Related Posts with Thumbnails

Sembang-Sembang Baby

Alamak..baby ni seksilah...

" Meh sini nak tanya sikit kat ibu mengandung ni . Dah lama nak tanya tapi tak sempat" seorang cikgu senior di sekolah memangil Eka.


" Tanya apa kak ? kenapa ? " risau Eka takut-takut ada yang terasa hati dengannya.

" Nak tanya, dah berapa lama pregnant ni ? " kak Ros senyum.

"Ohh ingatkan nak tanya apa tadi..risau gak .hikhik ... " Eka ketawa manja. Sambil mengusap-usap perutnya yang belum tampak lagi berisi.

" Dah 2 bulan..."


" Ohh hmm masa ni proses nak tiupkan roh dah nak bermula..so akak nasihatkan Eka banyak berdoa supaya Allah meniupkan roh yang baik untuk anak ini. Kita selalu silap , bila anak dah lahir baru kita terhegeh-hegeh mencari jalan yang terbaik dalam mendidik anak padahal anak semasa proses kejadiannya di dalam rahim, kita tak berusaha mendidiknya. Bila keluar barulah nak didik. " Kak Ros memanjang nasihatnya. Pengalaman melahir dan mendidik anak seramai 6 orang mengiktirafkan kelayakan Kak Ros untuk menasihati Eka. Eka sedar anak-anak Kak Ros semuanya berjaya dan 5 orang daripadanya merupakan huffaz.

Beruntung sungguh Kak Ros. Fikir Eka.


" Akak..lagi tips-tips nye..tak sabar nak berguru dengan akak ni " Eka mencari-cari ruang lagi untuk berbicara dengan Kak Ros. Peluang ini tidak mahu dilepa
skannya. Perihal ibu mengandung dan didikan anak dalam kandungan ini merupakan ilmu baru kepadanya kerana dia mengandung anak pertama. Segalanya masih bermula dari kosong.

" Hmm Eka tahu tak anak dalam kandungan 8 minggu ini dah boleh ada deria rasa. Bila masuk 12 minggu, anak ini dah boleh menelan. Jadi mak-mak ni selalu manjakan diri sangat dengan makan makanan yang tak berkhasiat. Anak-anak ni juga yang dapat makanan tak berkhasiat ni. Dr. Mc Lehrer dalam bukunya ada cakap. Untuk memudahkan didikan anak lepas lahir dengan didik anak ni sejak dalam kandungan lagi." Rancak sungguh Kak Ros bercerita. Eka tersenyum senang.

" Contoh nak didik macam mana yer akak . Eka pernah dengan ustaz ada cakap, dengan kita membaca Al-Quran ataupun kita mendengar ayat-ayat Al-Quran dapat merangsang anak-anak dalam rahim ni "

" Ha..itulah salah satu didikannya yang akak maksudkan. Sebenarnya time macam ni anak ni sudah cuba berkomunikasi dengan mak dan keadaan sekeliling maknya. So duduklah di tempat-tempat yang baik dan berilmiah sikit.

" Sebab tu doktor pun pernah cakap yang nak tau anak
dalam rahim ni cerdas atau tak kena tengok dari segi sikap mak dalam melayan anak dalam kandungan. Dari segi kasih sayang, keadaan biologi, pemakanan, persekitaran dan lain-lain lagi lah.." Eka mencelah.

" Ahh..satu lagi keadaan psikologi mak ni pun penting. Misalnya ada perempuan yang berkerjaya, dia nak sangat mengandung tapi takut menganggu kerjaya dia. Tiba-tiba dia ter hamil, tapi keadaanya bimbang antara nak anak dengan tak nak, inilah keadaan psikologi emak yang menganggu juga psikologi anak dalam kandungan dia. Ini contoh je lah. Emosi pun sama, macam kita ni cikgu, selalu jugak geram dan marah kat anak-anak murid, kemudian terbawa-bawa sampai menyebabkan anak yang dikandung pun terkena kesan emosi kita ni. " Nasihat Kak Ros lagi .

" Tapi kita ibu mengandung ni perlukan support juga kan akak " Eka bertanya lagi, bertambah menarik komunikasi kali ini.

" Support penting dari suami, mak ayah , mentua , sahabat-sahabat dan orang sekeliling kita. Semua kasih sayang dan support luaran ini memberikan emosi yang baik kepada ibu dan terus memberi rangsangan yang baik untuk anak dalam kandungan. " Kak Ros membelek jam ditangan. Waktu rehat sudah hampir tamat.

" Eh Kak Ros...dah kena masuk kelas ni . Tapi nak tau lagi tips-tips ni Kak Ros, saya ni maklumlah mengandung anak pertama, tak tau apa sangat ni. "

" Itulah cepat sungguh masa sekarang ni berlalu, baru je sembang dah habis waktu rehat. Akak pun ada kelas juga ni. Jom lah...eh..lagi satu..jaga makanan tu. Banyak makan kurma dan susu. Ingat hadis nabi tentang khasiat kurma tak ? " Kak Ros tersenyum memandang Eka .

" Insyallah ingat..banyak khasiatnya...tiba-tiba teringat kehebatan Mariam melahirkan Nabi Isa "

" Yer betul tu..insyallah kita sembang lagi yer nanti pasal ni ....assalamualaikum " Kak Ros berlalu sambil tangan melambai-lambai anak muridnya. Eka tersenyum gembira .

"Dengar tu sayang " luahan si ibu kepada anaknya .


"Subhanallah...alhamdulilah..mashallah..." Eka mengusap-ngusap perutnya. Seolah terdengar anaknya bertasbih bertahmid memuju Allah, Penciptanya.




Masalah ibu mengandung

Menurut Dr. Derek Llwelly Jones di dalam bukunya mengenai permasalahan ibu mengandung. Antaranya ialah ;

1. Anemia
- biasanya berlaku kepada ibu hamil dan disebabkan ini kebiasaannya doktor mengukur kadar hemoglobin dalam darah. Biasanya pada first meeting dan pada usia hamil 28 minggu. Kebanyakkan doktor menyarankan agar ibu mengandung memakan tablet zat besi.

2. Pernafasan
- Boleh dikatakan hampir 70% wanita hamil mengalami masalah pernafasan. Menurut Dr. Derek kira-kira satu per empat wanita hamil mengalami masalah ini dan sering berlaku pada minggu ke 20 dan minggu 30.

3. Muntah-muntah
- Perubahan sistem peredaran darah dan sebagainya di dalam badan menyebabkan gejala muntah-muntah sering berlaku kepada ibu hamil tetapi gejala ini tidak membahayakan.

4. Pemilihan Pakaian
- Ibu mengandung juga digalakkan memakai pakaian yang longgar dan nyaman. Elakkan memakai pakaian dan stoking yang terlalu ketat sehingga menganggu peredaran darah. Pastikan tidak memakain kasut bertumit tinggi.

5. Mandi
- Mandi dengan cara berendam di dalam tab juga dikatakan dapat memberi kepuasan emosi dan selasa kepada ibu hamil. Cara ini mungkin agak asing di kalangan orang timur tetapi ianya dipraktiskan oleh ibu-ibu hamil Amerika. ( tidak pasti tahap keberkesanannya, mungkin untuk jangka yang pendek ianya baik )

6. Sakit Pinggang
- Peningkatan berat rahim mengubah pusat keseimbangan sehingga ibu hamil lanjut ( bulan ke 5 - 9 atau bergantung kepada saiz bayi) harus berdiri dengan bahu agak tertarik ke belakang dan ini menyebabkan kesakitan di bahagian punggung.

Antara masalah lain yang dihadapi ibu hamil yang diutarakan oleh Dr Derek ialah :

- Kencing yang agak kerap
- Menghadapi masalah gangguan di bahagian jantung
- Keletihan ( terutama di penghung usia hamil )
- Sembelit ( rahim menekan usus dan pundi )
- Dan lain-lain lagi



Read more...

Maaf ! Masa Terlalu Mencengkam



Saya memohon seribu kemaafan kepada mak,abah, keluarga, Kak Ita dan sahabat-sahabat semua. Ramadhan kali ini begitu sempit masanya. Terlalu pendek bagi saya. Masa pantas berlalu dari terbit fajar hari ini hingga muncul fajar esoknya . Jadual kerja dan program terlalu padat. Sebenarnya amat sukar bagi saya membahagi masa yang terbaik untuk semua perkara. Letih dan lelah bukan penghalang tetapi tanggungjawab lain yang menghalang. Saya amat mengharap pengertian anda semua. Hati ini bagai disiat rasa rindu yang mencengkam untuk bersama-sama kalian, tetapi apakan daya, saya terlalu lemah untuk menghadapi segmen-segmen hidup yang lainya. Tunjuk dan ajarlah saya dengan rasa menerima.

Bersabarlah dengan saya kerana saya ingin menjadi sabar seperti anda semua !


" Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati mentaati kebenaran dan nasihat menasihati mentaati kesabaran " ( Al-Ashr 103 ; 1-3 )


Read more...

Kisah Sedih Fatine dan Cosette Dalam Les Miserables - P1


Selesai menonton Broadway Musical Les Miserables saya lebih tersentuh dengan watak utama Fatine si ibu dan anak Cosette walaupun terdapat beberapa plot yang mengenengahkan watak utama yang lain seperti Jean Vajean, Marius Pontmercy dan Jevert. Kisah sedih sekitar Revolusi Perancis ini mengambarkan sikap bangsa Eropah terutama penindasan yang begitu hebat terhadap golongan petani . Gambaran sedih kehidupan kaum petani dan buruh yang tertindas dan miskin di sampaikan melalui lagu Look Down dengan iringan okestra yang mantap menjadikan penyampaian cerita berbentuk muzikal ini berjaya menyentuh hati penonton. Kisah sedih Cosette di dera oleh keluarga Madame Thenardier yang mempunyai lima orang anak antaranya Azelma dan Eponine. Muzikal menarik adaptasi dari Novel penulis Perancis, Victor Hugo pada tahun 1862. Novel ini dianggap antara novel yang terlaris pada kurun ke 19 .

PLOT SATU

Plot pertama bermula di sebuah penjara di Bandar Toulon di Perancis sekitar tahun 1815 di mana banduan dipaksa menjadi buruh, penceritaan mengenai banduan ini di sampaikan melalui lagu Work Song. Sembilan tahun kemudian, Jean Valjean banduan bernombor 24601 dibebaskan di bawah parol seorang anggota polis bernama Javert . Semasa di bebaskan Jean berjumpa dengan Paderi Digne yang menawarkan bantuan tempat tinggal dan makanan kepadanya. Tetapi Jean membalas kebaikan Digne dengan mencuri wang perak Digne dan melarikan diri, Jean kemudiannya berjaya diberkas polis tetapi Digne berbohong dengan mengatakan Jean tidak mencuri wang nya dan dibebaskan kemudiannya. Atas dorongan dan sikap baik Digne, Jean bertukar watak menjadi seorang yang lebih bersemangat dan bermatlamat. Kisah ini berjaya di sampaikan dengan baik melalui lagu Valjean Arrested, Valjean Forgiven .

Lapan tahun kemudiannya Jean Valjean dikenali dengan nama Monsieur Madalaine memiliki kilang sendiri dan menjadi orang kaya yang disengani. Di sini lah watak Fatine muncul sebagai salah seorang pekerja di kilang Madalaine. Konflik Fatine bermula apabila pekerja-pekerja yang lain mendapati Fatine mempunyai anak haram yang ditinggalkan kepada penjaga dan memberontak untuk dipecat Fatine dan akhirnya Fatine berjaya dikeluarkan dari kilang tersebut. Perang mulut antara Fatine dan pekerja-pekerja ini di nyanyikan dengan baik di dalam lagu At The End of The Day . Perasaan sedih Fatine disampaikan dengan baik melalui lagu I Dreamed A Dream yang menyetuh rasa sedih terhadap nasibnya dan kisah ayah kepada anaknya perempuannya bernama Cosette. Terdesak untuk menyara diri dan anak, Fatine menjual loket dan rambutnya dan menjadi seorang pelacur yangi diceritakan di dalam lagu Lovely Ladies . Fatine kemudiannya di tangkap oleh Javert kerana memukul seorang pelanggan yang bertindak ganas terhadapnya. Fatine di penjarakan melalui lagu Fatine Arrested yang kemudiannya di bebaskan oleh Madalaine dan membawa Fatine ke hospital. Dalam masa yang sama Javert mengetahui Madalaine ialah Jean Valjean yang telah melanggar patrol dan ingin menangkap Valjean semula. Valjean menyerah diri kepada Javert melalui lagu Who Am I ? The Trail . Sebelum menyerah diri Valjean berjanji kepada Fatine yang sedang nazak akibat penyakit tuberculosis untuk mencari anaknya Cosette dalam lagu Come to Me ! Fatine's Death. Valjean berjanji kepada Javert untuk menyerah diri selepas berjaya mencari Cosset tetapi tidak dibenarkan oleh Javert dan menyebabkan Valjean melarikan diri.

Lea Sangola membawa watak Fantine

Di sebuah rumah tumpangan Montfermeail yang diusahakan oleh Thernadies di mana anak kecil Cosette di dera oleh Thernadies sekeluarga. Lagu Castle On A Cloud berjaya menggambarkan penderaan Madame Thernadies terhadap Cosette dengan menyuruhnya mengambil air di dalam gelap dan pada masa yang sama Valjean ternampak anak kecil ini dan membelinya dari Thernadies dengan harga 1500 franc yang diceritakan dengan baik melalui lagu The Waltz of Treachery. Sembilan tahun kemudiannya, Paris berkembang baik dibawah pentadbiran General Lamarque seorang pegawai kerajaan yang menjaga kepentingan golongan miskin di Perancis. Di sini muncul watak pengemis jalanan bernama Gavroche dan dua orang pelajar Marius Portmency dan Enjolras yang sedang berbincang mengenai kebaikan General Lamarque. Dalam masa yang sama lagu The Robbery dinyanyikan sebagai gambaran untuk menangkap Valjean yang melarikan Cosett sembilan tahun yang lalu oleh geng yang diupah Thernadies. Valjean dan Cosett berjaya ditangkap oleh Thernadies ditempat perbincangan Marius dan Enjolras, Marius kemudiannya jatuh hati kepada Cosett dan kebetulan Eponine anak kepada Thernadies mencintai Marius secara senyap. Dalam keadaan kecoh ini, Javert datang membantu Valjean dan Cosett di mana Javert tidak mengenali Valjean yang dicarinya selama ini. Dan perasaan Javert berbelah bagi untuk membantu atas dasar kemanusiaan atau membalas dendam terhadap Valjean. Keadaan berbelah bagi ini disampaikan Valjean melalui lagu Stars.

Lakaran Awal Cosett didera keluarga Thernadies

Pentas diambil alih oleh babak perbincangan politik di sebuah cafe dengan alunan lagu The ABC Cafe - Red and Black . Perasaan Matius terhadap Cosette terus membara walaupun belum mengetahui nama Cossete lagi. Ketika perbincangan di cafe berjalan, pelajar-pelajar ini terdengar tentang berita kematian pembunuhan General Lamarque dan mereka diketuai Marius menggerakkan demonstrasi jalanan dengan menyampaikan perasaan marah mereka melalui lagu Do You Hear The People Sing ? kepada kerajaan yang dikatakan membunuh General Lamarque. Nyanyian Rue Plumet - In My Life oleh Valjean menggambarkan perasaannya untuk memberitahu kepada Cosett mengenai Frantine dan dalam masa yang sama Cosett ingin sekali mengetahui kisah hidupnya dan perasaan terhadap seorang lelaki bernama Matius. Eponine melawan perasaannya terhadap Matius dengan membantu Matius mencari Cosett, Eponine juga berusaha menghalang geng keluarganya untuk memecah masuk rumah Valjean. Plot pertama di akhiri dengan Matius berjumpa dengan Cosett dan membawa Cosett bersama-sama berjuang menentang kerajaan dengan mengadakan perbincangan bawah tanah dan Javert mengintip kegiatan pelajar-pelajar ini yang ingin memberontak. Cerita ini disambung ke plot yang kedua dan ketiga.

Read more...

At least....Dah Coret...: )


Ramai yang bertanya " Kenapa lama tak tulis...kenapa blum ada posting terbaru ....."
????


Belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan Kareem kepada semua sahabat semua walaupun ramadhan 1430 Hijrah ini sudah memasuki fasa ke dua. Fasa di mana pintu keampunan dari Allah s.w.t terbuka luas untuk umatnya yang berpuasa dan berdoa menadah tangan memohon di ampunkan segala dosa dan kesalahan. Sudah agak lama saya tidak menulis dan jawapannya saya terlalu sibuk dengan segalanya. Sukar untuk digambarkan dalam bentuk pena mengenai skala kesibukan saya. Ya..semua orang sibuk. Ukurannya sahaja berbeza.

Baru perasan....saya tidak menulis sejak pergi ke Kedah untuk menghadiri walimah Kak Wani dan Ust Ubai di Pokok Sena, Alor Setar. Semoga berbahagia hingga akhirnya buat pasangan ini :) dan sempat singgah juga di Sungai Petani sambil menikmati Radix Fried Chicken bersama sahabat lama Linda :) Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama. Inilah antara aktiviti yang menyibukkan saya antaranya. :)



Cuaca sejuk dan hujan yang berpanjangan sepanjang ramadhan kali ini bagai memberi erti yang mendalam bahawa ramadhan itu satu nikmat Allah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Tiada nikmat seindah ini kepada umat yang lain. Ramadhan saya bermula di Permatang Pasir, uniknya ramadhan kali ini kerana saya bertugas di sana dan kebetulan Permatang Pasir agak dekat dengan rumah sendiri. Indahnya pasti terasa lagi pabila bersahur dan berbuka bersama-sama keluarga di halaman sendiri.

Semoga kita dapat bersama-sama mengambil kesempatan di dalam pertengahan ramadhan ini untuk mengharapkan keampunan dari Nya....

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO