Related Posts with Thumbnails

Ikutilah Al-Ikhwanul

Dunia makin hari semakin berubah, manusia makin hari semakin jauh dari tuhanNya(itu yang menyakini tuhan) tapi apa lagi yang menyedihkan apabila fikrahnya terang-terangan menyimpang dari landasan Al-Quran dan As-Sunnah. Kononya memartabatkan Islam, kononnya golongan mereka boleh ke syurga yang lainnya ke neraka. Mempergunakan hadis-hadis nabi untuk kepentingan diri dan merendah-rendahkan yang lain, itulah yang terjadi masa kini bukan sahaja golongan-golongan ini menyimpang malahan ada yang lebih teruk dari itu menyembarkan risalah kehandalan golongan mereka secare terang-terangan seolah-olah mereka itu meneggakan yang haq. Tulisan ini bukan untuk siapa-siapa ;)) mungkin jika ada yang terasa di hati tapi ianya lebih bagus jika di insafi. I wont mention about these group of people kerana ilmu yang ada belum cukup untuk di ungakaikan. Sekadar berkongsi rasa apabila menelaah risalah-risalah ikhwanul muslimin dan perit jerih perjuangan As-Syahid Hassan Al-Bana, Sayid Qutb dan pandangan-pandangan berkesan Sayid Qutb, Muhammad Al-Ghazali, Syed Sabiq yang pastiny boleh membuka fikiran kita yang tertanggup lagi. Kefahaman itu penting, ilmu itu jaminan ? sebab itu Hasan Al-Bana meletakkan kefahaman ( taffahum ) itu paling utama, jika tak faham ( tiada ilmu ) bagaimana hendak meneggakkan agama?? menjadi 'pak turut' ?? terus terang di sini kerana tiada kefahamanlah maka banyak jemaah-jemaah yang terpecah belah, sebab itulah Imam Hasan Al-Bana mementigkan konsep tafahum dan meletakkannya sebagai rukun baiah yang paling atas. Kesyumulan Islam yang dibawa oleh Rasullulah S.A.W telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak sebelum kedatangan kebangkitan al ikhwan yang diketuai oleh As Syahid Imam Hasan Al- Banna. Kefahaman yang syumul ini telah dijelaskan oleh beliau dan Al-Quran dan Sunnah Rasullulah menjadi rujukan yang tertinggi dalam melaksanakan dan memahami hukum-hukum Islam. Perpecahan dan penyelewengan sesetengah kelompak adalah kerana mereka menyangka mengikut Al-Quran dan Sunnah sedangkan mereka sendiri mentakwilkan ayat-ayat Allah dan sunah RAsul secara membabi buta sehingga menjadi sesuai dengan kehendak mereka dan untuk mencapai agenda-agenda tertentu, mereka menjadikan Kitab Allah sebagai pengikut, sedangkan sepatutnya mereka yang mengikut Al Quran. Saidina Umar R.A berkata " Ikutlah Alquran bukannya Al-Quran yang menjadi pengikut kamu. Sesungguhnya sesiapa yang diikut Al quran, Al quran menolaknya ke belakang sehingga jatuh ke dalam neraka, dan sesiapa yang mengikut Al-Quran, ia akan memimpin masuk ke syurga. " Di sini kita dapat lihat bagaimana pemimpin al ikhwan ini cuba menerapkan kefahaman yang tinggi kepada umat Islam dengan tujuan supaya umat Islam tidak terus terpecah belah dan berselisih pendapat yang akan menyebabkan umat ini semakin lemah. Beliau berkata " kata-kata manusia boleh diterima atau ditolak kecuali kata-kata Rasullulah s.a.w. yang maksum" , kadang-kadang terpecahnya sesuatu jemaah atau penyelewangan adalah kerana terlalu taksub dengan kata-kata manusia sehingga mengabaikan kata-kata Rasul....(bersambung....)

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO