Ke Majlis Perkahwinan Az Abrar
Kami Az (Abu Zulfiqar) Amsyari, Ummu Musfirah, Muhammad Zulfiqar Amsyari dan Saiyidah Musfirah mengucapkan Selamat Pengantin Baharu. Semoga berbahagia ke anak cucu. Terima kasih atas undangannya. Read more...
TERFANA
Terfana diriku
di dalam cahaya-Mu
Terkelu lidahku
menyaksikan
Di dalam zikirku
terubat rasa rindu
Munajatku
kerana-Mu
Allah Maha Kaya
Sebenar Penguasa
Engkau yang kucinta
Yang kudamba
Ilmu yaqin mula
Ainul yaqin kedua
Haqqul yaqin
Kemuncaknya
Binasakan mazmumah
Isikan mahmudah
Tajalli kan datang
Asyiknya
Af'al, Asma' dan Sifat
beserta ZatNya
aku tauhidkan
Ilahku
Lagu : Abu Zulfiqar Amsyari
Lirik : Abu Zulfiqar Amsyari
* Lagu ini berunsur kesufian.
* Rakaman suara dibuat sekali harung sahaja.
AWAL BAQARAH
Kata-kata indah ini tidak ada keraguan padanya
Ia menjadi pedoman bagi orang-orang yang bertaqwa
Orang beriman penuh hal ghaib di mata
Yang mendirikan solat sempurna - tiang agama
Mereka yang menginfakkan sebahagian rezeki mereka
Beriman dengan Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad)
Penuh percaya kitab semua yang terdahulu
Yang meyakini hari akhirat - alam di sana.
(chorus)
Yang beroleh hidayah - hidayah Tuhannya.
Merekalah orang yang berjaya.
Lagu : Abu Zulfiqar Amsyari @ Alexanderwathern
Lirik : Abu Zulfiqar Amsyari @ Alexanderwathern
2010
Lagu ini ialah lagu ciptaan saya yang ke-3 dimuatnaik ke internet selepas lagu "Munajatku" dan "Muallij". Lagu ini menceritakan maksud 5 ayat awal surah Al-Baqarah (Alif laam miim) iaitu:
1. Alif laam miim.
2. Kitab (kata-kata Allah) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk (pedoman) bagi mereka yang bertaqwa.
3. (Iaitu) mereka yang beriman kepada (hal-hal) yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelummu.
5. Merekalah yang mendapat petunjuk (hidayah) dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
MUALLIJ
Pilihanmu sendiri, berjuang di jalan-Nya
Walau sering diuji, engkau tetap perkasa
Jin dan manusia, syaitan berbangsa
Membisik, menghasut, merasuk hamba-Nya
Senjatamu ikhlas hati dan doa
Amalan harian dijaga
Pemuja pengamal sihir berdosa
Sihirannya tiada daya
Menang, kalah dan seri, Tuhan yang menentukan
Hidup ataupun mati, Dia yang mengaturkan
Ada ketika fitnah melanda
Yakinlah kepada Tuhan Yang Maha Esa
Lagu : Abu Zulfiqar @ Alexanderwathern
Lirik : Abu Zulfiqar @ Alexanderwathern
2010
©Template by Dicas Blogger.