HIDAYAH
Alhamdulilah hari ni ada new sister converted to Islam, saya ada bersama-sama menjadi saksi langkah permulaan buat dirinya untuk mengenal Allah. Sepanjang saya bersama-sama sahabat di ruangan Yahoo Messenger sejak bertahun-tahun yang lalu sehingga membentuk satu kumpulan sahabat-sahabat yang memperjuangkan agama Allah melalui teknologi ke pelusuk dunia. Ramai di kalangan sahabat-sahabat ini merupkan saudara baru di mana keindahan dan kelogikan (tatabahasa salah) Al-Quran Kitabuallah telah membuka mata, hati dan minda mereka untuk menerima Islam dalam keadaan suasana dunia yang penuh dengan kebencian kepada Islam. Alhamdulillah hidayah Allah itu di mana-mana cuma diri kita yang menolaknya(ni lagu nasheed lama..tak ingat penyanyinya)..saya amat berbangga dan rasa rendah diri dengan effort ingin belajar di kalangan sahabat-sahabat baru ni. Tetapi betullah untuk mencari hidayah itu perlukan usaha, beribadah dan disertai keimanan di dalam hati( kalau cakap kosong di mulut shj. tak berguna), Allah itu dekat sangat dengan kita, cuma kelekaan dan kelalain dengan perkara-perkara dunia membuatkan kita lupa bahawa Allah itu sangat dekat dengan kita.
Sesiapa yang telah ditunjukkan Allah hidayah kepadanya perlulah berusaha bersungguh-sungguh memelihara hidayah itu supaya tidak goyah dan hilang begitu sahaja. Bagaimana hendak menjaga hidayah itu?? Imam Al- Ghazali berkata tinggal lah kamu berasama-sama dengan sahabat-sahabat yang sentiasa mendekat diri kepada Allah bukan kawan-kawan yang jauh dari Allah...ini salah satu dari cara-cara menjaga hidayah dan ada lagi perkara-perkara yang perlu utk menajaga hidayah dari petunjuk alim ulama' dan saliful soleh dari kitab-kitab karangan mereka.
Mencari hidayah ini banyak diterangkan di dalam Al - Quran seperti perjalanan Nabi Ibrahim a.s mencari tuhannya. Seperti firman Allah di dalam surah An-An'am
“ Ketika malam telah menjadi gelap, manusia yang mencari-cari ternampak bintang lalu ia pun berkata, inilah Tuhanku. Apabila bintang itu padam dan hilang tenggelam, ia mengatakan aku tidak suka Tuhan yang hilang. Bila dilihatnya bulan mengambang ia pun berkata, itulah Tuhanku.“Setelah bulan jatuh ia pun berkata, sesungguhnya jika Tuhan tidak memberikan petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk ke dalam orang-orang yang tersesat dan apabila dia melihat matahari terbit, maka ia berkata, inilah Tuhanku yang lebih besar dan apabila matahari terbenam dia berkata sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang mahu mempersekutukan.”
Peliharalah hidayah itu dengan sebaik-baiknya, alangkah ruginya kita jika sudah menerima hidayah Allah tetapi mempersia-siakan hidayah itu.
Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut, sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran kepada orang-orang yang mengetahui.” (Ayat 97, surah al- An'am