sahabat yang tak termampu di tuliskan nama yang ramai di sini :), rakan taulan yang dicintai, pengunjung blog ini dan muslimin muslimat . Maafkan segala khilaf, terlanjur bahasa, tersilap bicara. Moga syawal menyempurnakan ramadhan kita. Saya menasihati mengingatkan diri sendiri dan semua agar dapat kita menyempurnakan sunnah nabi dengan berpuasa 6 hari di bulan syawal ini dan melangkah dengan pantas dengan segera melengkapkan puasa yang wajib diganti . Tiada yang lebih indah dan bermakna bagi setiap diri kita dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Ukhuwah fillah untuk semua di Syawal yang mulia :)



I am az_abrar wishing all of you a happy eidul fitri . Hope everyone had a wonderful eid with their families and i know everyone had a great time. Thanks a lot for my sisters especially Sis Eman in Sana'a ( wishing you good luck in Kent, cows and all stuff will affect u a lot , hehe ) sis Maryam in North Carolina, Sis Maria in New York , beauty Nicole in Dallas, Aimi in Ireland ( bila mau balik Malaysia ) Lorna in Manila ( long time we didnt talk in Friendster :) ) for all of your emails and sms wishes eid. Keep in touch whenever you are :) Happy Eid, Happy Eid, Happy Eid for muslims around the world.


Read more...

Tips Mencintai Allah & Rasul 1


Mengimani dua kalimah syahadah ialah perkara paling pokok dalam agama Islam. Ia berada pada senarai teratas dalam Rukun Islam dan menjadi kepala kepada segala amal kita. Kita boleh memanfaatkan dua kalimah ini untuk menghadirkan, memperbaharui dan mengistiqamahkan rasa kecintaan dan rindu dendam kepada Allah dan rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad saw yang sangat kita kasihi.

Seawal-awal terjaga dari tidur pada waktu pagi, biasanya fikiran kita akan sedar terlebih dahulu. Kita sudah mula berfikir sebelum anggota-anggota badan lain bergerak. Kemudian barulah diikuti dengan gerak tubuh badan seperti pergerakan kepala, tangan, bukaan mata, keluhan suara ataupun yang lain-lain.

Oleh itu, sebaik-baik saja minda kita terjaga, kita latih minda kita supaya terbiasa untuk menyebut (dan sebaik-baiknya memahami) “Laa Ilahaillallaah, Muhammadur Rasulullah” (boleh saja jika mahu ditambah perkataan “Asyhadu...”). Jadikan ia perkara pertama yang disebut atau difikirkan oleh minda kita pada hari itu, setiap hari. Selepa situ barulah kita berfikir tentang perkara-perkara lain.

Sekiranya belum mampu untuk berbuat demikian, kita boleh lewatkan ia sedikit. Sebaik-baik saja kita tersedar yang kita belum mengucapkan dua kalimah syahadah di hati, ketika itu ucapkanlah walaupun kita sudah berfikir tentang hal-hal lain sebelumnya.

Antara berfikir dan bersuara, kemampuan berfikir bangun lebih dahulu barulah dikuti dengan kemampuan bersuara. Sebaik-baik saja terjaga dari lena, kita belum boleh bersuara. Terasa berat dan lemahnya mulut untuk mengucapkan sesuatu. Sama juga, kita biasakan diri kita menyebut “Laa Ilahaillallaah, Muhammadur Rasulullah” sebagai sebutan pertama kita pada setiap kali kita memulakan hari baru.

Lama-kelamaan kita akan terbiasa menjadikan “Laa Ilahaillallaah, Muhammadur Rasulullah” sebagai perkara pertama yang kita fikir dan perkara pertama yang kita sebut pada setiap hari. Cubalah petua ini, kita akan berasa permulaan hidup kita pada setiap pagi lebih bermakna berbanding hari-hari yang lalu. Akan datang satu macam kepuasan yang begitu berlainan. Rasa rindu dan sayang kepada Allah dan Rasulullah akan bertambah subur di hati.



Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO