Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Kisah Orang Maya


“Actun Tunnichil Munnan” saya tertawa menyebut perkataan Mayan berbelit-belit itu. Entah macam mana pagi ini saya dipaksa menyebut beberapa perkataan dari bahasa Maya yang bagi saya agak asing lagi menyusahkan.


Berkenalan dengan seorang sahabat dari Belize yang selalu menceritakan kisah zaman pra sejarah Columbia – Amerika menjadikan saya seorang yang cuba berfikir dan terfikir mengenai zaman bangsa ini. Actun Tunnichil Munnan ini merupakan sebuah gua yang terletak di negara Belize dan berhampiran dengan San Ignacio Gayo.


Gua yang terkenal dengan kisah orang-orang Mayan yang hidup di era Maya. Jika kita pernah menonton siri Heroes , terdapat seorang watak wanita Mayan di dalam drama tersebut. Sahabat saya yang dipanggil dengan gelaran Sis Bee ini amat sukakan madu dan menghafaz surah-surah Al-Nahl. Antara sebab pencetus keislamannya adalah kerana tertarik mendengar surah Al-Nahl sehinggakan nama kristiannya ditukar kepada nama Nahla. Saya mencatat setiap cerita yang disampakan kepada saya denga berhati-hati supaya catatan saya ini

mampu memberi dan menaikkan semangat saya bahkan menjadi salah satu sumber ilmu yang amat bernilai. Kisah Mayan yang diceritakan kepada saya merupakan antara intipati perbualan kami yang sangat saya hargai.





Katanya kaum Maya masih banyak terdapat di sepanjang semenanjung Yukatan, Guatomala, Belize , Honduras dan sebahagian kecil di kawasan-kawasan terpencil Amerika Latin. Sejak 3000 tahun yang lalu kaum Maya menjadi salah satu kebudayaan penting zaman Pre Kolumbia Meoamerika. Diceritakan dengan hebat tentang kehilangan bangsa ini oleh beberapa pengkaji sejarah tetapi sebenarnya masih ramai lagi keturunan kaum Maya di bumi ini, malahan bahasa dan budaya mereka acap kali dapat di dengar di sesetengah rumah penduduk di bumi Amerika Selatan kini.


Kaum Maya seperti juga kaum-kaum semasa awal peradaban dunia yang terkenal dengan bahasa, budaya, seni , kepercayaan dan teknologi tersendiri. Kejayaan bangsa ini menulis buku-buku sastera dan akademik di dalam bahasa sendiri amat membanggakan tetapi sejak penjajahan Sepanyol di bumi Maya menyebabkan hampir keseluruhan buku-buku mereka di bakar atas arahan Paderi Sepanyol.


Pada kurun ke 9 , kebudayaan Maya mulai merosot akibat krisis peperangan dan bencana alam dan akhirnya mulai hilang di peta dunia selepas penjajahan Sepanyol sekitar 1697 dan mulai di kesan tinggalan Bandar ini oleh seorang pegembara dan pengkaji sejarah Amerika yang terdengar mengenai kota tinggalan sejarah di dalam hutan dan secara serius mengkajinya.


Seronok saya mendengar dia bercerita tentang kisah kaum Maya ini tetapi saya lupa untuk memastikan adakah dia seorang yang berketurunan Maya ataupun tidak. Apa yang lebih penting bagi saya kini untuk mengetahui kisah misteri yang selalu terjadi terhadap kaum Maya. Adakah cerita-cerita sihirnya seperti di dalam drama Madelin atau watak-watak lucu pengamal ilmu hitam seperti yang di ceritakan di dalam buku karya Neil Gailman. Saya masih tunggu cerita sahabat Belize yang mungkin seorang Maya.....

Read more...

Kehilangan Ustaz Fadhil Noor Masih Terasa

Baru-baru ini saya sempat membaca satu artikel di Harakah mengenai perjuangan arwah Ustaz Fadhil Noor, tidak dinafikan arwah merupakan salah seorang tokoh perjuangan yang amat saya kagumi. Artikel yang di tulis oleh anak perempuan beliau iaitu Muna Izza atau lebih mesra saya memanggilnya dengan panggilan kak Muna, sebagai salah seorang penggiat Nisa' Malaysia, saya mengenalinya sebagai seorang yang bersemangat kental dan ciri-ciri perjuangan ayahnya tampak di dalam diri Kak Muna. Semoga perjuangan ini terus tumbur berkembang mekar di persada perjuangan jemaah ini.


Kak Muna (tengah) semasa aktivti Nisa' Small Kindness


Setelah enam tahun, kehilangan Ustaz Fadzil masih terasa

Muna Izzah Fadzil
Mon | Jun 23, 08 | 6:58:50 pm MYT

Tanggal 23 Jun datang lagi. Sudah 6 tahun tarikh sedih ini bermula dengan pemergian dan kehilangan seorang baba dan suami kepada anak-anak serta isteri yang tercinta ke rahmatullah.

Dan kepada penyokong-penyokong serta pendokong-pendokong parti islam dalam negara jua luar negara juga merasai kehilangan tokoh ilmuan dan dan pemimpin sebuah jamaah yang mendokong perjuangan Islam ini.

Al-Marhum Fadzil bin Mohd Noor, sekiranya masih hidup, telah berusia 71 tahun pada 13 Mac yang lepas.

Namun dalam usianya 65 tahun, beliau meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman yang menyerangnya, susulan daripada pembedahan koronari di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 10.30 pagi.

Sejak kecil mengenali kematangan hidup, dan kematangan itulah yang dibawa hingga kini walaupun jasadnya sudah tiada.

Oh ya, ada sesuatu fakta yang perlu saya perbetulkan di sini iaitu selalu mereka yang menulis mengenai baba,bahawa beliau sejak kecil adalah anak yatim. Sebenarnya tidak.

Ayahnya meninggal dalam than 1972 dan ibunya meninggal dalam tahun 1997. Dan juga ketika hayatnya beliau tinggal di Alor Setar dan bukannya di Muassasah. Hanya tempat persemadian beliau sahaja di Muassasah seperti yang beliau wasiatkan.

Bermimpikan 'Baba'

ImageTerima kasih. Semua yang mengenalinya sudah maklum bahawa ketika hayatnya beliau sangat komited dengan apa yang diperjuangkan dan dilakukan dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Perwatakannya yang kadang-kadang diam tetapi sangat prihatin dan kadang-kadang banyak bercakap, menjadi ingatan setiap yang mengenalinya. Bagi seorang anak, mewakili adik-adik, serta menantu juga cucu, dan terutamanya mama saya, tidak pernah lekang ingatan kami terhadap beliau.

Mimpi mama sering dikunjugi baba dan kami akan bermimpi baba sekiranya kami punya masalah atau terlalu rindukan beliau. Itu sahaja pengubat rindu kami.

Pemimpin datang dan pergi, namun seorang baba pasti dan tidak akan ada penggantinya. Berbalik kepada pandangan pendokong Islam, pemikiran dan kepimpinannya sangat dirasai.

Banyak perkara yang dilakukan, dengan kuasa Allah telah membuahkan hasil berkat usaha beliau dan sahabat-sahabat pimpinan yang lain dan semua pihak.

Seringkali saya ditegur kenalan-kenalan baba yang menyatakan mereka terasa kehilangan beliau. Saya hanya mampu tersenyum dan menghargai semua itu. Tetapi kadang-kadang terasa kehilangan sahaja tidak mencukupi.

Mengkagumi pemikiran beliau sahaja juga tidak mencukupi. Saya bukan yang layak menyatakan perkara ini, tetapi saya melihat, pemikiran beliau harus dilebar dan diperkembangkan lagi oleh kepimpinan yang ada.

Kepimpinan yang ada kini bagi saya sudah cukup dibanggakan, dan hebat dalam memimpin organisasi. Wajah-wajah muda beriringan dengan mereka yang sudah berpengalaman akan menjadikan Parti Islam Semalaysia makin dapat diterima kawan dan lawan.

"Pengorbanan perasaan yang paling sukar dilakukan,"itulah ungkapan Al-Marhum yang sering diluahkan.

Sebelum ini saya tidak begitu menghayati luahan hati tersebut, namun apabila saya berada dalam Nisa, Puan Mastura sering menyatakan ungkapan ini dalam perjumpaan kami.

Setelah mengharungi susah payah di dalam Nisa, saya makin mengerti ungkapan baba ini. Beliau sebenarnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya dengan melontarkan ungkapan tersebut.

Memang benar pengorbanan harta benda, wang ringgit, tenaga serta masa bukan sesuatu yang sukar untuk diberi, namun perasaan amatlah sukar untuk dikorbankan.

Kini saya makin mengerti, kenapa baba diam apabila orang mempertikaikan keputusannya dan kenapa beliau juga tersenyum apabila orang tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan.

Jarang sekali beliau membebel di rumah bercerita mengenai masalah dalaman parti, kerana baba perlukan hiburan di rumah iaitu kasih sayang dan bebelan mama dan anak-anak. Itu yang membahagiakannya.

Beliau tidak perlukan perbahasan politik di rumah, kerana sakit yang dirasai dalam hati, dipendam dan dikorbankan ego serorang pemimpin. Kami mungkin tidak mengetahui bagaimana beliau berhadapan dengan suasana politik yang sebenar ketika itu dan mungkin anda semua yang lain lebih mengetahuinya.

Lempar dengan batu,dibalas bunga

Namun kami memerhati siapa sahaja yang ber'deal dengannya.Kami memerhati sikap orang terhadapnya, dan bagaimana reaksi beliau terhadap segala sikap itu. Dan di situ kami belajar banyak perkara.

Saya tidak pasti apa yang orang lain belajar daripada pemikiran beliau tetapi saya belajar ungkapan yang saya sebutkan tadi. Pengorbanan perasaan dalam jamaah sangat sukar dilakukan.

Ada kalanya kita memberi bunga, kita dilemparkan dengan batu. Dan ketika itulah , adakah kita akan bertindak dengan membaling batu juga? Kerana itulah terdengar pulak ungkapan oleh YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekiranya orang lempar batu pada kita, kita balas dengan bunga. Dan ketika itulah pengorbanan perasaan dilakukan. Adakah anda mengerti ranataian ungkapan-ungkapan ini?

Kematangan dalam kepimpinan politik,keterbukaan, kasih sayang, pandai menghargai adalah antara watak-watak beliau yang saya secara peribadi mengakagumi beliau.

Kepetahan berpidato adalah pelengkap dirinya yang dimanfaatkan sepenuhnya dalam menjalani tugasannya sebagai Ketua Pembangkang dan ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen.Kini saya merindui kepetahan itu di kalangan sahabat-sahabat beliau di dalam Parlimen.

Sudah pasti al-marhum berasa gembira dengan kemenangan PAS dan rakan kongsi PAS yang lain, dan sekiranya itu, beliau juga dan sudah pastinya pemimpin terdahulu tidak mahu kita semua mempersiakan peluang yang sudah diberi Allah.

Pemikiran beliau dan mereka yang telah pergi, mestilah digarap bersama dengan pemikiran yang ada kini supaya tampak parti yang didokong ini maju dari segi kematangan politik serta akhlaq yang baik. Ketika senang, ujiannya pasti lain dan lebih menguji diri.

Saya sebagai anak pasti merasa bangga dengan beliau tapi saya lebih merasa bangga sekiranya pemikiran beliau bukan sahaja diwacanakan TETAPI diaplikasikan bersama untuk maju ke depan. Terima kasih kepada anda semua yang menjadi penyambung warisan kepimpinan dan teruskanlah usaha-usaha yang baik.

Kami semua mungkin tidak mampu menjadi seperti anda yang berada secara langung dalam arena politik kerana jawatan dan kepimpinan bukannya warisan turun temurun tapi percayalah darah yang mengalir di dalam tubuh al-marhum ada dalam diri kami, dan secebis kata baba, kebaikan dan dakwah boleh dilakukan dalam setiap perkara.

Tidak terhad kepada politik sahaja, tapi akedemik, kekeluargaan dan apa jua yang bidang yang diceburi.Buat yang terbaik dan yang termampu. Sudah pastinya kami bersama anda semua, insya-Allah, dan pesanan itu yang dipegang sehingga kini.

Terima kasih kepada En Rashidi yang meminta dituliskan sesuatu pada hari ini untuk disiarkan di Harakah.Dan kepada Dato' Kamarudin Jaafar dan Pimpinan PAS yang lain, serta sabahat baik baba, Pak Cik Ismail Mina, sekalung penghargaan dan terima kasih kerana sudi untuk menganjurkan Majlis Tahlil beliau walau tarikh terpaksa dienjak sedikit.

Dan ucapan terima kasih khusus mewakili mama saya yang kini berada di Mesir dan kami sekeluarga untuk Pak Cik Latif, bekas peneman Al-Marhum yang ditugaskan membawa kereta baba ketika hayatnya, yang hingga kini tidak pernah lupakan kami semua dan tidak pernah berhenti bertanya khabar kepada kami. Itu sudah cukup membahagiakan kami.

Dan kami mengucapkan terima kasih di atas doa dan ingatan semua anda di luar sana , para pencinta Islam, para penyokong, para sabahat dan sesiapa sahaja terhadap beliau. Tidak terbalas jasa anda semua terhadap semua ingatan itu. Permohonan maaf jua dihulurkan sekiranya ada kesalahan yang dilakukan ketika hayatnya.

Dan kepada baba, biar bertahun lagi hidup kami di dunia ini, dirimu tak pernah kami lupakan dan setiap detik, baba ada di dalam jiwa kami dan pasti kami berdoa kita dapat berkumpul bersama seperti dahulu untuk berjumpa Allah di akhirat sana.Al-FATIHAH.

* Muna Izzah Fadzil adalah anak perempuan almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. _

Read more...

SAIYYIDAH FATIMAH BINTI SAYYIDINA HUSAIN RA

Diriwayatkan oleh Muslim, At Tirmizi dan An Nasaie daripada Zaid bin Arqam bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda " Aku ingatkan kamu kepada Allah supaya mencintai ahli keluargaku "





Saiyyidah Fatimah binti Sayyidina Husain RA


Saiyyidah Fatimah binti Sayyidina Husain RA dilahirkan pada 40 Hijriah di Madinah Al Munawarah adalah saudara kepada Sayyidah Sukainah An Nabawiyah. Ibunya adalah Ummu Isshaq At Taimiyah binti Thalhah bin Abdullah ( menurut penyelidikan Al Baghdadi )

Dialah orang yang sangap mirip dengan neneknya, Saiyyidah Fatimah Az-Zahra. Seorang yang fasih, pujangga, pemurah dan selalu beribadat. Anak-anak yatim yang kehilangan orang tua mreeka di dalam petermpuran Karbala atau sebaliknya , semuanya akan berkumpul kepadanya untuk mendapatkan kasih sayang daripada cicit Rasullulah s.a.w ini.

Para sejarawan mengatakan bahawa anak-anak yatim yang perempuan mengikut serta Saiyyidah Fatimah ketika berhijrah ke Mesir dan oleh kerana itulah beliau degelar Ummul Yatama iaitu ibu anak-anak yatim.

Saiyyidah Fatimah telah meriwayatkan beberapa hadith dari kakaknya daripada ayahnya, Saidini Husain RA dan makciknya Saiyyidah Zainab binti Ali dan juga daripada Abdullah bin Abas, Bilal bin Rabah dan lainnya sedangkan yang meriwayatkan darinya sendiri ialah anak-anaknya.

Sayyidah Fatimah binti Sayyidina Husain RA wafat pada 11o Hijriah dan di makamkan di kaki bukit Muqatam di Mesir ( dari penyelidikan Syeikhul Islam Al Ahjuri dan dikuatkan lagi oleh Khuthuth Syihab Al Auhadi. Makamnya pernah diperbaiki sekolompok orang dan diantara yang terakhir membaikinya adalah Abbas Helmi II dan Abdul Rahman Katakhda.


credit : Buku Menjejaki Maqam Ahli Bait Rasullulah di Mesir m/s 150-151

Read more...

Sejarah Parti Islam

Read more...

100 Tahun Hassan AL- Banna

MEMPERINGATI 100 TAHUN PERJUANGAN AS-SYAHID HASSAN AL - BANNA

ZAINAB AL - GHAZALI

Dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917, berketurunan Umar Al-Khattab dan Hasan bin Ali bin Abi Talib. Anak kepada seorang ulama' lulusan Al-Azhar. Pada permulaan beliau merupakan peuang aktivis Islam dan aktif di dalam pergerakan feminis dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir ( Egyptian Feminist Union ) yang diasaskan oleh Huda As-Syarawi pada tahun 1923. Pada tahun 1936 di usia 18 tahun, beliau menubuhkan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hall ehwal dan aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam.


Pada permulaan penubuhan Ikwanul Muslimin oleh As-Syahid Hasan Al-Banna, as syahid meminta beliau mengetuai bahagian wanita di dalam ikhwan namun beliau menolak tawaran tetapi menyatakan kerjasama . Namun setelah ikwan diharamkan pada 1948, Zainab Al-Ghazali telah berbaiah kepada As-Syahid Hasan Al-Bana untuk bersama memperjuangkan daulah Islamiyah. Malangnya pada As-Syahid Hasan Al-Bana telah gugur syahid dan kesedihan hati Zainab tercoret di dalam bukunya Hari-hari dalam Hidupku, beliau kemudian menyambung perjuangan Hasan Al Banaa di mana diganti oleh Hasan Al-Hudaibi. Walaupun ikhwan bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naseer sekitar tahun 150-1960 an.

Dalam temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, beliau berkata :

" Islam telah menydiakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya kebebasan, hak ekonomi,politik,sosial,hak awam dan juga persendirian. Islam memberikan hak wanita di dalam keluarga leibh daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga pagan tetapi di dalam Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam memberikan mereka semua hak-hak mereka. "

Zainbal Al-Ghazali menyakini tanggungjawab agama dan sosial apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Di dalam buku ' Hari-hari Dalam Hidupku - Ayyam min hayati , diceritakan bagaimana suami beliau yang kedua membenar dan menyokong perjuangan belaiu walaupun berasa bimbang. Beliau menekankan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami,keluarga dan anak-anak walaupun beliau merupakan sayap kanan kepada perjuangan ikhwan. Beliau amat kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong oleh mereka pada mulanya namun dikhianati oleh Jamal Abdul Naseer. Beliau menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naseer adalah musuh kepada Islam. Setelah begitu ramai pemimpin dan penyokong ikhawnul muslimin di tangkap dan dihukum mati, beliau mendahului pergerakan menolong isteri,janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh.

Pada tahun 1960 beliau dipenjarakan oleh rejim Jamal Abdul Naseer dan diseksa di dalam penjara diantaranya ialah beliau di rendam di dalam air kotor hingga paras dada , dirotan bertubi-tubi, di lepaskan anjing-anjing liar ke dalam penjara beliau, di letakkan bara api di bawah kakinya dan hampir-hampir di rogol oleh pengawai penjara namun dengan kehendak Allah lelaki yang ingin merogolnya mati setelah digigit beliau. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung secara rahsia dengan Sayyid Qutb melalui dua orag adik Sayyid Qutb dan menerima penulisan beliau tentang perjuangan Islam, tafsir dan hadis. beliau juga menerima buku Sayyid Qutb yang berjudul Ma'lim Fit-Tariq - Petunjuk Sepanjang Jalan ketika di dalam penjara.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan gerak kerja secara rahsia mereka, ikhwan diserbu pada tahun 1965, ikhwan dan akhawat semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Pada masa ini jemaah wanita ikhwan dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama yang lainya pada tahun 1966, dab oada tahun 1971 beliau dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Naseer dan diganti oleh Anwar Sadat. Dan beliau terus sahaja menerukan perjuangan untuk menegakkan daulah Islamiyah di bumi Mesir.

Zainba Al - Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 3 Ogos 2005 , ketika berumur 88 tahun. Beliau menghabiskan umurnya dengan memperjuangkan agama Allah dan menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang muslimin dan muslimat kini. Beliau juga menjadi bukti bahawa islam membina pejuang-pejuang wanita di jalanNya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada belau. ameen.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO