Related Posts with Thumbnails

Apa Yang Kaucari?

Sembang-sembang kedai kopi… seorang yang dulunya aktif mengumpul wang harian menggantung poster Barisan Nasional setiap kali menjelang pilihanraya kini beralih arah kepada Keadilan. Sebelumnya dia sudah mula berjinak-jinak dengan Parti Islam. Sibuklah kawan kita seorang ini ke sana ke mari dalam dua tiga bulan ini dengan aktiviti-aktiviti politiknya walaupun sekadar orang bawahan, dalam keadaan dirinya yang tidak menentu pekerjaan. Tiada wang di tangan tidak mengapa, pinjam wang sana-sini tiada masalah, asalkan hebat berpolitik.

Duduk semeja beramai-ramai, berceritalah teman kita ini tentang keaktifannya berpolitik. Maklumlah sudah agak lama tidak pulang ke kampung, meloponglah mulut saudara-mara di kampung mendengarkan kearifan teman kita ini dalam politik negara. Malang sedikit, bicaranya ditambah-tambah untuk mendapat perhatian orang. Mungkin disangkanya orang di sini ketinggalan info politik belaka.

Bangganya teman kita ini apabila dapat menyertai Perhimpunan Black 14 yang disebutnya ‘Black 40’ (dari sini pun kami sudah tersenyum). Dikatanya dengan penuh semangat bahawa Anwar Ibrahim tidak sempat berucap, baru naik terus perhimpunan disuraikan oleh pihak polis.

Pelik juga kufikirkan kerana setahu kami yang menonton Black 14 di internet, agak panjang juga ucapan beliau. Betulkah teman kita ini ada di sana? Jika benar dia ada di sana, apa yang dibuatnya sampai tidak tahu apa yang berlaku?

Kemudian disahkannya pula bahawa perhimpunan ‘Black 40’ pada malam itu dihadiri 70,000 orang walaupun berita menyebutkan 30,000 orang sahaja. Melebih-lebih betul ceritanya. Seingat kami, akhbar melaporkan sekitar 10,000 ataupun 15,000 sahaja, bukannya 30,000.

Pada kami, orang seperti ini boleh mengundang bahaya. Dia berusaha menyedapkan ceritanya lalu bersuara lantang untuk menarik perhatian orang seolah-olah dia banyak tahu dan ‘orang penting’. Padahal maklumatnya tidak seberapa dan kesahan maklumatnya sangat boleh dipertikaikan.

Bayangkan jika orang seperti ini melihat seorang pemuda Melayu bertolak-tolakan dengan seorang India. Tidak mustahil dengan pantas dia meluru ke kelompok perumahan Melayu lalu berkata, “Woih, ada orang Melayu kena pukul dengan India. Ramai orang di sana. Aku ingat geng-geng India tu kalau datang… habis le… takkan kita nak duduk saja. Ramai orang tu di sana!”

Kelompok Melayu tadi pun dengan parang dan kayu meluru pula ke tempat kejadian dan terus mengamok. Padahal hanya seorang Melayu dan India bertolak-tolakan. Orang ramai kerana datang meleraikan dan salah faham sudah diperbetulkan. Silap-silap salah faham kecil boleh bertukar jadi rusuhan kaum, kerana mulut seorang yang mahu cakap-cakapnya jadi sensasi.

Mencelah pula seorang veteran yang tidak pernah terlibat dalam kerja-kerja politik termasuklah pada musim pilihanraya, tetapi rajin menonton VCD ceramah politik. Nasihatnya kepada teman kita yang sensasi bicaranya itu, kalau ikut parti politik, jangan ikut kosong saja. Kena bijak cari sesuatu seperti jawatan, pengaruh, tanah dan projek. Jika ikut ‘kosong’ saja, lebih baik tidak ikut. Seorang veteran lagi di meja yang sama menyatakan sokongan.

Aduhhh… begini rupanya pemikiran mereka. Begitu rupanya pemahaman mereka tentang hidup. Patutlah langsung tidak menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dakwah. Hendak bergabung dnegan jemaah-jemaah dakwah jauh sekali, tapi cakap tak pernah jatuh. Menasihat orang lain, merekalah jaguh. Cakap mereka mesti betul kerana mereka orang tua-tua. Cadangan mereka tidak lain adalah ‘arahan’. Cakap saja , “Saya cadangkan begini begini…” tetapi jika kita menolak ‘cadangan’ itu, masam mukanya berbulan-bulan. Ada peluang, diungkitnya pula lagi.

Kami memang tidak suka dengan orang yang memberi cadangan tetapi sebenarnya dia memberi arahan. Kalau arahan, cakap terus terang itu ‘arahan’.

Melancong, berhibur, berkelah, makan-makan angin, makan di restoran-retoran besar, santai di tepi-tepi laut… itulah yang diminati. Dakwah? No way! Duit keluar, tenaga keluar, masa keluar. Mungkin hati mereka akan terbuka sedikit jika dakwah itu ‘mashoookk’ (boleh buat duit).

Menyertai sesuatu adalah untuk mendapatkan laba dunia. Patutlah majoriti masyarakat Islam di sekitarku masih ketinggalan serba-serbi.

Read more...

SAHABAT...MASIH ADAKAH ?

Perkara berkaitan bersahabat ini agak sukar bagi saya menulis di sini. Ini kerana saya kadang-kadang merasakan perkataan sahabat ini makin lama makin hilang serinya. Dulu kita sering mengatakan persahabatan yang dijalin kerana Allah , ukhuwwalah fillah dari bahasa arabnya. Tetapi masa makin berubah, saya merasakan konsep ukhuwah fillah ini pun makin berubah mengikut peredaran zaman. Saya tak menafikan dahulunya konsep sahabat ini begitu tersusun cantik mengikut aturan sahabat seperti yang digariskan di dalam Islam dan lama kelamaan garis panduan ini hilang serinya, malahan hilang begitu sahaja. Kita lupa pada konsep awal sahabat ini dan terjadinya seperti berikut :

1 ) Dikatakan sahabat yang sejati adalah jika kita memerlukan pertolongannya, dia pasti akan berusaha membantu kita tapi yang terjadi kini sebaliknya, tiada usaha malahan pelbagai alasan yang diberkan dalam membantu sahabat.

2 ) Dikatakan sahabat yang sejati adalah apabila kita berdiam diri (kerana malu meminta ) dia pasti akan bertanya tentang kesusahan kita, tapi kini yang terjadi sebaliknya apabila kita berdiam diri, maka sahabat kita juga berdiam diri. Tiada rasa ingin mengerti, merobek permasalahan sahabat ini.

3 ) Di katakan sahabat yang sejati adalah susah senang bersama, tawa menangis di bahu yang sama tetapi kini sebaliknya di kala senang dan susah hanya menyendiri. Tiada rasa ingin dikongsi bersama sahabat.

4 ) Di katakan sahabat yang sejati apabila ia berjanji pastinya dipenuhi tetapi di zaman ini tiada yang kenal erti janji. Janji-janji hanya sebahagian dari kata-kata penyedap buat teman-teman di sisi.

Sebenarnya perubahan-perubahan yang berlaku ini bukan sahaja di kalangan sahabat malahan ia juga berlaku di dalam setiap aspek kehidupan. Mungkin di akhir zaman ini manusia kadang-kadang terlupa dengan agama. Kemajuan, kebendaan menjadi satu trend masa kini dan tidak dinafikan ianya mencemar kehidupan umat Islam itu sendiri.

Di katakan juga oleh para cendiakawan janganlah memilih sahabat yang :

1) Tamak ; sedikit rasa tidak mencukupi malahan ingin lagi.

2) Hipokrit ; meminta simpati dengan kata-kata kosong dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3 ) Pengampu ; dia setuju dengan setiap yang dilakukan walaupun perkara yang dilakukan adalah salah.

4 ) Membawa jauh dari Allah ; tidak menambah kebajikan di dunia dan apatah lagi di akhirat kelak.

5 ) Pemboros dan suka hiburan ; suka berpesta,tempat-tempat hiburan dan melalaikan.

Pepatah arab juga ada mengatakan : Sahabat bukan untuk dijadikan teman semasa susah tetapi di kala senang. Ada dikalangan manusia hanya mencari teman di kala kesusahan dan kesunyian dan apabila senang , sahabat yang selama ini bersusah paya bersama tidak dihiraukan.

Konsep bersahabat ini makin lama semakin di tinggalkan oleh umat Islam. Kepentingan tidak lagi kepada sahabat-sahabat tetapi lebih ke arah perkara yang mencakupkan kebaikan diri dan duniawi semata-mata. Malahan ada dikalangan kita sendiri yang tidak dapat menerima sesuatu yang bersifat ukhrawi. Sahabat merupakan satu aset yang paling berharga kepada seseorang insan, ianya satu aset yang berkekalan dan jika kena gayanya akan menguntungkan di dunia dan akhirat kelak.

Seorang teman pernah menyatakan kepada saya "persahabatan itu seperti tangan dan mata . Saat tangan terluka, mata menangis,saat mata menangis tangan akan menghapusnya dan persahabatan yang sentiasa abadi adalah persahabatan yg dibingkai dgn indahnya ukuwah islam ". Di sini teman saya ini masih menggunakan konsep ukhuwah Islam dan saya bersetuju denganya bahawa persahabatan yang kekal abadi adalah kerana ukhuwah Islam tetapi yang menjadi persoalannya adakah kita mengerti ukhuwah islam itu sendiri. Menggunakan analogi persahabatan itu seperti tangan yang sakit akan mengalirkan air mata juga tidak lagi diguna pakai oleh umat Islam kini. Malahan mata yang menangis pun tidak lagi dihapuskan oleh tangan, dibiarkan air mata itu kering seperti itu sahaja, tangan sudah malas malahan tidak mahu berusaha untuk menghapuskan air mata itu. Jadi semua analogi-analogi persahabatan kini boleh dipertikaikan. Sehinggakan ada yang beranalogi sahabat ini seperti biskut chipsmore - sekejap ada sekejap hilang !

Saya tertarik dengan keluhan seorang kawan lama " entah kenapa,sahabat adalah yang paling penting dalam hidup kita?sedangkan sahabatlah yang sering menghancur dan mengecewakan kita?kenapa susah untuk kita menemui sebenar2 sahabat sejati?kenapa? . Maaf kawan..saya masih mencari lagi jawaban untuk soalan sebegitu.

Setiap diri kita melakukan kesalahan dan kesilapan kerana manusia itu bersifat berperasaan dan bernafsu " sense of right and wrong " cuma perlu mencari jalan yang terbaik untuk memperbaiki diri dan cuba ' tell the truth and be honest, inspire and not critized,be a good listener and try spend our time ". Tiada keadilan dan kewarasan di dalam bersahabat jika ada istilah ' habis madu sepah dibuang ' yang mana banyak terjadi dikalangan sahabat-sahabat.Jika perasaan merasakan sahabat tidak menghargai kita, maka bertawakkalah kepada Allah kerana Dia adalah sahabat yang akrab dan sejati dengan kita. Saya juga mengalakkan diri sendiri dan anda untuk bersama-sama menelaah buku La' Tahzan karya Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni kerana kita pasti merasakan dunia ini tidak ke mana-mana dan akhirnya hidup yang dirasakan sedih ini adalah satu penipuan diri semata-mata.

“Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.” (Al-Hajj : 38)

Saya berdoa dan mengharapkan keteguhan dalam bersahabat di dalam doa ini ;

" Ya Allah Engkau teguhlah hati kami , eratkan kasih sayang di antara kami . Himpunkan hati kami demi menegakkan agamaMu . Matilah kami di atas jalanMu. Berilah keberkatan dan selamatkanlah kami di dunia dan akhirat "

az_abrar / 20 Mac 2008

Read more...

Salah Hangpa Tak Berubah

# Padan muka! Tu la, undi pembangkang lagi. Tengok, sapa yang bekuasa kat Perak sekarang? Bukan orang Cina ka?

@ Awatnya?

# Hangpa la yang bagi Perak kat Cina, sebab hangpa undi pembangkang!

@ Sebenaqnya... hangpa yang UMNO ni la yang bagi depa bekuasa lebih kat Perak.

# Awat hang kata lagu tu?...

@ Ya la. Orang Cina undi PAS, PKR dan DAP. Orang India pun undi PAS, PKR dan DAP. Orang Melayu pulak yang tak mau undi PAS, PKR dan DAP. Kalau dak, dah tentu calon-calon Parti Islam menang banyak. Dah tentu Melayu Islam yang banyak bekuasa kat Perak. Jadi... sebab hangpa la orang Melayu Islam kurang kuasa kat Perak!

# .............................

@ Bangsa lain semua dah berubah. Hangpa ja yang tak reti nak berubah. Lepaih tu, nak salahkan orang lain...

# : (

Read more...

Sejarah Parti Islam

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO