Related Posts with Thumbnails

Salam Eidul Fitri 1430 Hijrah

assalamualaikum wr wb .


Saya, az_abrar mengucapkan salam eidul fitri kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan, sahabat- sahabat Nisa' Gombak, Kak Ita, Aisha , Kak Husna dan semua sahabat-sahabat yang tak termampu di tuliskan nama yang ramai di sini :), rakan taulan yang dicintai, pengunjung blog ini dan muslimin muslimat . Maafkan segala khilaf, terlanjur bahasa, tersilap bicara. Moga syawal menyempurnakan ramadhan kita. Saya menasihati mengingatkan diri sendiri dan semua agar dapat kita menyempurnakan sunnah nabi dengan berpuasa 6 hari di bulan syawal ini dan melangkah dengan pantas dengan segera melengkapkan puasa yang wajib diganti . Tiada yang lebih indah dan bermakna bagi setiap diri kita dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Ukhuwah fillah untuk semua di Syawal yang mulia :)



I am az_abrar wishing all of you a happy eidul fitri . Hope everyone had a wonderful eid with their families and i know everyone had a great time. Thanks a lot for my sisters especially Sis Eman in Sana'a ( wishing you good luck in Kent, cows and all stuff will affect u a lot , hehe ) sis Maryam in North Carolina, Sis Maria in New York , beauty Nicole in Dallas, Aimi in Ireland ( bila mau balik Malaysia ) Lorna in Manila ( long time we didnt talk in Friendster :) ) for all of your emails and sms wishes eid. Keep in touch whenever you are :) Happy Eid, Happy Eid, Happy Eid for muslims around the world.


Read more...

Tips Mencintai Allah & Rasul 1


Mengimani dua kalimah syahadah ialah perkara paling pokok dalam agama Islam. Ia berada pada senarai teratas dalam Rukun Islam dan menjadi kepala kepada segala amal kita. Kita boleh memanfaatkan dua kalimah ini untuk menghadirkan, memperbaharui dan mengistiqamahkan rasa kecintaan dan rindu dendam kepada Allah dan rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad saw yang sangat kita kasihi.

Seawal-awal terjaga dari tidur pada waktu pagi, biasanya fikiran kita akan sedar terlebih dahulu. Kita sudah mula berfikir sebelum anggota-anggota badan lain bergerak. Kemudian barulah diikuti dengan gerak tubuh badan seperti pergerakan kepala, tangan, bukaan mata, keluhan suara ataupun yang lain-lain.

Oleh itu, sebaik-baik saja minda kita terjaga, kita latih minda kita supaya terbiasa untuk menyebut (dan sebaik-baiknya memahami) “Laa Ilahaillallaah, Muhammadur Rasulullah” (boleh saja jika mahu ditambah perkataan “Asyhadu...”). Jadikan ia perkara pertama yang disebut atau difikirkan oleh minda kita pada hari itu, setiap hari. Selepa situ barulah kita berfikir tentang perkara-perkara lain.

Sekiranya belum mampu untuk berbuat demikian, kita boleh lewatkan ia sedikit. Sebaik-baik saja kita tersedar yang kita belum mengucapkan dua kalimah syahadah di hati, ketika itu ucapkanlah walaupun kita sudah berfikir tentang hal-hal lain sebelumnya.

Antara berfikir dan bersuara, kemampuan berfikir bangun lebih dahulu barulah dikuti dengan kemampuan bersuara. Sebaik-baik saja terjaga dari lena, kita belum boleh bersuara. Terasa berat dan lemahnya mulut untuk mengucapkan sesuatu. Sama juga, kita biasakan diri kita menyebut “Laa Ilahaillallaah, Muhammadur Rasulullah” sebagai sebutan pertama kita pada setiap kali kita memulakan hari baru.

Lama-kelamaan kita akan terbiasa menjadikan “Laa Ilahaillallaah, Muhammadur Rasulullah” sebagai perkara pertama yang kita fikir dan perkara pertama yang kita sebut pada setiap hari. Cubalah petua ini, kita akan berasa permulaan hidup kita pada setiap pagi lebih bermakna berbanding hari-hari yang lalu. Akan datang satu macam kepuasan yang begitu berlainan. Rasa rindu dan sayang kepada Allah dan Rasulullah akan bertambah subur di hati.



Read more...

Petikan Khutbah Aidil Fitri 1430

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa lillahilhamd.


Sidang jemaah yang dirahmati Allah sekelian,


Hari ini kita telah dikejutkan dengan berbagai-bagai bala bencana. Bencana alama seperti banjir, ribut taufan dan gempa bumi. Sebelum ini wabak selsema burung merebak ke seluruh dunia, kini wabak Influenza A- H1N1 pula. Doktor seluruh dunia bertungkus-lumus mengkaji dan mencipta vaksin untuk merawat penyakit ini. Sebenarnya kita tidak perlu terlalu panik dengan situasi ini kerana setiap bala bencana yang menimpa manusia adalah ujian Allah kepada manusia yang membuat dosa supaya kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud:


“Setiap manusia pasti akan Kami uji dengan ujian ketakutan, ujian kelaparan, kekurangan harta benda, jiwa dan hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar apabila ditimpa musibah, mereka berkata dari Allah dia datang dan kepada Allah dia kembali.”


Segala bentuk wabak yang didatangkan Allah kepada kita adalah merupakan sebab dan akibat, di mana sebab dan akibat itu semua adalah datangnya daripada Allah. Sebab dan akibat tidak memberi bekas.


Kenapa umat Islam hari ini terlalu takut dengan bala yang berbentuk hissiy, yakni bala yang berbentuk lahiriah iaitu bala yang nampak dengan mata sedangkan kalau kita redha dan sabar dalam menghadapinya, ia merupakan penghapusan dosa dan peningkatan darjat di sisi Allah. Penderitaan tidaklah hebat jika dibandingkan dengan azab Allah di akhirat kelak. Tetapi bala yang berbentuk lahiriah inilah yang menjadi keresahan setiap golongan sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata.


Manakala bala yang berbentuk maknawi tidak diambil kira. Bala maknawi sebenarnya ialah bala hilang iman, bala hilang rasa berTuhan, hilang rasa kehambaan di hati manusia, tiada rasa kasih sayang sesama manusia, meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak membayar zakat, tidak mengerjakan haji dan lain-lain ibadah. Bala ini menyebabkan kita berdosa. Dosa-dosa itu kalau tidak diampunkan Allah, akan menyebabkan kita dihumban ke neraka. Nauzubillah.


Hasil daripada kita melanggar perintah Allah yang berbentuk bala maknawi ini, maka Allah datangkan bala hissiy, iaitu bala yang berbentuk lahiriah supaya manusia yang engkar dan mungkir akan diseksa di dunia sebelum seksaan yang lebih berat di akhirat.


Mudah-mudahan dengan bala bencana yang menimpa manusia itu, mereka akan sedar supaya kembali bertaubat dan menyerah diri kepada Allah. Firman Allah dalam surah ar-Ruum ayat 41 yang bermaksud:


“Lahirlah kerosakan di daratan dan di lautan hasil usaha manusia, dengan Allah mendatangkan azab, supaya manusia kembali ke jalan yang benar.”

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa lillahilhamd.



* Pada saya, bahagian di atas ialah antara isi kandungan khutbah yang menarik. Ketika membacanya, bahagian ini saya 'tekankan' dengan harapan para pendengar pada hari itu dapat menghayatinya. Saya kongsikan di sini agar kita dapat manfaatnya bersama-sama. Wallahualam.


SELAMAT HARI LEBARAN 1430 H. Maaf zahir wa batin.

Read more...

Iktikaf di 10 Terakhir Ramadhan



Sayu rasanya hati mengenang begitu pantasnya Ramadhan 1430 Hijrah ini berlalu. Tergambar cebisan-cebisan amalan yang dilakukan sepajang 21 hari ramadhan berlalu, Mashallah terlalu sedikit, sungguh sedikit. Namun masih belum terlambat bagi kita semua menggunakan 10 terakhir ramadhan ini dengan menambah amalan dan beribadah kepada Allah dalam masa yang sama mencari kehebatan satu malam yang lebih baik dari 1000 malam iaitu malam Lailatu Qadar. Antara saranan dan qudwah nabi kepada umatnya di 10 malam terakhir ini dengan beriktikaf di dalam masjid seperti hadis dari Aisyah r.a yang bermaksud :

" Nabi s.a.w selalu beriktikaf pada 10 terakhir di bulan Ramadhan sehingga diwafatkannya oleh Allah kemudian diteruskan iktikaf ( sunnah nabi ) oleh para isterinya " Riwayat Bukhari dan Muslim

Iktikaf bermaksud Mendiami dan menetap diri di dalam masjid dari seseorang yang tertentu dengan cara-cara yang tertentu. ( Majmuk An-Nawawi )

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : " Adalah nabi selalu beriktikaf pada tiap-tiap malam 10 terakhir ramadhan dan pada tahun baginda diwafatkan, baginda beriktikaf 20 hari " Sohih Al-Bukhari.

Hukum Iktikaf

Para ulama muktabar bersepakat mengatakan Iktikaf 10 hari terakhir ramadhan adalah sunat muakkat ( dituntut ) kerana meneladani hadis-hadis nabi berkaitan dan menjejaki Lailatul Qadar manakalah Iktikaf nazar adalah wajid dan iktikaf di hari lain adalah istihbab sahaja. Iktikaf 10 terakhir ramadhan ini amat dituntut dengan mencari keredhaan Allah dan menghindari diri dari azab api neraka seperti hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Abas r.a dengan nabi bersabda

" Dan barangsiapa yang beriktikaf satu hari kerana menuntut redha Allah , nescaya Allah jadikan di antaranya dan diantara api neraka berjauhan tiga buah parit di mana jarak di antara tiap-tiap buah parit lebih jauh jarak di antara dua mata angin " At-Tabrani dan Hakim

Seperti juga Ramadhan sebagai bulan rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t di antara 11 bulan yang lain, ia juga sebagai bulan ujian bagi umat Islam. Iktikaf 10 hari terakhir ini juga merupakan ujian sepuluh hari dari 30 hari ramadhan dengan terdapat di dalamnya malam Lailatul Qadar dan merupakan tahap ujian tertinggi di kalangan mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan. Jadi, amat rugilah bagi sesiapa yang mengabaikan iktikaf ini seperti mana mereka yang mengabaikan bulan ramadhan itu sendiri. Selain sebagai ujian tahap tertinggi di bulan ramadhan, iktikaf juga mendidik umat dengan membina segala kekuatan untuk menempuh hidup mendatang dengan menghindar diri dari kesibukan dunia, anak dan isteri.



Antara rukun iktikaf ialah

1. Berdiam diri di dalam masjid sekurang-kurangnya sekadar tukma'ninah di dalam rukuk dan tidak keluar darinya atas sebab-sebab yang diharuskan syarak

2. Niat permulaan iktikaf dan pembaharuannya semula dengan niat
" Sahaja aku beriktikaf sepuluh akhir ramadhan kerana Allah s.w.t

3. Orang yang beriktikaf memenuhi syarat Islam, berakal, bersih dari haid dan nifas dan junub serta mendapat izin dari suaminya ( Al-Baihaqi )

4. Masjid tempat beriktikaf

Antara amalan yang dilakukan semasa iktikaf ialah

1. Solat sunat tahiyatul masjid / solat sunat wudhuk
2. Solat sunat hajat ( bertemu lailatu qadar )
3. Solat sunat tasbih
4. Solat sunat tahajud
5. Zikir
6. Tadarus Al-Quran
7. Doa

Tetapi secara umumnya nabi s.a.w melebihkan ibadah di kala iktikaf dengan seharian yang lain. Seperti hadis nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r. a bermaksud

" Adalah Rasulullah s.a.w pabila masuk 10 terakhir bulan ramadhan, bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah dengan meninggalkan tidur dengan isteri dan Rasullulah menghidupkan malam dengan membangunkan isteri-isteri supaya bangun beribadah bersama-samanya " ( Sahih Bukhari dan Muslim )

Di dalam kitab Al-Majmu' berkata " Adalah sangat baik bagi orang yang beriktikaf memenuhi masanya dengan amalan-amalan seperti solat tasbih, solat sunat yang lain, bertilawah, zikir, belajar dan mengajar serta membaca kitab-kitab agama "

Marilah bersama-sama kita mencekalkan diri dengan melaksanakan amalan iktikaf ini . Jika amalan Qiyamuallail merupakan aset terpenting dalam proses pentarbiyah roh kita maka Iktikaf juga menjadi satu amalan terpenting dalam menggapai Lailatul Qadar malahan lebih hebat dari Qiyamulail kerana iktikaf di bantu dengan Siyam ( puasa ) dan tadarus malahan ianya hanya di laksanakan pada 10 hari sahaja di dalam setahun. Pergantungan Qiyam dengan Iktikaf tidak dapat dipisahkan di mana Qiyam yang diamalkan sepajang tahun ini merupakan satu amalan yang disyariatkan ketika awal-awal Islam di Mekah dan Iktikaf menjadi tunjang Islam di Madinah. Subhanallah...hebatnya Iktikaf !

Sedar atau pun tidak amat sedikit sekali umat Islam terutama di bumi Malaysia ini yang mengambil kesempatan 10 hari terakhir ramadhan dengan beriktikaf tetapi dengan 10 terakhir ramadhan ini, kita mengambil peluang yang ada untuk membeli baju dan kuih raya. Teringat kata-kata Ibnu Syibab Az-Zuhri di dalam kitab Fathul Bari

" Hairan sekali keadaan orang-orang Islam! Mereka sanggup tidak beriktikaf di sepuluh hari terakhir Ramadhan sedangkan Nabi s.a.w tidak pernah meninggalkan iktikaf semenjak baginda datang ke Madinah sehingga Allah mengwafatkannya "


Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO