Related Posts with Thumbnails

Usrah Raya, Pilihan Raya, Jalan Raya

Saiyidina Umar al-Khattab selaku ketua daulah umat Islam berjaya mendapatkan Palestin. Begitu juga dengan Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Lembaran sejarah menunjukkan Palestin berjaya dibebaskan dengan adanya ‘kuasa pemerintahan negara Islam’. Maka tahulah kita mengapa Israel pengecut sedang bertambah kecut hari ini dengan situasi di negara jirannya, Mesir.



Israel sudah sekian lama membikin kira-kira. Mereka tahu, seandainya Mesir dipulangkan kepada rakyat, Ikhwanul Muslimin akan berperanan besar. Hal ini membawa maksud dalam beberapa tahun nanti Mesir akan jadi sebuah negara Islam. Yang dimaksudkan dengan ‘negara Islam’ di sini ialah sebuah negara yang DIPERINTAH OLEH ORANG ISLAM dan SISTEM PEMERINTAHANNYA juga sistem Islam. Itu sekurang-kurangnya.



Mesir sebuah negara yang kuat. Kata sebahagian orang tua-tua pada suatu zaman, “Kalau hendak pergi berperang, bawalah tentera Mesir, pasti akan mencapai kemenangan”. Tentera sukarelawan Ikhwanul Muslimin pernah menyerbu ke Palestin dan berjaya mengundurkan tentera Israel. Ketika itu ada tentera Ikhwanul Muslimin sudah nampak pun bumbung Masjidil Aqsa. Di saat-saat Israel setenat itu, tiba-tiba kesemua sukarelawan dan tentera diarahkan pulang oleh Mesir. Pemerintah Mesir sendiri yang memberikan oksigen kepada Isarel yang sedang nyawa-nyawa ikan. Permainan ini tidaklah kita bahaskan panjang lebar di sini kerana pasti akan jemulah anak cucu mendengar akan dia.



Disangkakan pulang ke Mesir akan disambut sebagai wira, ataupun setidak-tidaknya dibenarkan hidup seperti biasa. Malangnya ramai tentera sukarelawan ini ditangkap dan disumbat ke dalam penjara. Yang dibunuh dan yang ghaib pun ada.



Dengan wujudnya sebuah negara Islam (sebagaimana yang disebutkan di atas tadi), peluang untuk membebaskan Palestin sangat cerah. Hal inilah yang dibimbangi oleh Israel pengecut. Dengan tentera sukarelawan yang terdiri daripada orang kampung, kerani, guru dan lain-lain pun mereka hampir tumbang, apakan lagi jika yang datang itu nanti tentera Mesir di bawah pemerintahan Islam.



Ikhwanul Muslimin sudah lama belajar. Banyak pengalaman yang mereka lalui. Melalui USRAH RAYA (sel-sel usrah ‘underground’ sejak zaman Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna) mereka hanya mampu menggegar Mesir. Mereka tambah lagi melalui PILIHAN RAYA, mereka mula dapat sedikit kuasa melalui kemenangan calon-calon tajaan mereka. Itu belum cukup. Mereka tambah lagi dengan yang terbaru iaitu melalui JALAN RAYA. Setakat ini (5 Februari 2011) nampak kesannya begitu hebat.



Kita faham bahawa demokrasi tajaan Barat. Demokrasi menjadi salah satu senjata Barat untuk mengekang kebangkitan Islam. Kita faham ini semua, sebab itu kita tidak beriman dengan demokrasi. Namun kita melibatkan diri kerana ada peluang-peluang tertentu yang boleh kita ambil ke arah membangkitkan semula Islam. Demokrasi dan pilihanraya ialah salah satu cara, bukan satu-satunya cara. Namun kita tak akan sia-siakan salah satu cara ini begitu sahaja. Kita usaha sekadar yang termampu.



Contohilah Ikhwanul Muslimin. Dari USRAH RAYA, mereka tambah dengan PILIHAN RAYA. Dari PILIHANRAYA, mereka tambah lagi dengan JALAN RAYA. Selepas itu barulah kita ke JAGAD RAYA. Mana-mana perjuangan pun pasti ada yang perlu dikorbankan. Itu fitrah perjuangan.



Tapi... perjuangan puluhan tahun Ikhwanul Muslimin ini bermula dengan sistem tarbiyyah yang mantap melalui USRAH RAYA mereka. Jangan sesekali kita yang tidak cukup tarbiyyah ini terus ke tahap ketiga iaitu JALAN RAYA (walaupun sesekali perlu juga turun ke jalanraya)! Nanti hancur semua, dan usaha untuk membina apa yang kita ada hari ini akan memakan masa puluhan tahun pula. Banyak perkara bermula dengan FAHAM. Faham pula terhasil daripada tarbiyyah. Tarbiyyah pula hendaklah tarbiyyah yang seimbang. WaAllahua’lam.



Abu Zulfiqar

Read more...

Chirstmas 2010


Christian Advertisement for Christmas


Atheist Advertisement for Christmas

Read more...

Ke Majlis Perkahwinan Az Abrar

Padi menghijau di jalan masuk. Ni yang 'best' ni, menyedapkan mata memandang.

Suasana di majlis.

Pengantin di muka pintu.

Berbual dengan Ukht Marjan. Dah lama tak jumpa.

Pasangan pengantin.

Pemandangan menarik di depan rumah Az.

Tak melepaskan peluang menumpang seri padi bersama anak-anak. Di belakang sana rakan-rakan pengantin sedang 'posing' sakan : )


Kami Az (Abu Zulfiqar) Amsyari, Ummu Musfirah, Muhammad Zulfiqar Amsyari dan Saiyidah Musfirah mengucapkan Selamat Pengantin Baharu. Semoga berbahagia ke anak cucu. Terima kasih atas undangannya.

Read more...

Lagu Terfana



TERFANA

Terfana diriku
di dalam cahaya-Mu
Terkelu lidahku
menyaksikan

Di dalam zikirku
terubat rasa rindu
Munajatku
kerana-Mu

Allah Maha Kaya
Sebenar Penguasa
Engkau yang kucinta
Yang kudamba

Ilmu yaqin mula
Ainul yaqin kedua
Haqqul yaqin
Kemuncaknya

Binasakan mazmumah
Isikan mahmudah
Tajalli kan datang
Asyiknya

Af'al, Asma' dan Sifat
beserta ZatNya
aku tauhidkan
Ilahku


Lagu : Abu Zulfiqar Amsyari
Lirik : Abu Zulfiqar Amsyari


* Lagu ini berunsur kesufian.
* Rakaman suara dibuat sekali harung sahaja.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO