Related Posts with Thumbnails

Islam Radikal - Yusof Qardhawi

Buku Islam Radikal dan analisis terhadap radikalisme dari pandangan Islam hasil karya kaider Ikhwanul Muslimin, Dr. Yusuf Qardhawi.
Buku yang menungkai pandangan lembut dari seorang tokoh yang pernah di anggap radikal oleh sesetengah pihak suatu masa dahulu dan juga pandangan kecil sekelompok jemaah yang tidak menerima penulisan dari tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin.
Pada padangan beliau, radikal di sini bukan menujukkan seorang muslim yang berjanggut, berserban, berjubah, meletupkan diri dan sebagainya yang mana banyak istilah radikal diwar-warkan oleh nationalisem dari barat mahupun segolongan umat Islam yang berfahaman sekular. Tetapi lebih menjurus ke arah fahaman yang lembut dan meluas bagi sekadar dari segi lahiriah atau fizikal.
Radikal juga ditentang oleh Rasullulah s.a.w semasa sahabat baginda iaitu Muaz memanjangkan bacaan ketika menjadi imam bagi solat jemaah dan baginda Rasullulah menegur Muaz dengan berkata " Adakah engkau hendak menimbulkan fitnah ya Muaz " ? ucapan itu diucapkan baginda sebanyak tiga kali. Ini adalah kerana para ahli jemaah mempunyai hak diatas masa yang diambil oleh Muaz semasa menbacakan ayat yang panjang. Secara logiknya ada dikalangan makmun yang tidak mampu untuk memanjangkan solatnya kerana uzur dan juga hak-hak mereka kepada ahli keluarga seperti mencari nafkah,muamalat dan sebagainya. Radikal ini membuatkan sesetengah pihak membenci kita kerana meletakkan standard yang tinggi di dalam ibadah itu dan wujud dikalangan mereka yang menggangap ibadah di dalam Islam adalah payah dan membebankan. Antara lain ialah konsep mas kahwin dan hantara, boleh di katakan ianya agak radikal pada masa kini. Meletakkan hantaran yang begitu tinggi melebihi mas kahwin dan ini menimbulkan bebanan bagi pihak yang ingin melaksana tuntutan sebagai umat Muhammad. Radikal dalam melebihkan-lebih urusan agama dan bersikap rahbaniah adalah baik tetapi jangan sampai mengabaikan urusan dunia. Lagi yang dinyatakan oleh Yusof Qardawi di dalam buku ini mengenai sesetengah pihak yang radikal terhadap jemaah-jemaahnya dan mengkafirkan ahli jemaah yang lain dan mengaggap mazhab mereka lebih benar sedangkan ulama' mazhab sendiri tidak berani mengatakan siapa yang lebih benar malahan mereka mengambil semua pandangan yang baik dan merujuk kepada Al-Quran dan Hadis. Cukuplan sedikit review yang saya ambil dari buku ini dan untuk mendapat lagi informasi yang lebih lengkap silalah baca buku karangan Dr. Yusof Qardawi ini. Maafkan saya jika terdapat kesalah semasa penulisan ini dan ianya atas kelemahan diri sendiri yang masih kekurangan ilmu. dan saya memohon keampunan Allah di atas kejahilan saya. ameen.

Read more...

~~ Mindaku Lemah ~~

Subhanallah....lamanya aku merantau di luar universiti IT...
Ke mana aku menghilang ?? mungkin hilang di ruang kebingungan minda..
Aku tak kisah...ahh..itu kata-kata lapok..orang yang lemah...
Maafkan aku teman...aku tersendiri di lembah kerja gila...tak berakal..!!!!
Tapi...siapa tahu ?? mungkin lembah itu untuk orang yang seperti aku ??
Baru aku ingat....pada si ikhwan :)) maafkan aku pena hitam...aku terlupa mu sebentar..
maafkan aku ikhwan..aku terjeda melihatmu...aku kaget..lesu..bingung..
Kenapa ni ??? InsyAllah ikhwan ...aku akan menarikan pena hitamku untukmu...
tunggu aku ya !!..tunggu...

Read more...

Ikutilah Al-Ikhwanul

Dunia makin hari semakin berubah, manusia makin hari semakin jauh dari tuhanNya(itu yang menyakini tuhan) tapi apa lagi yang menyedihkan apabila fikrahnya terang-terangan menyimpang dari landasan Al-Quran dan As-Sunnah. Kononya memartabatkan Islam, kononnya golongan mereka boleh ke syurga yang lainnya ke neraka. Mempergunakan hadis-hadis nabi untuk kepentingan diri dan merendah-rendahkan yang lain, itulah yang terjadi masa kini bukan sahaja golongan-golongan ini menyimpang malahan ada yang lebih teruk dari itu menyembarkan risalah kehandalan golongan mereka secare terang-terangan seolah-olah mereka itu meneggakan yang haq. Tulisan ini bukan untuk siapa-siapa ;)) mungkin jika ada yang terasa di hati tapi ianya lebih bagus jika di insafi. I wont mention about these group of people kerana ilmu yang ada belum cukup untuk di ungakaikan. Sekadar berkongsi rasa apabila menelaah risalah-risalah ikhwanul muslimin dan perit jerih perjuangan As-Syahid Hassan Al-Bana, Sayid Qutb dan pandangan-pandangan berkesan Sayid Qutb, Muhammad Al-Ghazali, Syed Sabiq yang pastiny boleh membuka fikiran kita yang tertanggup lagi. Kefahaman itu penting, ilmu itu jaminan ? sebab itu Hasan Al-Bana meletakkan kefahaman ( taffahum ) itu paling utama, jika tak faham ( tiada ilmu ) bagaimana hendak meneggakkan agama?? menjadi 'pak turut' ?? terus terang di sini kerana tiada kefahamanlah maka banyak jemaah-jemaah yang terpecah belah, sebab itulah Imam Hasan Al-Bana mementigkan konsep tafahum dan meletakkannya sebagai rukun baiah yang paling atas. Kesyumulan Islam yang dibawa oleh Rasullulah S.A.W telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak sebelum kedatangan kebangkitan al ikhwan yang diketuai oleh As Syahid Imam Hasan Al- Banna. Kefahaman yang syumul ini telah dijelaskan oleh beliau dan Al-Quran dan Sunnah Rasullulah menjadi rujukan yang tertinggi dalam melaksanakan dan memahami hukum-hukum Islam. Perpecahan dan penyelewengan sesetengah kelompak adalah kerana mereka menyangka mengikut Al-Quran dan Sunnah sedangkan mereka sendiri mentakwilkan ayat-ayat Allah dan sunah RAsul secara membabi buta sehingga menjadi sesuai dengan kehendak mereka dan untuk mencapai agenda-agenda tertentu, mereka menjadikan Kitab Allah sebagai pengikut, sedangkan sepatutnya mereka yang mengikut Al Quran. Saidina Umar R.A berkata " Ikutlah Alquran bukannya Al-Quran yang menjadi pengikut kamu. Sesungguhnya sesiapa yang diikut Al quran, Al quran menolaknya ke belakang sehingga jatuh ke dalam neraka, dan sesiapa yang mengikut Al-Quran, ia akan memimpin masuk ke syurga. " Di sini kita dapat lihat bagaimana pemimpin al ikhwan ini cuba menerapkan kefahaman yang tinggi kepada umat Islam dengan tujuan supaya umat Islam tidak terus terpecah belah dan berselisih pendapat yang akan menyebabkan umat ini semakin lemah. Beliau berkata " kata-kata manusia boleh diterima atau ditolak kecuali kata-kata Rasullulah s.a.w. yang maksum" , kadang-kadang terpecahnya sesuatu jemaah atau penyelewangan adalah kerana terlalu taksub dengan kata-kata manusia sehingga mengabaikan kata-kata Rasul....(bersambung....)

Read more...

Ahlan Wasahlan

assalamualaikum wr wb....

Alhamdulilah dah lama rasanya ana tak menjengok blog ini ( blog sendiri ) ahlan untuk ana sendiri. kesibukan menguruskan anak-anak saudara dan masalah-masalah peribadi yang tak semasalah mana pun sehinggakan terlupa sesuatu di ruangan blog ini untuk di sampaikan. Tapi apa pun alhamdulilah masih ada lagi teman-teman dan sahabat yang masih aktif di blog ana ini ( di shoutbox jer ..) . Tapi bagi ana blog bukanlah tempat untuk meluahkan perasaan yang melampau-lampau, cukuplah sekadar melepaskan sedikit tension dengan menulis tetapi jika melibat semua masalah dan perkara-perkara peribadi dan terlalu keduniaan, analah orang yang kuat menentang ( jangan mareee.....). Ramai sahabat-sahabat lama dah lost contact tapi amat berharap dapat sms,ym, email atau apa-apa aja yang boleh menautkan kita semula dengan izinNya. Diharap sahabat-sahabat dapat memberi komen atau posting ilmu-ilmu,cadangan atau apa-apa sahaja yang boleh dikongsikan di sini. Memeriahkan lagi blog ini untuk mencapai tujuannya iaitu sebagai ruang ilmu....selamat menulis dan 'berposting' semua..........

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO