Related Posts with Thumbnails

Eid Mubarak

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Alhamdulilah selesai sudah sebulan berpuasa..raya disambut dgn suasana gembira..tetapi kita sering terlupa dapatkan kita berjumpa lagi ramadhan akan datang..? masihkah diri ini bernafas untuk ramadhan seterusnya....? para sahabat menangis kerana cepatnya ramadhan berlalu...bulan Al Quran diturunkan..bulan keberkatan..bulan kerahmatan..

Bagiku ramadhan kali ini penuh makna..wlaupun tarawih masih tak penuh sebulan..solat malam masih kurang..tapi byk yang ku kenangi dan insafi di ramadhan kali ini..
Inilah ramadhan ku tanpa arwah adikku yg tercinta..sedih hati mengengkan saat2 manis berpuasa dan berbuka bersama2nya...gelak tawa, rajuk senda terbayang2 di setiap saat ramadhan ini...ramadhan kali ini cuma sekalai aku merasai bersama kakak yg tercinta.cuma pada hari pertama di Putrajaya...alhamdulilah walau pun sehari tapi saat manis itu sentiasa di hati...kekurangan diri kadang2 membuat diri rasa hina..tapi Allah lebih mengetahu segalanya...semoga dapat ku bertemu ramadhan akan datang......

Read more...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Read more...

HIDAYAH

Alhamdulilah hari ni ada new sister converted to Islam, saya ada bersama-sama menjadi saksi langkah permulaan buat dirinya untuk mengenal Allah. Sepanjang saya bersama-sama sahabat di ruangan Yahoo Messenger sejak bertahun-tahun yang lalu sehingga membentuk satu kumpulan sahabat-sahabat yang memperjuangkan agama Allah melalui teknologi ke pelusuk dunia. Ramai di kalangan sahabat-sahabat ini merupkan saudara baru di mana keindahan dan kelogikan (tatabahasa salah) Al-Quran Kitabuallah telah membuka mata, hati dan minda mereka untuk menerima Islam dalam keadaan suasana dunia yang penuh dengan kebencian kepada Islam. Alhamdulillah hidayah Allah itu di mana-mana cuma diri kita yang menolaknya(ni lagu nasheed lama..tak ingat penyanyinya)..saya amat berbangga dan rasa rendah diri dengan effort ingin belajar di kalangan sahabat-sahabat baru ni. Tetapi betullah untuk mencari hidayah itu perlukan usaha, beribadah dan disertai keimanan di dalam hati( kalau cakap kosong di mulut shj. tak berguna), Allah itu dekat sangat dengan kita, cuma kelekaan dan kelalain dengan perkara-perkara dunia membuatkan kita lupa bahawa Allah itu sangat dekat dengan kita.

Sesiapa yang telah ditunjukkan Allah hidayah kepadanya perlulah berusaha bersungguh-sungguh memelihara hidayah itu supaya tidak goyah dan hilang begitu sahaja. Bagaimana hendak menjaga hidayah itu?? Imam Al- Ghazali berkata tinggal lah kamu berasama-sama dengan sahabat-sahabat yang sentiasa mendekat diri kepada Allah bukan kawan-kawan yang jauh dari Allah...ini salah satu dari cara-cara menjaga hidayah dan ada lagi perkara-perkara yang perlu utk menajaga hidayah dari petunjuk alim ulama' dan saliful soleh dari kitab-kitab karangan mereka.

Mencari hidayah ini banyak diterangkan di dalam Al - Quran seperti perjalanan Nabi Ibrahim a.s mencari tuhannya. Seperti firman Allah di dalam surah An-An'am

“ Ketika malam telah menjadi gelap, manusia yang mencari-cari ternampak bintang lalu ia pun berkata, inilah Tuhanku. Apabila bintang itu padam dan hilang tenggelam, ia mengatakan aku tidak suka Tuhan yang hilang. Bila dilihatnya bulan mengambang ia pun berkata, itulah Tuhanku.“Setelah bulan jatuh ia pun berkata, sesungguhnya jika Tuhan tidak memberikan petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk ke dalam orang-orang yang tersesat dan apabila dia melihat matahari terbit, maka ia berkata, inilah Tuhanku yang lebih besar dan apabila matahari terbenam dia berkata sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang mahu mempersekutukan.”

Peliharalah hidayah itu dengan sebaik-baiknya, alangkah ruginya kita jika sudah menerima hidayah Allah tetapi mempersia-siakan hidayah itu.

Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut, sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran kepada orang-orang yang mengetahui.” (Ayat 97, surah al- An'am

Read more...

Akrab Persahabatan

kak ingatlah kenangan kita bersama...this video especiall for my friend,kak ita,kak fad,kak chik,kak rose,linda,kak murni dan geng2 sahabat imad to all my love friends...ingatlah kenangan kita bersama...kan lagu ni kita menyanyi masa majlis penutupan simposium imad 2003. Semoga Allah merahmati kalian..dan terus memperkukuhkan ikatan persahabatan kita....muah,,muah...

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO