Related Posts with Thumbnails

Hasil Tangan Conan

HASIL TANGAN CONAN

Tulisan saya bertajuk ‘PERSOALAN-PERSOALAN OLEH NON-MUSLIM’ yang boleh didapati di
http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=17742
ataupun di tempat asalnya
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org
/modules.php?name=News&file=article&sid=196&mode=&order=0&thold=0

telah mendapat perhatian seorang sahabat di
Forum BICARA SUFI iaitu Tuan Conan Qursany. Beliau menggubah semula dengan kreatif sebahagian daripada tulisan saya itu dan dipersembahkannya di YOUTUBE
http://www.youtube.com/watch?v=QP9vxcvCsME

Syabas untuk Conan Qursany.

Saya sendiri sepatutnya memberi kredit kepada Ustaz Nizam Potong Pinang, Dr. Danial dan pelbagai penulis buku yang pernah saya baca serta teman bertukar-tukar fikiran(sudah lupa nama-nama mereka). Perkongsian ilmu mereka suatu ketika dahululah yang membolehkan saya menulis artikel tersebut. Terima kasih kepada mereka semua.

Nampaknya ada orang-orang bukan Islam yang marah dengan hasil kerja Tuan Conan itu. Biasalah, ujian dalam dakwah. Orang-orang jahil akan menolak kebenaran. Para pembaca boleh menilai komen-komen mereka. Satu kesimpulan- kita jelas anti khinzir tetapi mereka jelas anti-Islam.

‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’

Read more...

Midnight - Dawud Whansby Ali

Read more...

Tauhid Rububiyah ! Tauhid Uluhiyah ??

"Ustaz pernah marah aku sebab tak tahu maksud tauhid rububiyah dengan tauhid uluhiyah..aku memang tak tahu..." masih terngiang-ngiang lagi kata-kata ini 5 tahun yang lalu di kantin sekolah kami. Masing-masing kami sibuk menghafaz maksud tauhid uluhiya dan rububiyah. Kalau tidak habislah kami..masing-masing mengosok kepala berkali-kali, terbayang apa yang bakal terjadi jika tidak dapat menghafaz.

Buku pendidikan Islam yang tebal dan bewarna hijau itu akan singgah di kepala masing-masing. Ngeri! tak dapat di bayangkan...sahabat aku A membisikan kepada aku dan teman di hadapan kami. Katanya lagi..pelik pulak ustaz Z ni..sifat 20 tak diajar pun . Sahabat aku yang kecil moleh ku gelar Siti berkata alah nanti ustaz kata Allah mana boleh ada sifat mcm kita ni..!! Isk..peliknya...ustaz ke pelik kita ke pelik..kami ketawa terbahak-bahak .

Tauhid Rububiyah tu apa ? aku bertanya, selalunya buku Pendidikan Islam yang tebal itu pasti akan singgah di kepala aku, terasa peritnya walaupun acap kali aku memakai anak tudung yang agak tebal setiap kali membelek jadual waktu sekolah. ' Ustaz kata Tauhid Rububiyah tu tauhid orang yang menyukutukan Allah " sahabat ku si A menjawa. Satu persatu ayat-ayat dari mulut ustaz di hafaznya. Dia memang hebat di dalam menghafaz, kami kagum. Siti menyapa " Uluhiyah tu apa ahh ?

Si A terus memberi jawapan sambil memejam kedua matanya menandakan saraf-saraf di dalam kepala otaknya sedang aktif menjalan tugas " Ha..ustaz kata tauhid uluhiyah tu tauhid yang betul-betul tauhid . Macam kita ni yang tauhid kita sembah Allah , tidak menyekutukan Allah " Kalau orang kafir percaya tuhan pun di kira tauhid ke ? Siti mencelah. Aku terngaga! Si A berkata " Ntah lah Ustaz tak ajar pun, dia tak suruh pulak hafaz ! "

Siti menggaru kepalanya yang selalu gatal " itu bukan tauhid tu, itu syirik !! dia berbisik.hahaha kami tergelak besar.

Bersambung .........

*** sahabatku si A sedang bekerja di Penang dan Siti di Johor. Rindukan kalian.!!

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO