Related Posts with Thumbnails

Aduh ! GOUT


" Orang dah cakap jangan makan ikan bilis, makan juga....dah sakit-sakit macam ni kan susah!" ngomel Kak Long sungguh-sungguh marah.


" Alah..ingatkan takpe. Lagipun dah lama tak makan " saya tersenyum melihat aksinya. Tapi mungkin dia menyampah melihat senyuman manis seorang pesakit gout yang degil seperti saya.



Apa Itu Gout ?

Penyakit Gout adalah salah satu penyakit atritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Ianya amat menyakitkan dan amat kerap berlaku di bahagian sendi kaki dan ibu jari kaki. Menurut mitos lama masyarakat Latin, Gout ini terhasil dari titisan asid yang mengerikan yang berlaku di bahagian sendi tubuh hinggakan istilah Gout ini terhasil dari bahasa latin iaitu ' Gutta ' yang bermaksud titisan.

Simptom / Gejala

Pesakit Gout menghadapi masalah penyingkiran asid urik dari tubuh badan dan menyebabkan ianya terkumpul di bahagian sendi tubuh. Gambaran tentang gout ini ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, tidak dapat bergerak iaitu kekakuan pada sendi. Ada beberapa simptom lain yang berlaku bagi sesetengah pesakit gout dan tidak semua pesakit ini mengalami simptom yang sama. Menurut kajian juga Gout merupakan salah satu penyakit daripada keturunan.


75 peratus serangan pertama Gout berlaku di bahagian ibu jari kaki dan ada juga serangan yang berlaku di bahagian sendi lain seperti tumit, siku, jari tangan, lutut dan bahagian-bahagian sendi yang lain termasuk tulang belakang. Serangan Gout ini berlaku melalui beberapa peringkat iaitu;

1. Asimtomatik
Iaitu serangan yang tidak teruk dan sembuh dengan cepat

2. Akut
kesakitan berlangsung selama beberapa hari

3. Interkritikal
Serangan berlaku secara lebih kerap dan amat sakit

4. Kronik
Serangan berlaku secara kerap dan menyerang semua sendi badan sehingga berlaku gangguan di bahagian ginjal.

Rawatan Dan Pencegahan

Ubat-ubatan berbentuk ' drug ' intometasin dan NSAID boleh diberikan kepada pesakit Gout tetapi ubatan ini hanya dapat menahan kesakitan selama 12 jam. Pengambilan spirin amat dilarang kerana ianya akan menambah lagi kesan kesakitan dan kesan sampingan yang lain.


Pencegahan boleh dilakukan dengan mengamalkan diet dengan melebihkan pengambilan peneutral purina seperti buah-buahan segar khususnya buah ceri dan strawberry serta sayuran seperti asparagus dan cendawan. Mengurangkan pengambilan daging, ikan bilis, makanan laut dan susu berlemak oleh pesakit dapat mencegah serangan gout. Tetapi kesan-kesan pengambilan ini bergantung juga kepada penerimaan pesakit tersebut kerana tidak semua pesakit mengalami alahan yang sama.


Rujukan ;

Health Topic for Gout Issues
Gout - Wikipedia

Read more...

Demam Sulumits Retsambew


Mungkin sesetengah pengguna internet masih mencari-cari siapa dan apa itu Sulumits Retsambew. Saya juga begitu pada mulanya, namun selepas sembang santai dengan seorang teman dari tanah seberang yang saya rasa terlalu obses dengan sulumits retsambew ini, barulah saya memahami manusia ini selalu terbuai dengan sesuatu yang tidak pasti. Mudahnya sesuatu itu tampak ada tetapi sebenarnya tiada, bagai fatamorgana layaknya. Setiap orang jatuh cinta kepada sulumits retsambew ini. Handsome ? Baik hati ? Kaya ? Cantik ? .......................


SULUMITS RETSAMBEW



Nah...sekarang satu dunia internet mengalami demam Sulumits Retsambew ini. Tahniah kepada Net Builders kerana berjaya membawa influenza baru pada tahun 2009 ini selepas UseNet dan SEOlogs berjaya menyebarkan
Schnitzelmitkartoffelsalat dan redscowl bluesingsky kira-kira 4 tahun yang lalu. Saya tidak menyatakan mereka salah, tetapi SEO Contest ini banyak menghasilkan terlalu banyak link spam yang melambatkan lagi usaha pencarian di search engine demi memasarkan jenama mereka. Anggaplah saya salah, tetapi saya yakin anda tetap bahagia tanpa Sulumits Retsambew (cuba eja secara terbalik :) )



Read more...

Kerja Nan Indah



" Letih sungguh hari ni. Kerja macam biasa je, tak lah banyak sangat, tapi letih semacam je. " saya luahkan segara rasa hati saya kepada seorang sahabat hari ini. Letih kadang-kadang bukanlah disebabkan kerja saya, kerana ianya rutin harian, saya tidak menganggap kerja sebagai punca keletihan yang melampau yang dirasai sejak dua hari ini.

Kerja Sebagai Ibadah

Kerja bukanlah satu bebanan jika ianya sesuatu perkara rutin yang kita sukai. Mungkin ada sesetengah kerja cuma dianggap sebagai punca rezeki bagi menampung keperluan diri, anak-anak dan keluarga. Jika kerja yang dijalankan ini dipandang sebagai lubuk mencari duit semata-mata maka tugas yang dilakukan seharian akan cepat dianggap sebagai bebanan, membosanakan dan akhirnya tugas-tugas ini dilakukan secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh hanya seperti melepaskan batuk di tangga.

Jika kerja dianggap sebagai salah satu ibadah, maka kerja yang dilakukan secara rutin ini akan menjadi lebih mudah. Meyakinkan diri melaksanakan sesuatu perkara sebagai ibadah bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilakukan walhal Allah s.w.t dengan jelas menyatakan setiap penciptaan makhluk ini adalah ditugaskan untuk beribadah seperti terdapat di dalam Surah Az-Zuriat ayat 56

" Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku "

Maksud ibadah di sini bukanlah semata-mata melaksanakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan haji . Ibadah itu tersendiri terbahagi kepada ibadah yang asas dan umum. Umum di sini bermaksud segala perkara yang dilakukan di dalam kehidupan dengan niat kerana Allh s.w.t maka ianya dianggap satu ibadah. Sesuatu kerja hanya dianggap sebagai ibadah jika ciri-ciri ibadah dapat dicapai, antaranya kerja yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah, melakukan kerja yang halal, dilaksanakan dengan cara yang betul serta memanfaat tanpa mengabaikan ibadah khusus seperti solat dan sebagainya.

Hormon Pengaruh Emosi

Keletihan dan tension bukanlah berkait rapat dengan permasalah ibadah di dalam kerja. Jika seseorang mengalami stress dan letih bukanlah bermaksud kerjanya tidak selari dengan konsep ibadah. Kita cuba melihat perkara ini dari konteks sains dan emosi kerana Islam itu tidak pernah terpisah dari sains. Menurut Dicitionary of Psychology terbitan 1973, emosi akan terhasil daripada individu yang berbeza walaupun dari kerja yang sama. Emosi juga wujud secara subjektif dan biologikal diri. Di sini emosi boleh sahaja berlaku melalui tindakbalas badan terhadap sesuatu pekerjaan.

Hormon juga memainkan peran penting di dalam tindakbalas emosi manusia, hormon kartisol yagn berlebihan sebagai contohnya akan menyebabkan kekurangan penghasilan hemoglobin di dalam badan sehingga berlaku kekurangan oksigen dan seterusnya menyebabkan fungsi otak dan badan menjadi lemah.


Dudipatsar

Keindahan Sebagai Penawar Stress


Terdapat pelbagai kajian dan pandangan mengenai kaedah mengawal emosi dan mengurangkan stress ini. Ibadah khusus menjadi aspek terpenting di dalam mengawal emosi diri, seperti melaksanakan solat tahajjud, berzikir dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t merupakan terapi yang amat berkesan dalam mengekalkan emosi positif. Menurut Dr. Danial Zainal Abidin di dalam bukunya Terapi Solat Tahajjud; Mukjizat Penyembuh Penyakit, solat tahajjud dapat menurunkan hormon kartisol dan meningkatkan sistem pertahanan badan. Antara lain kaedah yang berkesan dalam mengawal emosi dan mengurangkan stress ialah memandang sesuatu yang menenangkan fikiran dan jiwa.

Pemandangan hijauan pepohon, gunung-gunung, lautan, langit dan matahari terbenam merupakan salah satu keadah yang berkesan di dalam mengurangkan masalah stress. Allah s.w.t itu sendiri bersifat jamal iaitu indah dan Allah sendiri menyukai akan keindahan, maka dengan melihat sesuatu yang indah secara langsung memuji sifat Yang Maha Pencipta dan Maha Indah yang secara langsung merupakan zikir yang dapat menenangkan jiwa dan emosi seperti firman Allah s.w.t

"Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera di laut yang membawa apa yang berguna kepada manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah mati ( kering ) dan Dia sebarkan di bumi segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, Sungguh terdapat tanda kebesaran Allah bagi kaum yang memikir "Al-Baqarah ayat 164

Saya cuba membayangkan diri berada di padang Dudipatsar menghadap Tasik Dalal di Selatan Kashmir kemudian mengemudi perahu menyusuri sungai Oshiri di Nikko, Jepun sambil mendengar aluan zikir air terjun Kegon. Ahhh....alangkah indah dan tenangnya jiwa dengan keindahan alam ciptaanNya.

Read more...

Sedikit Tentang Protokol Zionis

Bilakah protokol-protokol ini diwujudkan? Tidak ada maklumat yang jelas. Namun ia nampak berkaitan dengan Muktamar Bale 1897 di Switzerland. Dalam muktamar tersebut, para pemuka Yahudi membincangkan cara-cara untuk menzalimi umat-umat selain Yahudi. Protokol-protokol ini disimpan secara rahsia.

Suatu hari, berlaku pertemuan rahsia antara seorang wanita Kristian dari Peranchis dengan seorang pemimpin besar Zionis di Paris. Secara tidak sengaja wanita itu telah melihat sebahagian daripada isi kandungan protokol lalu dicurinya sebahagian. Kejadian ini berlaku pada tahun 1901.

Wanita Peranchis ini khuatir akan keselamatan dirinya lalu menyerahkannya kepada seorang Ketua Perisik Rusia. Perisik ini pula menyerahkannya kepada Professor Sergay Niloss. Setahun kemudian si professor menyiarkan isi protokol itu dalam bahasa Rusia.

Sebaik-baik sahaja ia disiarkan, serta-merta penganjur Muktamar Bale iaitu Teodor Herzl mengisytiharkan kehilangannya. Penyebaran bahan-bahan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kaum Yahudi.

Orang-orang Yahudi marah dengan kejadian ini tetapi menafikan kaitan mereka dengan dokumen-dokumen itu. Menurut mereka, ada pihak yang sengaja memfitnah kaum Yahudi. Malangnya usaha mereka tidak berhasil kerana apa yang sedang berlaku di dunia memang sepadan dengan isi kandungannnya. Mustahil semua itu satu kebetulan saja.

Setiap kali buku tentang protokol ini diterbitkan, dengan begitu pantas pula ia hilang dari pasaran. Dipercayai kaum Yahudi mengumpulkan buku-buku ini secara rahsia lalu menghilangkannya dari pasaran. Ia pernah diterbitkan pada tahun 1905, 1911 dan 1917 tetapi hilang dari pasaran dengan cara yang ajaib.

Protokol-protokol yang sampai ke tangan kita berjumlah 24 protokol. Secara keseluruhannya ia bermatlamatkan penguasaan bangsa Yahudi ke atas seluruh dunia.

Antara isi terpenting Protokol 1:

Sebaik-baik cara untuk menguasai dunia ialah dengan merampas kekuasaan dan ancaman, bukan dengan perundingan ilmiah.

Isi penting Protokol 2:

Sebenarnya kejayaan Darwin, Marx dan Nietche sudah lama kira merancangnya...

Media akhbar adalah satu-satunya kekuatan besar yang membolehkan kita menguasai manusia.

Kini persuratkhabaran telah berada dalam tangan kita, dan melaluinya kita telah mendapat pengaruh, emas bertimbun tanpa kita memperlihatkan (muslihat ini) kepada umum.

Isi penting Protokol 8:

...menganjurkan agar jawatan-jawatan terpenting diserahkan kepada orang-orang yang mempunyai rekod yang tidak baik serta rosak akhlaknya...

(macam biasa kulihat di sekelilingku pula Very Happy )

Kita akan memilih presiden (pemimpin-pemimpin negara) antara orang yang bijak pandai, yang kita bentuk (asuh) ataupun dari konco-konco kita.

Isi penting Protokol 12:

Kita akan cuba melalaikan orang ramai dengan pelbagai corak hiburan dan permainan-permainan (sukan terutamanya) bagi memenuhi masa lapang mereka...

...kita akan menjemput orang ramai supaya menyertai pelbagai perlumbaan (pertandingan) dalam segala lapangan seperti kesenian, sukan dan sebagainya.

Isi penting Protokol 16:

Kita akan mengubah semua universiti lalu membangunkannya semula mengikut rancangan-rancangan kita yang khusus...

Isi penting Protokol 17:

Kita akan cuba mencacatkan kehormatan ahli-ahli agama kaum asing (selain Yahudi) supaya kita berjaya menimpakan keburukan ke atas perutusannya, dan masanya tidak lama lagi, hanya beberapa tahun sahaja agama Kristian akan merosot ke peringkat yang paling rendah....

...dan Raja Israel akan menjadi "Pope" kepada dunia.

Isi penting Protokol 19:

... semua pemberontakan (penentangan) terhadap kita hendaklah diumpamakan seperti gonggongan anjing terhadap gajah. ...hendaklah gajah (Yahudi) menunjukkan kekuasaannya dengan satu cara yang boleh membinasakan supaya anjing-anjing itu berhenti daripada menggonggong...


Kepercayaan tentang Protokol ini ada 3 lapis.

LAPIS 1: Ia memang dihasilkan oleh tangan-tangan Yahudi.

LAPIS 2: Ia dihasilkan oleh pihak-pihak tertentu di Rusia untuk kenakan kaum Yahudi.

LAPIS 3: Ia dihasilkan oleh tangan-tangan Yahudi yang memang mahukan protokol ini disangkakan umum sebagai "satu usaha pihak di Rusia untuk kenakan kaum Yahudi".

Lain orang lain penilaiannya. Terpulang anda untuk memilih yang mana satu. Dan... mungkin juga ada yang keempat!

Wallahualam.


Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"

http://alexanderwathern.blogspot.com/2009/06/sedikit-tentang-protokol-zionis.html

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO