Apa Yang Kaucari?
Sembang-sembang kedai kopi… seorang yang dulunya aktif mengumpul wang harian menggantung poster Barisan Nasional setiap kali menjelang pilihanraya kini beralih arah kepada Keadilan. Sebelumnya dia sudah mula berjinak-jinak dengan Parti Islam. Sibuklah kawan kita seorang ini ke
Duduk semeja beramai-ramai, berceritalah teman kita ini tentang keaktifannya berpolitik. Maklumlah sudah agak lama tidak pulang ke kampung, meloponglah mulut saudara-mara di kampung mendengarkan kearifan teman kita ini dalam politik negara.
Bangganya teman kita ini apabila dapat menyertai Perhimpunan Black 14 yang disebutnya ‘Black 40’ (dari sini pun kami sudah tersenyum). Dikatanya dengan penuh semangat bahawa Anwar Ibrahim tidak sempat berucap, baru naik terus perhimpunan disuraikan oleh pihak polis.
Pelik juga kufikirkan kerana setahu kami yang menonton Black 14 di internet, agak panjang juga ucapan beliau. Betulkah teman kita ini ada di
Kemudian disahkannya pula bahawa perhimpunan ‘Black 40’ pada malam itu dihadiri 70,000 orang walaupun berita menyebutkan 30,000 orang sahaja. Melebih-lebih betul ceritanya. Seingat kami, akhbar melaporkan sekitar 10,000 ataupun 15,000 sahaja, bukannya 30,000.
Pada kami, orang seperti ini boleh mengundang bahaya. Dia berusaha menyedapkan ceritanya lalu bersuara lantang untuk menarik perhatian orang seolah-olah dia banyak tahu dan ‘orang penting’. Padahal maklumatnya tidak seberapa dan kesahan maklumatnya sangat boleh dipertikaikan.
Bayangkan jika orang seperti ini melihat seorang pemuda Melayu bertolak-tolakan dengan seorang
Kelompok Melayu tadi pun dengan parang dan kayu meluru pula ke tempat kejadian dan terus mengamok. Padahal hanya seorang Melayu dan
Mencelah pula seorang veteran yang tidak pernah terlibat dalam kerja-kerja politik termasuklah pada musim pilihanraya, tetapi rajin menonton VCD ceramah politik. Nasihatnya kepada teman kita yang sensasi bicaranya itu, kalau ikut parti politik, jangan ikut kosong saja. Kena bijak cari sesuatu seperti jawatan, pengaruh, tanah dan projek. Jika ikut ‘kosong’ saja, lebih baik tidak ikut. Seorang veteran lagi di meja yang sama menyatakan sokongan.
Aduhhh… begini rupanya pemikiran mereka. Begitu rupanya pemahaman mereka tentang hidup. Patutlah langsung tidak menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dakwah. Hendak bergabung dnegan jemaah-jemaah dakwah jauh sekali, tapi cakap tak pernah jatuh. Menasihat orang lain, merekalah jaguh. Cakap mereka mesti betul kerana mereka orang tua-tua. Cadangan mereka tidak lain adalah ‘arahan’. Cakap saja , “Saya cadangkan begini begini…” tetapi jika kita menolak ‘cadangan’ itu, masam mukanya berbulan-bulan.
Kami memang tidak suka dengan orang yang memberi cadangan tetapi sebenarnya dia memberi arahan. Kalau arahan, cakap terus terang itu ‘arahan’.
Melancong, berhibur, berkelah, makan-makan angin, makan di restoran-retoran besar, santai di tepi-tepi laut… itulah yang diminati. Dakwah? No way! Duit keluar, tenaga keluar, masa keluar. Mungkin hati mereka akan terbuka sedikit jika dakwah itu ‘mashoookk’ (boleh buat duit).
Menyertai sesuatu adalah untuk mendapatkan laba dunia. Patutlah majoriti masyarakat Islam di sekitarku masih ketinggalan serba-serbi.
0 comments:
Post a Comment